Berkali-kali saya ingin mencuba teknik membuat Cream Puff yang saya perolehi dari kelas dan digabungkan
dengan pembacaan di google. Masa dan keadaan begitu tidak mengizinkan. Sebelum ini saya hanya
menggunakan teknik yang saya pelajari tetapi hasilnya
tidak seperti yang saya kehendaki.
Kali ini saya gabungkan keduanya menggunakan resepi yang sedia ada. Dan yang istimewa, cream nya...
Bukan lagi custard cream tetapi durian cream.
Sesekali menggunakan perasa lain sementelah pula durian mudah di dapatkan di sana sini ketika ini.
Saya tak pun membeli durian hanya menggunakan durian yang saya frozenkan.
Apabila di gigit cream puff yang agak 'garing' di luar dan lembut di bahagian dalamnya begitu nikmat terasa
bila semuanya bersatu bersama durian cream tersebut. Begitu cepat ajer masuk ke mulut dan tak sedar pun
tangan mencapai sebiji lagi....hehe.
Tengok tu, creamnya...kaya dengan durian....
Dah, kalau terliur tu...pergilah ke dapur..godek-godekla pulak..resepinya ada kat bawah ni...
DURIO CREAM PUFF
BAHAN-BAHAN
CREAM PUFF
120 gm tepung gandum
90 gm butter
3 biji telur
(saiz AA -4 biji utk saiz C)
200gm susu
CARA MEMBUAT:
1. Masak susu dan butter dengan api perlahan. Apabila butter mencair kuatkan api dan masukkan
tepung yang telah di ayak . Tutup api dan kacau rata sehingga tepung dan larutan sebati.
Hidupkan api kecil sahaja dan kacau lagi sehinngga adunan tidak melekat. Tutup api.
2. Kacau adunan sehingga agak suam ( boleh juga di kacau dgn mixer)
Masukkan telur yang telah di kocok sedikit dan gaul rata sehingga sebati.
(saya gunakan mixer)
3. Masukkan kedalam beg piping bernozlekan bentuk daisy. Paipkan membulat di atas tray bergris.
4. Ratakan tanduk pada adunan yang dibentuk supaya puff cantik.
5. Spraykan air pada adunan yang telah di bentuk.
6. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan 10 minit lebih awal. Bakar selama 25 minit pada suhu
200 darjah Celcius. Dan turunkan suhu pada 160 darjah celcius untuk 15 minit berikut.
7. Buka sedikit pintu oven dan teruskan membakar selama 6-10 minit. Angkat dan sejukkan.
DURIO CREAM
BAHAN-BAHAN
500ml susu segar
2 ulas durian
100 gm gula
2 biji telur
20 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
pewarna egg yellow
(jika perlu)
secubit garam
CARA MEMBUAT:-
1. Kisar isi durian bersama susu dan satukan kesemua bahan kecuali gula dan pewarna.
2. Masukkan kedalam periuk bersama gula dan masak di atas api perlahan sambil di kacau selalu sehingga
pekat.
Tambahkan sedikit pewarna egg yellow untuk menaikkan warna cream. Sejukkan.
3. Masukkan kedalam beg piping bernozle tajam. Paipkan kedalam cream puff.
ermmmm...yummy!!
ReplyDeleteassalam..kak Azian
ReplyDeletesedaplah tgk cream puff ni...dulu2 sy tak suke dan tak nak rasa tp kanlepas skali cuba baru tau sedapp he he
cuma tak berani nak buat sendiri takut tak jadi...
Gee® ,
ReplyDeleteMemang yummy!..
Wkmsalam mama sara nur,
ReplyDeletekalau dah suka kena cuba. Mula2 dulu akak buat tak jadi jg. Tapi akhirnya baru dpt mcm yg akak nak. cuba yer...
Salam Kak Yan..selamat tahun baru 2012.
ReplyDeleteAtie blm pernah mencubanya...tp bila tgk gambar yg k.yan post ni mmg trgoda sgt!
Akk susu apa akk guna tuk puff
ReplyDeleteNorazilawati nora,
ReplyDeleteAkak gunakan susu full crean dutch lady...