Assalamualaikum wbr..
Tekak tak sedap teringin pula nak makan mee goreng yang ada kepingan kecil ikan masin. Mungkin tak ramai yang pernah makan mee goreng yang ada ikan masin di dalamnya...Serius saya cakap...sedap!
Pertama kali saya makan mee goreng begini ketika mengandung anak pertama dulu...memang tak da selera lansung waktu tu...yang boleh masuk hanya air. Tapi bila makan mee yang ada ikan masin tu...ermmm jadi berselera lah pulak...
Tapi kali ini saya cuba kelainan dari segi penggunaan mee nya...Saya guna mee kering yang agak lebar iaitu mee cintan yang macam gambar kat atas tu... Cuma perlu rebus sekejap saja biar mee lembut sedikit. Tapi jangan terlalu lama ya...nanti bila di goreng akan jadi lebih lembut dan jadi tak sedap pulak.
Kalau guna mee basah pun sedap juga...cubalah..Saya guna ikan masin kurau yang nipis-nipis berkulit. Senang ...cuci dan terus goreng garing...
Kepada yang sukakan kelainan tu...boleh la mencuba...
MEE CINTAN GORENG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN
1 Peket mee cintan
1/2 cawan ikan kurau masin
100 gm udang kecil
300 gm daging lembut
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 buku kiub ayam
4-5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
sayur kobis, karot, tomato cili merah
CARA MEMASAK:-
1. Rebus sebentar mee. Angkat dan terus siram dengan air supaya mee tidak terlalu masak. Toskan.
2.Goreng garing ikan kurau. Ketepikan.
3.Tumbuk/kisar bawang merah dan bawang putih. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali dan tumis kan bahan yang telah ditumbuk. Masak hingga kekuningan baru di masukkan cili kisar. Masak lagi sehingga cili agak garing atau naik minyak.
4.Masukkan daging dan masukkan sedikit air. Masak sebentar. Masukkan pula sos cili, kiub ayam,sos tiram, kicap manis dan pekat. Kacau rata dan sebati. Baru masukkan udang serta sayur sayuran yang telah di potong.
5. Kirai-kiraikan mee dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata.
6. Masukkan pula ikan masin. Masak sebentar sambil digaul sebati ikan dan mee..Angkat.
#tak perlu tambah garam ya...nanti terlalu masin.
salam azian, akak mmg tak tolak kalau masak cenggina sedap ooo
ReplyDeleteSalam Kak Yan..sihat jer kak.Lam atie tak singgah kat sini.Terima kasih singgah kat umah atie yer.
ReplyDeletelapar perut tgk mee akak tu (^_^)