Assalamualaikum semua.
Pagi ini saya dah bersarapan di kedai bersama suami. Lepas menyiapkan urusan di rumah saya bergegas pula ke sekolah anak untuk menyelesaikan beberapa urusan yang berkaitan 'online' ni...
Almaklumlah pertama kali menggunakan online untuk urusan tersebut tentulah banyak perkara yang agak mengelirukan. Kerjasama dari pihak ibubapa dan sekolah amatlah di perlukan. Berterima kasih di atas perhatian yang diberikan oleh pihak SK Pusat Bandar Puchong 2 termasuk Pengetua sendiri dan kakitangan yang lain. Ya lah kalau sebelum ini saya pernah di beritahu bahawa adakala kita tidak akan dilayan sewajarnya jika ke sekolah tersebut. Maksud nya pihak sekolah pilih bulu la....tengok siapa yang datang. Alhamdulillah tidak pula kepada saya. Kalau dia orang tak berapa layan tu mungkin sebok kot!
Balik kerumah saya berkira-kira nak on lappy,sedang dok nak buat air saya ternampak pula tupperware kecil bekas saya simpan Kek Buah yang saya buat masa nak raya tempohari.Oleh kerana saya simpan di dalam bekas kedap udara kek tersebut masih elok. Tapi tinggal 3 keping ajer. Jadi sementara mengadap lappy saya pun menikmatilah Kek Buah tu. Sudah begitu cukup mesra rasanya.
Resepi dari CMG ini memang dah lama saya nak try kerana teringin nak rasa yang menggunakan karamel.Lebih-lebih lagi kakak saya ada meminta saya buatkan Kek Buah dan sememangnya kek Favorite saya tu....
Memang sedap dan mesti jadi kalau buat. Cuma kena tunggu sampai 4 jam masaknya.Jangan lupa menambah air panas ke dalam kukusan. Ya la takut berlubang pula kukus tu manalah tau terlupa!
Nak buatnya senang ajer...Kalau nak cuba Kek Buah resepi dari CMG ni boleh tengok sini ya...
Apa pun saya nak catatkan di sini juga..nanti senang nak buat lagi kek kegemaran saya tu...
Kepada CMG, Terima kasih daun keladi lain kali beri resepi lagi...
KEK BUAH KUKUS
Sumber: Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHAN
375 gm mixed fruit
250 gm butter
300gm tepung gandum
1tsp soda bikarbonat
1 tsp cream of tar tar
3 biji telur
150 gm brown sugar
150 gm gula pasir
(jadikan karamel)
1/4 cawan badam
1 biji buah pala
1 tsp mixed spice
(saya tambah)
CARA MENYEDIAKAN.
1. Didihkan air di dalam kukusan. Lengserkan loyang dan alas tapak loyang dengan baking paper. Sapukan juga permukaan kertas dengan sedikit mentega.
2.Satukan cream off tar tar, soda bikarbonat, mixed spice,parutan buah pala dan tepung. Ayak .
3. Gaulkan mixed fruit dan badam ke dalam tepung untuk menggelakkan buah jatuh kebawah atau tidak rata.
4. Putar butter bersama gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul selama seminit untuk setiap telur.
5. Masukkan mixed fruit yang telah di gaul bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sambil di pukul dengan kelajuan perlahan. Apabila telah rata, ketepikan.
6.Masakkan gula pasir sehingga menjadi karamel (saya bubuh sedikit air) dan tuang kedalam adunan kek sambil di pukul perlahan. Gaul rata. -hati-hati ketika proses ini kerana karamel masih panas.
7.Tuang ke dalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil dan diikat dengan tali rafia.
8. Kukus selama 4 jam.Keluarkan dari loyang. Apabila telah betul-betul sejuk balut kek dengan aluminium foil dan simpan di dalam bekas kedap udara.
bestnyer kak...saya jugak yang belum bersedia lagi nk buat kek buah ni, tp kalo makan, boleh habis seloyang...ehehe...mungkin belum jumpa respi yang betul2 sedap kot...
ReplyDeletesuka dengan kek buah kukus
ReplyDeleteCendana Kasih,
ReplyDeleteMula-mula nak buat memang bercinta. tp sebenor nya perasaan kita jer. Buatnya senang. Akak nak cuba byk2 resepi nak cari yang sedap.cubalah...
Chik Mimi,
Ya la...ramai yg suka...
assalam
ReplyDeletesedapnya layan kek buah kan..suka rasa buah2 tu..
sy pun lama dah teringin nk buat kek buah ni, kadang2 dah beli buah tu last2 buang je expired he he
best ye resepi ni nak buatlah nanti kena c/p resepi cmg ni
tq k.Azian sb share disini pula
sedapnye kak..ptg tadi berangan nak buat kek ni..sampai la ni tak buat2 pun..ehehe
ReplyDeleteRohah,
ReplyDeletenanti akak tiupkan semangat rajin ya....hehe...
Very useful blog. Keep up the good work.
ReplyDelete