Saturday, April 27, 2013

APAM INDONESIA


Assalamualaikum wbr...

Saya tertarik betul untuk mencuba Apam Indonesia ini yang satu ketika dulu pernah popular dikalangan blogger masakan. Teksturnya yang gebu memikat hati disamping mudah untuk membuatnya. 
Jika nak buat untuk kenduri kuih ini sesuai sekali. 
Tetapi saya ini tidak berminat mempelbagaikan rasa nya kerana saya agak kurang sedikit dengan rasa perisa tiruan yang selalunya mempunyai bau chemical. Hanya mempelbagaikan warna tidak pada rasa.


Saya pun dah terlalu kurang melakukan aktiviti membuat kuih muih dan kek. Jadi skill mencorak tu ada kureng sikit la...


Sekali pandang macam kek aje. Untuk minum petang bersama secawan teh-o panas.....


Ramai yang telah membuatnya maka resepi nya pun mudah di cari di google. Apapun saya gunakan resepi dari si cantik manis Dayang Jack. Terima kasih ya..... lama dah tak nampak cerita....

APAM INDONESIA

BAHAN-BAHAN

5 biji telur
1 tsp ovalette
1 tsp esen vanila
300 gm tepunng gandum
300 gm gula halus
250 ml santan
1/2 tsp baking powder
2 sudu besar minyak jagung/masak
sedikit garam
pewarna
2 tbsp serbuk koko/milo


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Panaskan kukusan. Sebaiknya penutup kukus di balut dengan kain maslin/kain biasa.
2.Sediakan loyang 9 inci. Griskan dengan sedikit minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper.
3. Ayak tepung bersama baking powder.
4.Satukan santan dan garam. Kacau rata.
5.Putar telur dan ovalette sehingga gebu dengan kelajuan yang tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil di putar. Masukkan pula esen vanila.
6.Kaup balikkan pula tepung sedikit demi sedikit.berselang seli susu dan akhir sekali minyak.
(Saya putar dengan pemukul sebentar ketika semua adunan telah di masukkan.)
7. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian mengikut banyaknya warna yang di gunakan. 1 bahagian di campurkan koko powder dan di gaul rata. Yang lainnya di warnakan dengan warna pilihan.
8. Ratakan separuh dari adunan berkoko dan kukus selama lebih kurang 10 minit. 
9. Selang selikan warna pilihan yang lain seperti membuat marble cake dan kukus sehingga masak atau permukaan apam tidak lembik.
10. Akhir sekali ratakan lebihan adunan koko tadi dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
11. Angkat dan sejukkan sebelum di potong.

5 comments:

  1. sedapnya tgk apam indonesia tu...nampak gebu sgt...fiza suka tapi sayang org2 dlm umah ni x berapa nak suka...huhuhu

    ReplyDelete
  2. assalam
    apam indon yg gebus sedappp
    betul tu sesuai utk kenduri
    ms sil kawen sy buat tp tak posting he hee x sempat

    ReplyDelete
  3. menarik berwarna warni... pasti anak2 suka...

    ReplyDelete