Amboiiii...lamanya saya tak masak....apa... tak masak? Tentulah tidak ya...cuma dah lama tak masuk N3 baru ajer..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tentu sibuk ya kerana anak-anak dah mula bercuti.
Walaupun penat, sebagai ibu tentu mahu menyediakan juadah yang sedap-sedap lebih-lebih lagi bila dah cukup korum la katakan.....
Dah penat mengemas rumah saya ni... apa kata kita basahkan tekak dengan Air Markisa. Air kegemaran kami seisi keluarga.
Kebetulan buah Markisa yang datangnya dari Cameron Highland ada dijual di sini maka saya pun belilah 2
peket. (satu peket cepat ajer habis...hehehe). Murahlah sedikit jika dibeli di Tesco atau di Jusco dimana
selalunya saya beli sebelum tahu ianya ada di jual di pasar tani berhampiran.
Beginilah rupanya buah markisa yang saya beli itu. Sungguh cantik warna kulitnya. Purple gitu.... isinya pula
menguning keemasan. Tapi rasanya janganlah cakap...masammmmm....
Memang sesuailah di buat jus dan ditambah gula. Sesuai juga di taburkan pada permukaan Pavlova yang manisss.
Bila dah dijadikan jus dan diletakkan ais errrrmmmm nyamannn....warnanya juga cantikkk. Tak perlu tambah
kalor lagi....
Senang ajer nak buatnya. Cuma perlu keluarkan isi nya , dicampur dengan gula pasir yang lebih sedikit
agar hilang rasa masam yang teramat itu. Masakkan di atas api sehingga gula hancur. Bila dan berbuih dan
agak likat sedikit angkat dan tapis. Sejukkan dan bolehlah disimpan. Lebih elok jika jus di simpan di dalam
botol kaca.
Ermm..memang sedap pun. Minum sekali teringin lagi :)
ReplyDelete