Assalamualaikum.
Hidanagan Nasi Tomato ini saya gandingkan bersama lauk kegemaran anak-anak iaitu Ayam Masak Merah.
Saya cuba menyenangkan hati anak-anak dengan memasakkan makanan kegemaran mereka memandangkan
salah seorang dari mereka sedang menjalani jadual yang agak padat. Kelas tambahan untuk UPSR telah pun
mula di adakan selepas waktu sekolah tamat dan selepas itu kena berkejar pula untuk ke sekolah agama.
Selalunya Imran naik bas ke sekolah agama tetapi kini terpaksalah saya hantar. Tukar baju dan makan
semuanya dalam kereta!
Kebetulan masih ada nenas yang di beri jiran yang di beli di Thailand sewaktu beliau dan keluarganya
bercuti tempohari, maka saya buatkan acar mentah. Semuanya sempoi ajer......
Memang hidangan ini kena pada selera anak-anak saya. Segalanya mudah nak di masak. Cubalah....
NASI TOMATO
Sumber: Azian collections.
BAHAN-BAHAN
3 pot beras basmathi
(saya guna Faiza extra long)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
41/2 pot air
(sama pot beras)
1/2 cawan susu cair
2 helai daun pandan
(disimpul)
3 sudu minyak sapi
1 tin kecil tomato pure
garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Cuci beras dan rendam 10- 15 minit.
2. Kisar 5 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih.
3. Hiris bawang merah dan putih yang selebihnya.
4. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis.
5. Masukkan bawang yang di hiris dan masak sehingga kekuningan. Masukkan pula bawang yang di kisar dan masak sehingga naik bau.
6. Masukkan air dan daun pandan. Biarkan mendidih, masukkan pula tomato pure. Kacau rata dan masukkan pula susu cair. Masukkan garam secukup rasa.
7. Bila menggelegak, masukkan beras dan kacau sekali sekala dengan perlahan agar beras tidak patah sehingga nasi masak sepenuhnya.
AYAM MASAK MERAH
Sumber: azian collections
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
1 cawan cili kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 Labu bawang besar
1/2 cawan cili sos
1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Cuci bersih ayam. ( saya selalu cuci ayam dengan sedikit tepung)
2. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit serbuk.
3 Goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
4. Kisar kedua-dua jenis bawang dan tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. (untuk memeastikan cili benar-benar masak, saya selalunya menambah sedikit air apabila cili kisar mula pecah minyak dan mask kembali sehingga agak kering)
6. Masukkan cili sos,gula dan garam secukup rasa, kacau rata.
7. Masukkan pula ayam yang telah di goreng dan bawang besar yang di potong bulat.
8. Tuangkan air dan gaul rata. Masak sehingga agak pekat cilinya.
ACAR MENTAH
Sumber: Azian Collections
BAHAN-BAHAN
1/2 biji nenas manis
1/2 biji timun
1 biji cili merah
1 labu bawang besar merah
1 biji limau nipis
garam dan gula secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Hiris nipis nenas, timun, bawang besar dan cili merah.
2. Satukan dan perahkan limau. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3. Gaul rata atau ramas perlahan supaya tidak hancur.
Gula
assalam Azian
ReplyDeletesedapnye nasi tomato bersama ayam masak merah...
tu la kesian anak2 kita kadang2 makan pun cepat2 huhu sama cam ank sulong sy pun dah mula kelas tambahan tp nasibbaiklah dia SRAI , yg kakak balik SK siap ke Sek.Agama pulak..makan kena cepat takut bas menunggu he he
wah sedapnya.. selalu nasi tomato beli kat pasar malam je. nak masak, tak pernah mencuba. ni ada resepi, boleh cuba2 nanti InsyaAllah
ReplyDeletemama sara nur,
ReplyDeleteNak buat mcmana ya, sistem persekolahan dah begitu.Yg jadi mangsa anak2 lah...
Lya, cuba lah..masak sendiri lebih puas hati.
ReplyDeletebestnyer kak... meh sepinggan !!
ReplyDeleteCantiknya nasi tomato.... jalan2 cari resepi, salam kenal...:)
ReplyDelete