Dah lama betul saya tak masak kari telur. Kadang-kadang tu teringin juga...Cuma kuat nya keinginan tu
belum dapat mengatasi segalanya. Semasa saya masak nasi tomato sebenarnya saya nak gandingkan dengan
Kurma Telur. Ada teman yang mengatakan Kurma Telur Berkerisik enak di makan bersama Nasi Tomato. Tapi dek Non...
bila nak menumis rempah kurma pulak dah habis...yang ada rempah kari ikan ajer... Apa lagi tukar
plan lah jawabnya...
Kali ni saya buat kari agak pekat dan berkerisik. Aroma kerisik tu cukup menaikkan nafsu makan bila kuah
kari tu menggelegak. Sedaaap tau! kalau makan dengan pulut kuning pun sesuai.....Rasa-rasa mcm nak
masak Kari Telur begini jugalah nanti bila buat pulut kuning.Cuma saya perlu masak kuahnya seperti kari
biasa kerana bila makan dengan pulut perlu ada kuah untuk di cicah ....
KARI TELUR BERKERISIK
BAHAN-BAHAN
6 biji telur rebus
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas
2-3 batang serai
1 peket rempah kari ikan
1 cawan santan
1/2 cawan kerisik
1/2 tsp halba + biji sawi
sedikit gula dan garam
asam jawa secukup rasa
CARA MEMASAK:-
1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.
2. Tumis halba dan biji sawi seterusnya bahan yang telah di tumbuk dan serai yang dititik.
3.Masukkan rempah kari yang telah di cairkan. Masak sehingga agak garing dan masukkan sedikit air
supaya pes kari cair semula. (ini utk memastikan rempah benar-benar masak).
Kacau lagi dan masak sehingga terbit minyak.
4. Masukkan kerisik dan gaul rata. Kemudian masukkan pula santan dan kacau selalu supaya kuah tidak bergentel.
5. Bila mendidih ajer masukkan telur,air asam jawa,garam dan sedikit gula( utk beri rasa kaw).
6. Masak sehingga kuah pekat atau seperti mana yang di kehendaki kepekatan nya.
alahai sedapnye...myelerakan nmpknye tu...
ReplyDeleteSalam wah Kak yan rajin tu masak kari berkerisek.. kalau erma bercintanyer kalau bebetul teringin nak mkn rendang baru dibuatnyer kerisek tu ha ha ha.. tapi betul kak aperpun masakan yang buh kerisek memang lebih wangi lemak n sedap he he he
ReplyDeleteWahh ada kari berkerisik sha dah pernah buat satu kali dulu naa..... dah hampir 2 tahun kot hehee.... teringinlah pulak.. makan dengan nasi tomato tu wahhh sedapnya...:))
ReplyDeleteQasey honey,
ReplyDeleteJom makan....
Erma,
ReplyDeletetu la pasal jrg bonar akak msk yang ada kerisik ni...malas nak meyangai dan menumbuk sampai kuar minyak...
Shariah.
ReplyDeleteThanks singgah sini ya...wow lama nya tu...
wkmsalam K Ham... rindu K Ham...
ReplyDeletenak hantar? boleh ajer...nanti bila masak yg lain sbb yg ni dah selesai....
Salam kenal azian..tk berkongsi resepi telur ni,kadang tercari-cari resepi yg lain dari kebiasaan memasak telur ni..
ReplyDeletesedapnya makan dengan nasi tomato tu..
ReplyDeleteIlhamkreatif,
ReplyDeleteTkasih singgah sini..memang seboleh mungkin saya cuba mengetengahkan masakan yg lain dari yg lain dan kegemaran keluarga....selamat mencuba ya...
Norliharumaini,
ReplyDeleteBetul tu....sedap..
salam gan ...
ReplyDeletemenghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !