Assalamualaikum...
Ingin saya berkongsi masakan kegemaran abah saya pada kali ini iaitu Asam Rebus. Untuk pengetahuan
semua pada saat dan ketika ini abah sedang di tahan di wad ekoran dari stroke yang dialaminya.
Perasaan yang terlalu sukar digambarkan saya alami kini lebih lagi apabila melihat beliau terlantar di katil
dalam keadaan yang lemah, tetapi saya redha dengan ketentuan Nya dan juga berdoa agar beliau dapat
sembuh seperti sedia kala. Sesungguhnya ada hikmah juga keatas segala sesuatu. Yang pasti kami adik
beradik semakin dekat antara satu sama lain.
Jika dulu abah selalu masak asam rebus ini dengan ikan kembong tapi kali ini saya masak dengan ikan parang.
Selalunya beliau suka masak dengan taugeh kasar. Ermm...sedap sungguh bila makan dengan ikan masin
goreng dan sambal belacan serta ulam ulaman.
Tapi kali ini yang ada cuma sayur bendi. Tak apalah ...itu pun ngam juga....
Memang ianya merupakan hidangan yang begitu berkhasiat tanpa minyak tapi memang sedap!Lebih -lebih lagi
kalau makan dengan nasi panas.... Kalau saya, suka makan dengan kuah yang banyak barulah ummphh...
Memang mudah ajer nak masak Asam Rebus tapi saya tetap nak catatkan di sini sebagai kenangan dan
kepada yang berminat nak mencuba.
ASAM REBUS IKAN PARANG
BAHAN-BAHAN
2 keping ikan parang
(saya belah di tengah)
2 biji cili merah
5 biji cili api
(tambah jika suka pedas)
4 ulas bawang merah
2 batang serai
(titik/potong kasar)
1 inci belacan bakar
1 mangkuk air+1 sudu asam jawa
1 keping asam keping
taugeh kasar/bendi
garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk hingga lumat bawang merah, cili merah, cili api dan belacan.
2. Satukan dan masak kesemua bahan dan renihkan kuah sehingga kelihatan agak 'pekat' atau ikan dan taugeh masak.
3. Jika gunakan sayur bendi, masukkan ketika kuah hampir masak. Siap!
semoga tabah hadapi ujian dr Allah...
ReplyDeletetkasih Gee®,InsyaAllah.
ReplyDelete