Sunday, July 29, 2012

Rendang Itik Istimewa


Assalamualaikum...
Saya dan suami merancang untuk berbuka di sebuah Restoran Arab di Cyberjaya hari ini.
Tetapi dek kerana nak menunaikan hasrat di  hati suami yang inginkan rendang itik sejak sebelum puasa lagi. Maka saya merendang jugaklah hari ini. Kalau dah masak nanti bolehlah anak-anak yang akan pulang kerumah sewa masing-masing bawa pulang untuk bersahur esok. selalunya rendang style minang yang saya masak kering, akan tahan lama.
Nak di jadikan cerita, malam tadi suami saya bawa pulang itik tu hidup-hidup! Ingat kan kawan baiknya yang ada bela banyak itik tu,  nak beri itik yang dah siap sembelih dan bersih ( banyak cantik!)
....Masakkkk... kami berdua nak mengerjakannya... 
Ingat nak hantar kekedai memproses ayam tapi rupanya mesin ayam berlainan dengan itik. Jadi tak da pilihan lain lah....Nasib baik dulu-dulu saya pernah tolong abah cabut bulu ayam dan bersihkan nya....dan yang penting suami saya nak membantu...kiranya rendang itik ni begitu banyak keistimewaan dan 'sentimental value' nya...

Ini antara bahan mentah yang perlu ada untuk buat rendang. Jangan lupa santan jugak!


Baunya menusuk hidung...masa baru tenggek kat atas api anak-anak saya bertanya....apa bau sedap ni?...


Selalunya saya buat rendang kering-kering supaya boleh tahan lama dan lebih enak..
Buat rendang ni memang senang, lebur ajer tapi bahagian mengacau hingga kering tu lah yang mencabar...lebih-lebih lagi waktu puasa ni...Saya ada asistant yang memang expert bab kacau rendang ni...Anak saya Amirul cukup sabar mengacau! Saya bantu bila waktu dah nak garing ajer....


Nampak tuuu....tak sabar nak rasa waktu berbuka nanti....saya nak bawa sikit ke Restoran Arab tu nanti...tentu sedap makan dengan nasi Briyani dia orang tu...
Tak nak cuba ker? Sedap tau! 

RENDANG ITIK

BAHAN-BAHAN

1 Ekor itik
(agak besar sedikit)

10 tangkai cili kering*
(rebus sebentar)

2 kilo santan

10 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

1 inci kunyit hidup*

1 inci lengkuas*

2 inci halia*

10 batang serai*

3 helai daun kunyit

2 keping asam gelugur

garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:-

1. Siang itik dan bersihkan. Masukkan ke dalam kuali.

2. Kisar bahan bertanda * dan sehelai daun kunyit. Masukkan kedalam kuali berisi itik. Masak sehingga
itik mengecut dan bahan kisar mengering.

3. Masukkan santan dan kacau rata.

4. Masak hingga pekat, masukkan garam, asam gelugur dan secubit garam

5. Teruskan memasak sehingga agak kering dan taburkan hirisan 2 helai daun kunyit yang di tinggal kan  tadi. Bolehlah diangkat ketika ini jika mau yang masih berkuah.

Saya selalunya masak lagi sehingga terbit minyak dan seakan menggoreng itik pula. Bila betul-betul kering atau serdak telah berwarna coklat kemerahan boleh di tutup api dan biarkan ia sejuk di dalam kuali. Kemudian baru di alih kedalam bekas lain.

#pastikan guna sudu ketika mengambil rendang.Kalau guna tangan cepat basi.



13 comments:

  1. salam akak...waaa,,,terbau2 rendang sampai bukit jalil...hehehe....tp saya tak makan itik sebabnyer teringat masa kat kampung saya ada bela itik/ayam..macam kawan baik la plak..(takde kawan ngan manusia, kawan ngan binatang pun ok laaa...hahaha ) .so sampai sekarang saya tak makan itik...ayam kampung pun sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kelakar pulak..Hari ni saya pong nk msak rendang itekkk..hehe

      Delete
  2. as-salam
    sungguh menyelerakan tgk rendang itik tu...terliur tgk lama2 kat gambar tu..

    ReplyDelete
  3. Mah, jau betol angin bawa bau rendang tu ya...Bapa akak pun gitu jg...sejak bela sendiri ayam dia terus tak mkn ayam...syg sgt kot!

    Wkmsalam Ady. jgn tengok ajer...gi cari itik dan masak....hihi

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nampak... k.gee tak pernah mkn itik...

    ReplyDelete
  5. itik ni feveret saya sekeluarga. selalu mak masak kari. jarang buat rendang. tapi rendang pon sodap kan!

    ReplyDelete
  6. Gee®,
    nak tau kena cuba.ada kelainan daging itik dan ayam..

    Lya Colours,
    Saya selalu makan itik ni di masak rendang atau di buat popia kulitnya(makanan cina).Mungkin sedap juga di masak kari ya....

    ReplyDelete
  7. salam kak Yan.Xpernah lg makan rendang itik,walaupon ayah atie ada bela itik..hikhik

    ReplyDelete
  8. wah ada resepi rendang jugak. x pernah lagi makan rendang itik. hehe

    ReplyDelete
  9. Assalam azian,
    rendang itik ni nampak sedap..kita belum pernah rasa lagi daging itik..
    tak tahu nak handlenya pun satu reason juga..hehe..

    ReplyDelete
  10. Assalam Azian,
    eh tadi dah comment tak tahu dah masuk ke belum..tak apa..kita type lagi..hehe
    kita belum pernah rasa daging itik ni..kat sini tak banyak ada jual..kena pastikan yang halal lah kan..

    ReplyDelete
  11. salam yan..wah arini masak apa utk berbuka? terliur lak tgk rendang itik yan nih..kakak ipar akak rajin sgt masak rendang itik..akak tau makan jek..hahaha!

    ReplyDelete
  12. nmpak enak....tapi macam x bleh telan itik je...

    ReplyDelete