Kalau ke Jalan TAR saya pasti akan cuba membeli kebab yang dijual di hadapan SSF. Kebabnya begitu
memenuhi citarasa saya. Selalunya saya lebih suka dengan roti kebab berbanding pita kebab.
Walaupun adakalanya Que nya agak panjang tetapi rela beratur memandangkan nak pergi kesitu pun
bukannya selalu.....
Kali ini saya menggunakan daging burger sebagai inti Pita Kebab. Saya juga mencampurkan sedikit
daun/ batang ketumbar untuk menaikkan rasa.
Sesuai untuk sarapan dan mudah serta cepat untuk di sediakan.
KEBAB DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN
Roti pita secukupnya
(boleh juga guna roti hotdog)
Daging burger
tomato
daun ketumbar
bawang besar
sos cili
sos barbeque
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Siat-siat daging burger dan goreng tanpa minyak di dalam kuali. Masak sehingga garing.
2. Masukkan sos cili dan sos barbeque. Gaul rata.
2. Masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan hirisan kasar tomato yang telah di buang biji. Gaul rata.
3. Akhir sekali masukkan hirisan daun/batang ketumbar. Gaul rata dan angkat.
4. Belah dua roti pita dan panggang sebentar di atas kuali/grill pan.
5. Masukkan daging burger yang di masak tadi dan picitkan mayonise di atasnya. Jika suka boleh juga diletakkan sos lada hitam.
No comments:
Post a Comment