Semakin hampir detik Ramadhan menjelma. Maghrib nanti akan bermulalah bulan baru yang kita
nanti-nantikan dengan pelbagai tanggapan mengenainya.
Ada yang menantikannya dengan mempersiapkan diri mengumpul tenaga untuk menggapai segala
keistimewaan dan peluang pahala yang di limpahkan tak kurang juga yang menantikan nya dengan
menyeneraikan turutan senarai hotel mana atau restoran mana yang mengadakan bufet ramadhan juga
mengunjungi bazar-bazar ramadhan.
Semuanya kita ingin dan rasai. Cuma segalanya perlulah berpada-pada....
Selamat melalui bulan Ramadhan Al Mubarak dengan sempurna dan bersederhana.
Kepada pengunjung Azian Collections yang saya sayangi dan semua kenalan di alam maya ini, ampun maaf saya pohon . Manalah tau ada yang
tersentuh hati ker...terkasar bahasa ker...kita seringkali kali tidak menyedari akan itu. Semuga Ramadhan
kali ini begitu 'INDAH' buat anda....
Ramadhan pertama tanpa ibu menjadi kan saya begitu sebak di saat ini. Tiada lagi yang akan menalifon saya
bertanyakan bila nak balik berbuka bersama...Arghhh...terlalu rindu akan semua itu. Al Fatihah untuk ibu
saya yang tersayang...
Kepada semua yang masih ada ibu dan keluarga...ambillah peluang berbuka beramai-ramai yang mana ianya
sangat-sangat menyukakan hati seorang ibu dan ayah.....
Saya punya sebuah keluarga yang agak besar. Seramai lima orang anak dan suami yang punya citarasa
berbeza. Yang manis manis ni selalu nya pilihan saya dan anak-anak. Ini adalah antara manisan yang sering
saya buat ketika ramadhan. (Semua yg dalam gambar ada resepinya di dalam blog ini)
Dan yang ini pula sering jadi request dari my habibi....terutamanya yang kanan atas tu...huhuhu.
Mesti buat punya!
Nasi Tomato, saya selalunya masak bila agak kurang cergas....hehehe. Senang ajo...masak nasi dengan Ayam Masak Merah..Siap!
Yang bawah tu...sudah pasti...ya la nak membuka selera anak-anak....
Ni semua kesukaan anak-anak....Sumi Jelly Cocktail owh yummy....Tembikai Laici sungguh nyaman (bila ramadhan, tembikai kat Tesco murah) dan
air nenas ala Kluang Station.. sedappp!
Apapun ini lah yang bakal-bakal jadi menu hidangan saya pada bulan ramadhan kali ini...
Selamat berpuasa... Jangan lupa baca niat sebulan ramadhan malam nanti ya....
Dan niat ini jangan lupa baca tiap-tiap malam.....
Salam Ramdhan juga buat Azian & family... cantek gambar
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amalan kita diberkati Allah..
ReplyDeleteaslmkum azian.. sudah berderet menu2 kegemaran bbuka puasa nanti.. mmg seronok n meriah bila dpt berbuka dgn anak2 kan.. kesempatan ini akk ucapkan selamat myambut ramdhan almubarak.. smga kita sama2 boleh keberkatan amin.
ReplyDeletesalam Ramadhan yang penuh keberkatan buat Azian seisi keluarga..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak Yan..
ReplyDeleteSalam Ramadhan dan selamat berpuasa dari ita buat kak yan dan keluarga.
Semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberiakn keberkatan pada kak Yan dan keluarga , diberikan kesihatan yg baik supaya dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran..
Semua menu yang sangat menyelerakan untuk di cuba sepanjang Ramadhan..
Selamat berpuasa ^_^
salam kak yan.Selamat menyambut bulan Ramadahan & slmt berpuasa kpd kak yan sekluarga.
ReplyDeletesalam ramadhan gak wat yan sekeluarga ye! mmg berderet menu2 bulan pose yg wajib buat kan..hehe!
ReplyDeletesalam singgah2 sini .. banyaknya menu menarik... semuanya menyelerakan... untuk menu buka puasa... SELAMAT BERPUASA BUAT KAK AZIAN DAN FAMILY ... :)))
ReplyDelete