Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbh..
Terima kasih Allah kerana saya masih berpeluang menulis. Bermulanya saya sebagai blogger kerana si anak ke luar negara pada tahun 2008/2009 dan sekali lagi saya mula mengaktifkan semula diri juga kerana dia pergi lagi dan juga kerana saya berpeluang semula memberi sedikit masa untuk berblog.....
Semuga kembara mencari ilmu bermanfaat di berkati, dipermudahkan dan mendapat kejayaan yang cemerlang untuk dunia dan akhirat.
Pengorbanan meninggalkan kerjaya di sebuah bank tempatan yang baru saja di sandang begitu membuatkan beliau sering bertanya apakah tindakan nya itu betul. Jawab saya, mencari ilmu itu kehendak hatinya sendiri dan Allah telah memudahkan jalan ke arah itu..tetapkan saja niatmu..
Akhirnya permohonan biasiswa kerajaan Turki menjadi miliknya.
Alhamdulillah ketika predepature briefing, saya berpeluang berjumpa Pn Azlina (tudung turqoise-depan) ibu kepada Arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam. Beliau turut hadir memberikan sokongan moral kepada pelajar yang akan berlepas ke Turki.
Tentunya gembira berbunga di hati anak-anak ini apabila menjejakkan kaki di bumi Othmaniah yang indah. Negara yang begitu menarik perhatian saya dengan sejarah kepimpinan Muhammad AlFateh.
Negara yang indah bersempadan benua Asia dan Eropah.
Ini antara fasiliti yang diberikan kepada pelajar..anak-anak saya yang lain begitu seronok melihatnya...bak kata Lisa..macam kat hotel!
Terdapat sebuah cafe di basement. Mereka meletakkan Food Engineering di situ bagi memantau diet pelajar.
Semuga segala kemudahan yang di berikan dapat melancarkan proses pembelajaran...
Sentiasa ingat akan nawaitu mu wahai anakku...
Assalam Yan..tahniah ye wat anakanda dan yan sefamily! kak ina nk tnya, belajar kt turki guna bahasa apa ek? english ke atau bahasa turki? berminat gak nk suh anak2 try..insyaallah!
ReplyDeletewaalaikumsalam kak Ina, tkasih.Pelajar di mestikan mempelajari bahasa Turki selama 1 tahun. Ada yang di dalam english dan ada yang di dalam bahasa Turki. Kalau nak tau lebih lanjut boleh pm Yan di Fb. Yan akan bantu..InsyaAllah.
ReplyDelete