Wednesday, October 26, 2011

JOM BUAT DONUT CANTIK


Assalamualaikum semua....apa khabar yer? Semuga semuanya sihat dan boleh masak macam-macam untuk 

keluarga.

Emm..lama juga saya tak berkesempatan mengemaskini blog saya ini. Rindu rasanya tetapi saya tidak dapat 

meluangkan masa ke arah itu memandangkan beberapa faktor kesihatan keluarga yang memerlukan saya 

menyimpan segala rindu berblog buat sementara waktu. Berbanyak maaf kepada yang setia berkunjung ke

 blog saya ini yer...

Abah kesayangan saya diserang stroke dan ini memberi tekanan kepada saya memandangkan sebelum ini 

abah sihat saja. Seboleh mungkin saya ingin meluangkan lebih masa bersamanya di samping menguruskan 

keperluan keluarga . Lebih mencabar apabila anak ketiga saya Ikmal pula di masukkan ke wad kerana 

demam yang berlarutan serta batuk-batuk.

Namun Alhamdulillah hari ini saya punya waktu sedikit terluang...itu pun menyambil ajer..... sementara 

menyiapkan kerja-kerja rumah yang terbengkalai sehari dua ini.




Malam tadi saya berkesempatan menguli doh untuk donut. Biasalah bila buat donut mesti nak cantik...

Untuk memikat selera anak-anak...

Donut ini saya bentukkan ia dan goreng sebentar untuk matikan yeast nya.  Bila sejuk saya simpan dalam

 fridge. Pagi ini saya goreng kekuningan dan bila sejuk buat sedikit decor. 





Resepi donut ini saya pelajari dari kelas yang saya sertai. Menurut kata tenaga pengajar donut ini resepinya

 ala-ala  donut strudlle. Memang sedap dan lembut. Sejak saya belajar saya hanya guna resepi ini apabila buat 

donut.


Kebetulan ada lebihan coklat putih dan milk coklat. Cukup-cukup ajer untuk buat decor donut-donut tu....

Lebih jimat dan tak perlu was-was bila buat sendiri kan... saya ajer dah 3 biji donut saya belasah. Lupa 

seketika pasal kalori dan diet...

Kepada yang nak try...silakan. Kepada yang ada blog tu kalau try jangan lupa tinggalkan link 'akak' ni yer...


DONUT

BAHAN-BAHAN

250 gm high protein flour

125 gm superfine flour

11 gm yeast

100 gm susu segar

75 gm butter+shortening

2 biji telur

7 gm garam

Coklat untuk hiasan



CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan tepung dan ayak.

2. Satukan telur dan susu . Kacau sedikit.

3. Satukan kesemua bahan kecuali butter dan shortening. Uli rata sehingga jadi doh. 
( saya masukkan kedalam mixer dgn menggunakan penguli berbentuk cangkuk.)

3. Apabila telah menjadi doh masukkan butter dan shortening. Uli lagi sehingga doh lembut.
(untuk menguji doh lembut/siap di uli, ambil sedikit doh dan renggangkan sedikit . Apabila regangan tidak bocor bermakna doh sudah cukup di uli.

4. Bentukkan doh bulat dan perap sehingga doh naik dua kali ganda.

5. Tumbuk doh dan canai doh setebal 1/4 inci. Bentukkan dengan acuan donat sehingga habis

6. Perap doh sehingga donut naik dan nampak gebu.

7. Goreng donut dengan api kecil sehingga kekuningan. Toskan dan sejukkan.

8. Hias dengan hiasan kegemaran masing-masing.

# timbangan butter + shortening tidak perlu seimbang keduanya.



11 comments:

  1. salam yan..wah cantik2 banget donut yan nih..bak akak 2 ketui! moga ayah & anak yan cepat beransur pulih ye!

    ReplyDelete
  2. salam akak !! sihat ke?? lawa donut tu, dah sama taraf dgn J.co dan Big Apple dah...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Azian..memang nampak cantik sgt donut2 tuu, tengok resepi pun sedap je..nanti bila free nak try, masuk list dulu ehhh.. :)

    ReplyDelete
  4. as-salam
    selamat mlm..tengok terpegun aje.. nampak exclusive donut tu..

    ReplyDelete
  5. wkmsalam Kak Ina,
    pilih la mana satu idaman kalbu...
    Thanks Kak Ina mendoakan....

    ReplyDelete
  6. Mah.
    Alhamdulillah akak sihat...
    Lepaslah klu anak-anak teringin nak mkn....

    ReplyDelete
  7. Wkmsalam Azlina.
    Cuba ya...
    Decor yang mudah selalunya menarik...

    ReplyDelete
  8. Salam Azian,

    Nanti nak cuba resepi nie, dah masuk list. Moga ayah dan anak Azian beransur pulih ye. Jaga diri untuk jaga mereka.

    ReplyDelete
  9. tkasih Bdaria...selamat mencuba yer...

    ReplyDelete
  10. Ingatkan big Apple donut tadi....cantik...semoga ayah dan anak kak Yan cepat sembuh...

    ReplyDelete