Assalamualaikum...
Masih ada yang mengadakan kenduri di waktu-waktu terakhir cuti persekolahan ini...Tak kiralah kenduri
doa selamat mau pun kenduri kahwin . Saya dan adik beradik yang lain telah bercadang hendak mengada
kenduri arwah pada cuti sekolah ini tetapi tak tertunai juga kerana antara kami berempat beradik ada yang
terpaksa pulang ke kampung halaman sebelah suaminya. Jadi kira tak cukup korum la.... kenalah tunda di
suatu waktu yang lain...mungkin dekat-dekat nak puasa nanti...
Antara juadah kenduri yang paling saya suka adalah Nenas Masak Senyum. Tak tau lah kenapa di panggil
begitu. Mungkin orang akan senyum ajer tak...bila memakannya. Ada juga orang lain panggil masakan ini
sebagai Nenas Masak Bombay... Tak kisah lah...apa-apa pun rasanya tetap sama...
Saya suka kan Nenas Masak Senyum ni sebab bila makan dengan apa jua nasi dan lauk dia umpama
penyedap! Ada masam dan manis. Bagi saya lebih sedap kalau nenas yang di gunakan itu manis rasanya.
Nak buat nya pun senang ajer. Kalau nak buat kenduri keesokan hari, boleh di kecutkan dulu nenasnya dan
di tumis keesokan hari nya. Rasanya pun lebih mesra dan sedap! Tapi sebab saya buat hanya sebiji nenas
maka saya tak la perap dia awal-awal. Tahap kerajinan pun datang tiba-tiba ...hehehe...
NENAS MASAK SENYUM
BAHAN-BAHAN
1 biji nenas
2-3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6-10 tangkai bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1/2 sudu kecil biji sawi
(saya skip ini sbb tak da stok)
1 sudu cuka
(saya ganti lemon)
garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Potong kulit nenas, buang mata dan empulur. Potong agak tebal supaya ia tidak hancur.
2. Rebus nenas dengan serbuk kunyit. Letak air sedikit sahaja untuk meratakan kunyit.
(jangan letak byk air kerana nenas akan mengeluarkan air) Apabila nenas mula lembut, angkat dan ketepikan. Jika di masak awal pastikan nenas di sejukkan dulu sebelum ditutup dan di simpan.
3. Mayang halus bawang merah dan bawang putih. Cili di belah dua atau hiris kasar.
4. Tumis semua jenis rempah dan juga bawang yang di mayang halus sehingga kekuningan.
5. Masukkan cili merah dan masak sebentar. Kemudian masukkan nenas ,garam secukup rasa, sedikit gula dan cuka/lemon. Gaul rata dan pastikan rasanya seimbang. Masak sebentar sahaja dan bolehlah di angkat.
kak, saya suka lauk ni... ada yang panggil pajeri palembang, nenas bombay...dan macam2 lagi kan...international sungguh lauk ni...
ReplyDeleteoh ya kak, 30 JUn ni jemput la datang rumah saya, lepas isya, saya ada buat kenduri doa selamat dan tahlil arwah sempena setahun pemergian ibu saya dan sempena Jebat saya tamat belajar... jemput sekeluarga yer kak...TQ
Ya lah Mah...international sungguh....
ReplyDeleteTkasih ya jemput akak. InsyaAllah akak akan dtg...rumah Mah pun dah tau mcmana nak pergi....Btw, tahniahlah ya untuk Jebat Mah tu...
Wow! senyum ajelah kalau dapat makan nenas Masak senyum ni kan...:)))
ReplyDeletespecial nama nenas tu...hehe, boleh awet muda kalau jamah selalu ni..
ReplyDelete