Thursday, May 31, 2012

My Specialty...Tahu Anura




Ada yang pernah makan ke? Tentulah ada ya terutamanya ketika bulan Ramadhan. Ianya ada dijual  di
 pasar ramadhan Taman Melawati. Itu 12 ke 13 tahun dulu ketika saya tinggal di Keramat. Tapi sekarang
  saya dah 'belajar' rasa Tahu Anura tu dan boleh masak
 sendiri di rumah....Ianya dah begitu sebati dengan keluarga saya dan juga jiran tetangga. Bukan apa ianya
 dah seperti hidangan yang istimewa ketika berkunjung kerumah saya dan adakalanya ianya di minta supaya
 dihidangkan bilamana ada majlis pot luck perjumpaan keluarga. 


Suami saya sangat sukakan Tahu Anura dari kali pertama kami makan. Beliau meminta saya belajar
 resepinya. Saya pernah bertanya kepada peniaga tersebut tapi macam biasalah seperti yang kita sedia
 maklum tidak semua mampu di kongsi....hanya senyuman yang saya dapat.Tapi ianya tak melemahkan
 semangat , saya pelajari 'rasa'nya sehinggalah dapat 'cop sirim' dari suami. Itu adalah dari citarasa saya.

Hari ini saya menerima tetamu. Sahabat anak dara saya yang mana saya dapat tahu dia sedang diet . 
Maka inilah juadah yang saya kira paling kena untuk beliau...selain ingin memberi beliau rasa bagaimana 
rasanya Tahu Anura. Walau pun agak cerewet pembuatannya tapi keenakannya dapat mengatasi segalanya..

Inilah rupa paras keratan rentas tahu.

Rasa manis dan masam berganding dengan aroma bawang goreng dan terasa ranggup diluar dan lembut di 
dalam tahu yang bercampur dengan kentang dan mix vegetable.
Hanya mereka yang pernah merasa dapat membayangkan rasanya........
sehinggakan ada yang tak makan tahu tetapi makan Tahu Anura saya ini....
TAHU ANURA
BAHAN-BAHAN
BAHAN A
Tahu kering secukupnya
(tahu utk tahu bakar)
4-5 biji kentang
1/2 cawan Frozen mix vegetable
2-3 ulas bawang putih
1 cawan air
2-3 biji telur
lada sulah
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kupas kulit kentang dan potong dadu. 
2. Tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila dah kekuningan masukkan air dan ubi kentang.
3. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kentang empuk. Tambahkan air jika perlu.
4. Apabila hampir kering airnya, masukkan mix vegetable dan gaul rata. Taburkan sedikit lada sulah.Masak sehingga air agak kering.
5. Angkat dan sejukkan sebelum di sumbat kedalam tahu kering.
6. Untuk menggoreng tahu, pecahkan telur. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sedikit telur. 
7. Celupkan tahu dan goreng di dalam minyak penuh yang cukup panasnya sehingga garing.
8. Angkat dan toskan minyak nya. Potong kiub besar-besar dan curahkan sosnya. Taburkan bawang goreng dan sedikit bijan. ( tanpa bawang goreng aroma tahu anura tidak akan naik.)
# Pastikan tahu adalah dari sumber yang halal .




BAHAN B

2-3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 cawan cili kisar

1 cawan cili sos

 1/2 cawan tomato sos

1/2 cawan  gula melaka/merah

1 cawan air asam jawa
(2 tbsp asam jawa)

1/2 cawan air


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.

2. Tumiskan sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili terbit minyak.

3. Masukkan cili sos dan gaul rata. Tuangkan air asam dam 1/2 cawan air serta gula merah. Masak sehingga gula larut.

4. Masukkan garam secukup rasa. Jika kuah tidak pekat, masukkan 1-2 sudu tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air.

5. Apabila kuah pekat taburan bijan.

# Jangan lupa tunjuk hasil nya jika mencuba ya...


24 comments:

  1. Assalammualaikum Azian, akak ni pantang nmpk tauhu, pasti akan akak cuba. Cuma tauhu yang di gunakan tu akak kurang faham. Takpe, nanti akak baca balik resipinya.

    ReplyDelete
  2. wkmsalam Kak Zana, Untuk pengetahuan Kak Zana, tahu tu saya guna tahu yang di gunakan untuk buat Tahu Bakar tu...Tahu yang telah siap di goreng dan ringan serta kosong di dalam nya.

    ReplyDelete
  3. salam azian..
    akak pun sama mcm kak zana mmg suka dgn sebarang tauhu.. berkenan pulak dgn resepi ni.. senang pun senang bahan2nya (walaupun nak buatnya renyah sikit.. hihi) tauhu tu sama ke dgn tauhu pok yg biasa org campur dlm mee kari tu? kalau tak sama.. boleh tak akak guna tauhu pok tu.. rasa mcm tak pernah nampak plak tauhu ringan utk tauhu bakar tu... masa nak sumbat tu nak potong mcmana tauhu tu?

    ReplyDelete
  4. pertama kali dengar nama makanan ni. tak pernah terjumpa pula sebelum ni di mana-mana

    ReplyDelete
  5. MaDiHaA a.k.a Ratna,
    ya, memang sama dengan tahu pok tu.
    cuma dia segiempat. klu tak da boleh guna juga tahu pok utk buat mee kari tu...
    Belah bahagian atasnya sedikit dan bolehlah disumbat isinya....

    ReplyDelete
  6. Nadiah Sidek,
    Memang ia susah nak dpt.bila time bulan puasa ajer ada di jual di taman melawati KL.

    ReplyDelete
  7. terima kasih azian... ada kelapangan nnt akak cuba ye...

    ReplyDelete
  8. Salam Azian..

    Alhamdulillah.. akak dah pun buat kelmarin untuk iftar kami sekeluarga. Memang betul sedap & semua ahli keluarga pun kata sedap. T.kasih byk2 ye Azian berkongsi resepi ni.. akak mohon dikongsi di blog akak pula ye...

    ReplyDelete
  9. Salam azian
    Dh lama jumpa resepi azian ni tp akak baru wat dlm mgu ni. Mmg sedap. Resepi yg mabeles. T ksh share resepi. Rasa mcm nk wat bisnes pulak puasa ni he3... Ank2 dn somi suke sgt dgn tauhu anura dn sos azian ni. Semoga Allah mbalas keikhlasan bkongsi ilmu ni. Halal ye akak copy resepi.

    ReplyDelete
  10. Salam nak tanye. Tauhu tu tak perlu buang isi ye?

    ReplyDelete
  11. Fara Esya Hanie,
    terpulang kepada keadaan tauhu..kalau isinya padat buang la sedikit.

    ReplyDelete
  12. Nak cuba..tq share resepi...tiba2 teringin nak mkn tauhu nie..sebab tegok dlm fb ader yg jual..tp jauh sgt tempatnyer..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Pn Azian...blh saya tnya mna nk beli tauhu kering ni..tkasih bkongsi ilmu semiga Pn sekeluarga dimurahkan rezeki hendaknya...aamiin

    ReplyDelete
  14. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ kak azian. Blh tanya x kt mana selalunya akak beli tauhu utk bakar ni? Xpnah jmpa lg . Klau kt mall mcm mydin jmpa yg tauhu dlm air tu je . Tq akak sudi tolong jwb . ��

    ReplyDelete
  15. Tq ye akak sudi share resepi ni 😊

    ReplyDelete
  16. yaALLAH,, jmpe gaks this recepy,,, akan wat nanti,, tq🙏🏻🙏🏻🙏🏻

    ReplyDelete
  17. selamat mencuba Linas..
    waalaikumussalam Ummi Uzzaimah Mahamud...Siti Ain..tahu boleh di beli di pasar borong..di supermarket spt tesco...mydin ada jg.
    Selamat mencuba Normala Darus..

    ReplyDelete
  18. Terima kasih kongsi resepi..semalam nampak tauhu kering ni SEGI...cari resepi dulu..sekejap lagi boleh pergi beli tauhu kering

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah Terima kasih. Dah Cuba tadi. Sedap sangat.

    ReplyDelete
  20. Terima kasih mamamia kerana mencuba..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum puan azian, sy nk tanya. Masa bila nk sumbat kentang ke dlm tahu tu? Sblm tahu digoreng dan digoreng bersama atau selepas tahu digoreng baru disumbatkan kentangnya?

    ReplyDelete
  22. waalaikumussalam pn 'Arifah Zm,
    kentang disumbat dahulu baru di celup telur dan di goreng.
    Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  23. Baru siap mencuba buat sosnye.. Hehe. Sedap... Tq share resepi..

    ReplyDelete
  24. Dh dpt rasa dr tuan empunya resepi..sedap sgt.trm kasih byk2 k.yan bg ila rasa

    ReplyDelete