Assalamualaikum...
Ramai sangat peminat Sardin Roll dalam rumah saya ni...Kalau buat kuih ni tidak lah risau ia tak habis... Kalau jalan-jalan di PARAM juga ramai yang jual kuih ni...tapi tak semuanya memenuhi citarasa kita kan..
Lebih tak memuaskan hati bila kebanyakannya 'banyak minyak'.
Selalunya jika buat Sardin Roll saya tak masak intinya sebaliknya saya buat macam inti sandwich aje. Tapi kali ini terasa nak buat version 'ter rajin' pula... Intinya saya masak dulu macam sambal sardin yang di hancurkan. Dan satu lagi...saya lebih suka kalau roti tu digelek bagi nipis dulu berbanding di biarkan begitu saja kerana ia lebih menyerap minyak.Kalau nak hasil yang cantik kenalah guna roti yang agak lembap dan lembut seperti Gardenia.
Kepada adik-adik yang nak cuba buat bolehlah ikut resepi di bawah ye...
SARDIN ROLL
BAHAN-BAHAN
1 tin kecil sardin
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 1/2 tbsp cili serbuk
1 tsp sos tiram
1 tbsp sos cili
1/2 keping asam keping
1 biji bawang besar
(hiris kasar)
sedikit gula dan garam secukup rasa
Sebuku kecil roti gardenia
2 biji telur
CARA MENYEDIAKAN:-
Pisahkan isi sardin dari kuahnya. Hancurkan kasar-kasar isinya. Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga lumat. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang di tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili serbuk dan kacau rata. Tuangkan sedikit air kedalam kuali supaya serbuk cili rata dan sebati.
Masukkan sos tiram, sos cili dan asam keping juga sedikit gula dan hanya sedikit garam . Kacau rata dan masak sebentar. Kemudian masukkan pula bawang besar dan isi ikan sardin.
Masak sehingga ia sebati dan agak kering. Angkat dan ketepikan.
Gelek permukaan roti gardenia sehingga habis. Isikan inti dan naikkan sedikit permukaan roti di bahagian kiri dan kanannya kemudian gulung roti. Buat sehingga habis. Pecahkan telur dan taburkan sedikit garam dan lada sulah. Kocok telur sebentar. Celup roti satu persatu dan goreng di dalam minyak yang panas. Balik-balikkan dan masak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan di atas kitchen towel.
Waaa...menu simple tp menyelerakan... yg penting anak2 kenyang, kan Azian...
ReplyDeleteSalam Kak Yan.. sedapnyer bebetui sardin.. kalau beli jgn haraplah byk bawang hu huhu..
ReplyDeletemenu yang sedap ni Azian..kita suka sardin makan dengan roti..:)
ReplyDeletenak try buat .. nak ty buatt.. huk3.. =)
ReplyDeletehai.. salam kenal,
follower no.506
done follow sini,
jom follow teman yea..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
Tenku butang..terima kasih datang sini ya...
ReplyDeleteAyu..kegemaran ramai ni..
ReplyDeleteErma-Halamanku.. tu ler kalau beli selalu tak memuaskan hati...
ReplyDeleteBetul tu Gee..
ReplyDeleteSalam kak Yan,dah 15 hari puasa ni,atie blm pernah masak kuih lg...biasa beli jer 3-4 ketul kat gerai.Mkn berdua jer..tu yg malas nk msk kuih2 :)
ReplyDeletesalam yan, ni bukan setakat adik2 je suka, kakak2 pun suka jugak ni...hihihi
ReplyDeletepertama kali ke mari... salam ukhwah..... hmmm.. nampak sedap2 resepi yg dikongsikan... :)
ReplyDelete