Assalamualaikum wbr..
Perkongsian resepi saya teruskan walaupun dalam hati telah berdetik untuk melenyapkan saja laman sesawang yang ber nama Azian Collections ini. Sebenarnya semangat saya semakin menurun sejak akhir-akhir ini. Tetapi apabila saban hari saya melihat list tetamu yang datang bertandang, terasa sayang pula. Terima kasih kepada yang sudi singgah semuga kalian mendapat apa yang di inginkan di sini kerana saya tahu kini semakin banyak blog yang menampilkan resepi pilihan berbanding ketika mula-mula saya berblog dulu dan saya pula lebih suka kongsikan sesuatu yang mudah, di gemari keluarga , tetamu dan mereka yang pernah menjamah masakan saya juga selalu saya masak di rumah.
Kali ni nak tunjuk la pada semua apa yang saya sediakan untuk meraikan hari jadi anak saya yang ke empat, Ariff Imran Ariffin pada 31.3.13 lalu. Keadaan tidak mengizinkan saya menyediakan kek yang berkrim seperti selalu. Kalau ikut cakap suami saya, katanya tak payah buat apa-apa.. Terlalu sangat ikutkan cara barat!
Tetapi dalam pada tak sempat saya buatkan juga Chocolate Cheese Brownies ini sebab saya tak sampai hati nak berdiam begitu saja....bagi saya ingatan itu melebihi segala-galanya dan sejak dari remaja setiap kali tiba hari istimewa pasti saya akan masak sesuatu! Itu cara saya dalam menghargai seseorang...
Memang sedap Brownise ini. Gabungan coklat dan cheese memang kegemaran semua terutamanya anak-anak. Tekstur kek yang lembut dan moist memikat selera apalagi bila di makan bersama ice cream...
Tentu dah ramai yang mencuba resepi ini ya. Bila saya melayari resepi brownies ini saya dapati ramai blogger yang menggunakan resepi yang sama. Jom ...sesiapa yang nak try bolehlah tengok resepinya kat bawah ni..
Semuga empunya resepi ini mendapat imbuhan dari Allah hasil dari perkongsian ikhlas beliau...
Mudah saja nak membuatnya dan InsyaAllah pasti jadi....
CHOCOLATE CHEESE BROWNIES
BROWNIES
250gm butter
1 Cawan serbuk koko
(guna yg berjenama utk hasil yg bagus)
3 biji telur B
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
(saya guna Ideal)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp esen vanila
2 sudu air instant coffee
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Griskan loyang bersaiz 10 x 10 dan alaskan dengan kertas baking. Biarkan kertas terkeluar sedikit dari loyang supaya mudah untuk mengangkat brownies.
2. Ayak tepung, baking powder dan soda bikabonat bersama. Ketepikan.
3. Cairkan butter di atas api perlahan. Kacau butter sehingga mula mencair dan tutup api. Jangan biar butter terlalu 'masak'. Masukkan serbuk koko sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Biarkan sejuk seketika.
4. Pukul telur bersama gula sebentar. Tak perlu menggunakan mixer cukup sekadar whisk saja kemudian tuangkan kedalam larutan koko.
5. Masukkan tepung berselang seli susu cair sambil di kaup balikkan sehingga habis kesemua tepung dan susu.
6. Masukkan vanila dan instant coffee (untuk menaikkan rasa coklat).Kaup balikkan supaya ia sekata.
7. Ketepikan sebanyak 1/2 cawan adunan brownise dan tuang selebihnya kedalam loyang.
8. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama sepuluh minit dengan kepanasan 175 C selama 20-30 minit mengikut oven masing-masing. Keluarkan dan ratakan Cream Cheese dan juga corakkannya dengan adunan brownies yang di ketepikan tadi. Bakar semula dengan api atas sahaja selama 15-20 minit.
9. Sejukkan dan potong dengan menggunakan pisau panas untuk potongan yang cantik.
CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN
250 gm Cream Cheese
2 biji telur
1 cawan kastor sugar
CARA PENYEDIAAN:-
Satukan kesemua bahan dan putar sehingga berkrim.
Assalam azian, brownies ni memang sedap..memang mewah dengan cheesenya tu..Betul tu sekarang dah banyak dah blog masakkan out there..so basically banyak recipe2 yang dapat dikongsi dan dicubakan..:)
ReplyDeleteHappy birthday sekali lagi buat your son ya..:)