Tuesday, December 17, 2013

Kroket Daging Lagi!


Assalamualaikum...
Ahlan wasahlan kepada mereka yang sudi singgah kat blog saya ni...Terima kasih kerana masih sudi menjenguk ya...
Musim cuti sekolah ni seperti biasalah kan anak-anak kira 'bayar hutang' kepada selera masing-masing..Yang pening si emak jugakkk! Pagi petang asyik memasak ...apatah lagi anak-anak yang sedang naik...Kalau yang remaja tu dah pandai ler nak berdiet!
Kadang-kadang tu si emak pulak kesiankan si anak tu...ya la selama ni duk asrama jarang dapat makan masakan emak.... jadi di waktu cuti-cuti ni ler nak bagi anak puas dengan masakan ibu...


Kroket Daging ni antara yang di gemari oleh anak-anak saya...Jadi kira ambil kesempatan juga cuti-cuti sekolah ni saya buat untuk makan-makan mereka dan stok frozen juga. Senang nanti bila dia orang nak, just defrost dan goreng aje.


Selalunya dalam resepi Kroket, kentang di gunakan sebagai bahan utama selain daging. Tapi yang saya buat ini menggunakan tepung. Jadi lain dari resepi biasa. Bila di gigit terasa garing di luar dan lembut dibahagian dalamnya dengan terasa 'kemanisan' daging bersama lada hitam. Lebih enak bila di saluti sos cili Thai..


Kali ini saya membuat sedikit penambahan dari apa yang selalu saya lakukan. Kira improvised version la ni...
Saya tambahkan sedikit sayur-sayuran seperti karot,cendawan dan daun bawang. Jadi Kuih Daging panggilan anak-anak saya kepada Kroket Daging ini tampak lebih meriah.


Bahan-bahan:- 300 gm daging cincang, 1 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, 2 cawan tepung gandum, 4 tbsp susu tepung, 1.5 litter air,1 senduk marjerine/butter, 3 biji telur, karot, daun bawang, dan 3 biji cendawan butang. bread crumb, putih telur (untuk coating) dan garam secukupnya,
Satukan tepung, telur,susu tepung, garam secukup rasa dan lada hitam. Bancuh dengan air dan kacau rata. Tapis dan ketepikan. Cincang atau tumbuk bawang putih. Potong dadu bawang besar dan cincang halus karot, cendawan dan daun bawang. Panaskan marjerine/butter dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan daging dan masak sehingga hampir  empuk. Taburkan juga sedikit serbuk lada putih dan masukkan pula bawang besar yang telah di potong dadu, karot, cendawan dan daun bawang. asak sebentar sehingga saemuanya agak layu. Kecilkan api dan curahkan campuran tepung ke dalam kuali. Pada ketika ini hendaklah selalu di kacau kerana tepung mudah/cepat likat.(mcm buat kastard jagung). Kacau sentiasa sehingga adunan pekat , berkilat dan tidak melekat pada kuali. Angkat dan biarkan suam. Bolehlah di bentuk mengikut citarasa sehingga habis adunan.Biarkan sejuk supaya mudah untuk di salut dengan bread crumb.(adunan agak lembik ketika panas). Celupkan kedalam putih telur yang telah di pukul sedikit kemudian salutkan dengan bread cumb. Simpan di dalam freezer jika untuk di buat stok atau goreng kekuningan di dalam minyak penuh dan bolehlah di hidang bersama cili sos atau tomato sos.

2 comments: