Assalamualaikum ...
Pulut kuning penyambung N3 untuk blog Azian Collections. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengunjung yang setia singgah walaupun telah sebulan tiada N3 terkini.
Sokongan dan kunjungan menguatkan semangat saya untuk menulis membantu mereka yang ingin memasak.
Terakhir saya bersiaran adalah ketika anniversary saya yang ke22 tahun iaitu pada 11/11 yang lalu.
Sesungguhnya pada bulan 11 tahun ini begitu banyak perkara yang telah terjadi selanjutnya akan secara tidak langsung menjawab mengapa saya menyepi diri agak lama....Izinkan saya bercerita sekadar melepas rasa berat di dada dan suatu waktu nanti bila saya terbaca artikal ini kembali ,saya akan dapat mengingatkan apa yang saya lalui pada bulan November 2012...
Pada awal nya saya gembira menyambut ulangtahun perkahwinan dan menerima berita kejayaan anak pertama saya Ashiqin di dalam peperiksaan semester akhirnya di universiti. Juga anak keempat saya Ariff Imran di dalam peperiksaan PSRA dan UPSR. Betapa gembiranya saat itu bagi seorang ibu bila anak-anaknya berjaya cemerlang. Maka saya menyediakan Pulut Kuning tanda kesyukuran untuk di beri kepada jiran tetangga juga guru mengaji anak saya yang kebetulan juga Imran telah khatam quran sebelum tarikh keluar keputusan peperiksaannya.
Dalam riang itu saya juga berduka apabila kami mengadakan majlis Yaseen untuk arwah emak yang telah pergi kerahmatullah pada 24/11/11,Genap setahun emak meninggalkan kami . Rasanya seperti baru semalam kami kehilangan ibunda tercinta. Kesedihan tambah menenggelamkan segala kegembiraan sebelumnya apabila abah yang saya sayangi pergi mengadap Ilahi genap setahun 2 hari emak pergi. Pada 26/11/12 di hadapan kami 3 beradik (kakak ke 2 tak sempat) dan cucu-cucunya, abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saat itu hanya Allah yang mengetahui apa yang saya rasai...
Apapun saya akur kehendak Ilahi walaupun segalanya agak mengganggu emosi saya sehinggalah ke saat ini.
Al Fatehah untuk kedua ibu bapa saya Hj Daud bin Kulop Melaka dan Hjh Mahayah bte Hj Abd Rahim.
Pulut kuning atau ada yang panggil Pulut Semangat ini saya berikan kepada jiran tetangga. Kalau selalunya saya sering gandingkan dengan Rendang Daging Minang, kali ini saya masak Rendang Ayam yang seperti selalu emak saya buat terutamanya apabila menjelang hari raya. Rendang yang di masak seperti ini tetapi menggunakan ayam kampung atau ayam telur memang tak tinggal . Kali ini saya guna ayam daging ajer.
Rendang sebegini memang cepat di masak berbanding Rendang Minang lebih-lebih lagi kali ini saya mahukan ianya agak berkuah sedikit supaya boleh bersalut dengan Pulut Kuning yang lemak-lemak lembut gitu.
Bak kata teman jiran, memang marbeles la...dan diminta agar resepinya di muat turun kan di sini....
RENDANG AYAM KENANGAN
Sumber: Arwah Hjh Mahayah
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
1 kilo santan
2 peket kerisik
10 tangkai cili kering*
10 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 1/2 inci lengkuas*
6 batang serai*
2 helai daun kunyit*
( hiris halus /siat kasar)
1 inci kunyit hidup*
sedikit cili api*
(jika suka pedas)
3 sudu rempah daging*
Asam keping, gula,
CARA MENYEDIAKAN
1. Kisar semua bahan yang bertanda *. Masukkan kedalam kuali.
2. Masukkan pula ayam yang telah di potong dan di cuci. Perapkan sebentar di atas api bersama bahan kisar sehingga ayam agak kecut dan keluar air ayam.
3. Masukkan santan. Gaul rata. (saya keluarkan ayam waktu ini kerana ayam daging mudah lembut dan hancur. Jika guna ayam kampung atau ayam tua tak perlu di keluarkan)
4. Teruskan memasak kuah tanpa ayam. Bila menggeleggak, masukkan kerisik, garam ,sedikit gula (saya guna 1/4 ketul gula kabung) dan 2 keping asam keping.(saya juga masukkan seketul stok ayam sebagai perasa)
5. Masak sehingga kuah mulai memekat sambil di kacau selalu supaya kuah tidak hangit dan berkerak di bahagian bawah kuali. Masukkan ayam ketika ini dan masukkan juga hirisan kunyit.(saya campakkan juga 2-3 helai daun limau purut)
6. Masak sehingga ayam betul-betul empuk tetapi berkuah.
PULUT KUNING
BAHAN-BAHAN
1Kilo Pulut Susu
3 keping asam gelugur
santan pekat dari 2 biji kelapa.
Daun pandan
2 sudu besar kunyit serbuk
( warna akan lebih cantik jika guna kunyit hidup)
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Rendam pulut didalam air yang di campur kunyit menutupi pulut . Masukkan asam gelugur dan rendam semalaman.
2. Panaskan kukusan. Masukkan sedikit daun pandan kedalam air kukusan.
3. Cuci pulut sehingga hilang serbuk kunyit yang tertinggal dengan menggunakan tapisan.
4. Alas kukus dengan kain maslin dan masukkan pulut yang telah di bersihkan tadi, letakkan juga sehelai dua daun pandan di atas pulut supaya wangi. Kukus selama 30 minit.
5. Sementara itu, gaulkan sedikit garam bersama santan pekat. Biar agak berasa garam pada santan tersebut.
6. Angkat pulut dan masukkan kedalam besen. Gaulkan santan rata-rata dengan hanya separuh sahaja dari santan yang ada. Masukkan kedalam kukusan dan kukus semula selama 30 minit.
7. Angkat semula kukusan dan ulangi proses menggaul santan bersama pulut dan kukus semula selama 15 minit.
8. Angkat dan boleh la dihidang bersama rendang.
Takziah dan Al-Fatihah untuk arwah akak, dan terima kasih share kan resepi authentic ni.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletenampaknya memang pulut kuning rendang ayam ini penuh dengan kenangan ye Azian.
Al-Fatihah buah kedua-dua almarhum ayahanda dan almarhumah bondanya, mudah-mudahan mereka ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Tahniah juga buat anak-anak yang berjaya, moga terus berjaya dunia wal akhirat.
Al fatihah untuk kedua arwah mak dan ayah kak Yan...sayu saya baca entri ni...terus teringat pada arwah mak dan abah saya...
ReplyDeleteTeringin pulak nak mencuba resepi rendang kak Yan ni...saya ni memang tak pernah masak rendang :)
salam takziah wat keluarga yan atas pemergian ayahanda tercinta ye..alfatihah utk kedua2 arwah ayahanda & ibunda tersayang!
ReplyDeletesalam kak yan. masa saya khatam Quran dulu arwah ibu buat pulut kuning n ayam golek. sedap tul!
ReplyDeleteP.S. TQ sbb pernah jd follower blog asal sy iaitu www.jukdin.com. Tapi blog itu telah ditutup dan saya kini menulis dari jukdin.blogspot.com.