Masa keluar ambil anak dari sekolah tadi panas berdenting. Bila sampai kat rumah awan mula mendung.
Cuaca yang tak menentu begini selalunya membuatkan anak-anak sering kurang sihat. Tapi tak mengapalah
kita jaga saja pemakanan mereka.
Haa...bila cakap pasal makan, hari ni saya masak lauk kegemaran anak-anak saya. Ayam Goreng Bawang
Cili Padi. Nama ajer cili padi tapi saya letak sikit ajer. Karang ada yang menjerit kepedasan dan tak laku lah
lauk tu... Bukan ajer anak-anak saya suka emak bapaknya pun suka malah jiran-jiran pun suka....
Sebenarnya lama dah saya tak masak lauk ni bukan apa sebenarnya "rajin" sesangat nak mengupas bawang
yang setiap kali pasti ada adengan air mata. Lepas tu nak menumbuknya pula...aduhai ...tapi bila nak makan
sedap punya pasal terpaksalah buat juga...
Mengapa anak-anak saya memanggil nya Ayam Goreng Bawang? Kerana bila makan masing-masing pasti
nak kan bawangnya lebih. Keharuman bau bawang yang digoreng bersama cili padi dan rasanya yang pedas
-pedas manis membuatkan anak-anak makan bertambah. Apa lagi bila digandingkan dengan gulai.
Resepi yang mudah tetapi sedap. Jom cuba ...baru tau nikmatnya....
AYAM GORENG BAWANG CILI PADI
BAHAN-BAHAN
1 Ekor ayam
15 Biji cili padi
(tambah jika suka pedas)
1/2 kilo bawang merah
2 Ulas bawang putih
Gula dan garam
CARA MEMASAK :
1. Ayam di potong kecil-kecil . Bersihkan dan di lumur bersama garam dan kunyit. Goreng garing.
2. Tumbuk cili bersama bawang merah dan putih hingga agak lumat. (tidak perlu terlalu lumat)
3. Tumis bahan yang di tumbuk sehingga agak garing. Masukkan garam dan gula mengikut selera masing-masing.
4. Masukkan ayam kedalam kuali. Perlahan kan api. Gaul rata ayam dan angkat.
NOTA: Gunakan lebih sedikit minyak ketika menumis.
Toskan minyak dari ayam ketika menghidang supaya ayam tidak terlalu berminyak.
nak ayam goreng seketoi...
ReplyDeletesedap ayam ni kalau dimakan panas...mintak seketul dua...
ReplyDeletesalam yan..woww w/pun sempoi tp nmpak sedap & menyelerakan..leh akak try resipi ni nnti..mekacehh yan!!
ReplyDeleteSalam Kak Azian...Nampk menarik gak resipi ni..Dah terbayang2 bau bawang yang digereng bersama ayam tu...
ReplyDelete