Thursday, September 27, 2012

Kacang Pool for Breakfast...

Assalamualaikum...
Saya pernah mencari restoran yang di war-war kan oleh program JJCM pada petang rancangan tersebut di siarkan. Begitu teruja mencari mengikut alamat yang di beri tetapi bila tiba di alamat tersebut, restoran itu rupa-rupanya telah tiada. Tidak saya ketahui samaada  ianya telah tutup atau beroperasi di kawasan lain.
Sejak itu saya hanya menyimpan keinginan mencari Kacang Pool yang enak sehinggalah saya memasaknya sendiri. Dah lama saya membeli 'foul medames' dalam tin di Parkson. Cuma belum seru untuk membuatnya ajer.



So bila dah tiba seru memang boleh jadi! Pada mulanya saya kira kurang mendapat sambutan dari anak-anak. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset...Sedap! kata dia orang. Maknanya....bolehlah buat lagi. Bila cicah dengan roti bakar (lepas ni nak try makan dengan garlic bread) bersama telur mata yang bergegar macam kat atas tu....opst! kena perah lemon atau limau ya... (Gambar limau tak da lak beraksi! kat manalah perginya ya....) Aduh tak sedar lebih dari 2 keping roti dah masuk kedalam perut. Oleh kerana saya kehabisan stok rempah Kurma, cari punya cari yang ada rempah beriani yang ada maka saya pun guna rempah Beriani ajer.Rasa rempah bersatu daging dan minyak sapi...uhh...sedap! Jangan lupa taburkan bawang cincang dan cili hijau...inilah trade mark masakan Arab sebenarnya...malah menjadi penyedap rasa Kacang Pool itu...


Kepada yang sedang berdiet karbo, makan ajer gitu dengan telur dan teh o panas...errmmm enak !
Tengok telur tu menggoda sungguh...Rasa nak pi goreng telur macam tu sat lagi...


Sesuai di makan untuk sorapan maupun makan malam...Hari tu masa makan burger bakar kat Lokas 
Makana di Puchong utama, saya ternampak sign kacang pool ni kat salah satu  restoran kat situ...Nanti nak pi try la sedap ker tidak...
Kalau nak masak sendiri pun boleh...jom ....

KACANG POOL
BAHAN-BAHAN

1 Tin 'Foul Medames

1 peket daging cincang

1 labu bawang besar

1 1/2 tbsp rempah kurma/beriani

sedikit minyak sapi untuk menumis

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

4 biji buah pelaga

HIASAN PENYEDAP RASA

 bawang besar

 biji cili hijau

limau/lemon

telur mata

roti bakar

CARA PENYEDIAAN:-

1. Cincang bawang besar. cairkan rempah kurma/beriani dengan sedikit air.

2. Tos kan kacang dan bahagi 2. Satu bahagian ditambah sedikit air dan di kisar.

3. Tumiskan rempah penumis bersama sedikit minyak sapi. Kemudian masukkan bawang yang di cincang tadi dan masak layu.

4.Masukkan rempah dan masak sebentar. Jangan sampai garing takut timbul rasa pahit.

5. Masukkan daging cincang dan biji-biji kacang serta sedikit air. Masak sehingga daging empuk.

6. Tuang kacang yang di kisar, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sehingga pekat. Angkat.

7.Taburkan hirisan cili hijau, bawang besar cincang dan di makan bersama roti bakar dan telur mata. Jangan lupa perahkan limau kerana ianya lebih enak bila ada sedikit rasa masam-masam....


4 comments:

  1. salam kak Yan.Apa kabar?lama xsinggah kat sini.
    lapar lak perut atie tgk roti cicah kacang pool tuh!

    ReplyDelete
  2. sedapnya lama tak buat kacang phool

    ReplyDelete
  3. salam yan..mmg kalu makan kcg phool ni ngan garlic bread lg uummph!! family kitorang mmh laju jer kalu wat menu ni..

    ReplyDelete
  4. Assalam azian, kacg pool memang favourite kat rumah kita dah lama juga tak makan kacang pool..tengok yang azian masak ni macam teringin ler pulak..

    ReplyDelete