Tentu ramai yang macam saya ya sukakan Teppanyaki. Boleh termiss pulak nak tayangkan homemade Teppanyaki saya ni. Dah lama dah saya buat ni...rasanya nak buat lagi lepas ni. Pilihan saya bila makan Teppanyaki mestilah Salmon atau pun chicken. Memang saya suka sangat Salmon . Saya pernah terbaca bahawa Salmon tidak sesuai untuk diet orang yang berdarah kumpulan A. Tapi saya memang pantang nampak ikan salmon terutama smoked salmon! Jadi terpaksalah saya lupakan seketika apa yang saya baca tu ...hehe.
Kalau malas nak masak banyak-banyak saya cadangkan buat ajer Teppanyaki ni. Satu dish dah merangkumi semua. Menu nya pun sehat! Teringat ketika selalu makan kat Keyaki Restoran di Pan Pac Hotel dulu...., bila chef yang incharge tu masak pasti akan buat 'action' dengan sudip dan pemotong yang di gunakan.Siap lambung lambung sudip dan pisau lagi... Anak-anak saya tergelak-gelak suka tengok....
Tapi berhati-hati ya bila makan Teppanyaki, pastikan sake tidak di gunakan ketika mengrill makanan tersebut!
Nak buat pun senang ajer. Kalau tak da soy sauce Jepun pun tak pa, kita guna ajer soy sauce kita punya.
Saya gunakan kicap masin cair, lada hitam dan pilihan sayur-sayuran seperti taugeh, karot dan sedikit kobis. Boleh juga letak sayuran lain seperti cendawan dan capsicum. Dah tentulah saya pilih ikan Salmon kegemaran saya berserta ayam. Dan yang paling penting bila makan mesti ada bawang putih goreng. Kalau pergi kat restoran saya mesti request for xtra . Kalau buat sendiri haaa.... segenggam pun boleh! Ni version tak makan nasi....kira diet la ya...hehe.
My Teppanyaki
Sekeping isi ikan Salmon
Sekeping isi ayam
Sayur-sayuran
lada hitam
Kicap cair
2 ulas bawang putih
(belah 2)
CARA PENYEDIAAN:-
1. Potong nipis sayur kobis , Karot di potong seperti batang mancis.
2. Tuang sedikit minyak dalam kuali leper.
3. Gorengkan bawang putih sebentar dengan pusing-pusingkan bawang supaya kena pada semua permukaan berminyak. Bila bawang permukaan bawang kekuningan, ketepikan.
4. Letakkan isi ayam dan ikan salmon. Taburkan sedikit lada hitam di permukaan ikan dan ayam.Biarkan lebih kurang 4-6 minit. Terbalikkan dan taburkan juga lada hitam dan sedikit kicap cair.
5. Ketepikan Ikan di tepi kuali.Potong kecil ayam di atas kuali dan renjiskan sedikit kicap cair, Masak lagi sehingga agak garing.Ketepikan ayam ke tepi kuali.
6. Tambahkan sedikit minyak di permukaan kuali bercampur minyak bekas menggoreng ayam dan ikan tadi. dan masukkan sayur-sayuran. Taburkan sedikit lada hitam dan kicap cair. Gaul rata. Masak sebentar sahaja.
Angkat dan letakkan ikan dan ayam di atas sayur.
7. Taburkan bawang putih goreng dan makan bersama kicap cair yang telah di campur sedikit parutan lobak putih.
# Untuk bawang putih goreng, Hiris bawang putih sebanyak mana yang di kehendaki dan gaulkan sedikit garam.
Goreng didalam minyak yang telah di campur sedikit marjerine. Goreng dengan api besar pada mulanya dan kecilkan api apabila ia mula mengguning. Bila bawang mula keperangan, boleh di angkat dan toskan minyaknya dengan kertas tissu.
wahh..boleh cuba ni yan..akak x pernah lg masak teppanyaki kt umah tp my doter punyerla suka mamam teppanyaki nih..
ReplyDeletecuba kak Ina, boleh makan puas-puas..
ReplyDeleteThis article provide many tips. Very useful to me. Thanks a lot ?
ReplyDeleteKakpb belum pernah cuba tepanyaki ni, selalu tengok je org masak.
ReplyDeleteArtikel ni memang terbaek!! Tq very much..
ReplyDeleteterima kasih, nak buat la...milk booster jugak nih.
ReplyDeletehttp://ummuaufacollections.blogspot.com/
http://ummuaufacollections-shaklee.blogspot.com/
cam ne nak buat cili dia ... tapi memang terbaik...
ReplyDeletebestnya..taw x resepi utk teppanyaki restaurant yg ada kat kl tu..hee
ReplyDeleteResepi taugeh ala Teppanyaki ada? Yang itu terbaik. Taugeh paling sedap saya pernah rasa. Nak juga belajar resepinya
ReplyDelete