Assalamualaikum. Walaupun bulan Syawal telah pun meninggalkan kita tetapi masih ada juga kanopi di depan
rumah menyaksikan tuan rumah meraikan tetamu. 1 bulan Syawal sudah tidak cukup untuk kita di Malaysia ini
yang begitu di limpahi rezeki oleh Allah. Ada yang kata bukan jamuan hari raya tetapi jamuan muhibah! Apa-
apa saja lah... Tak pa...jom kita makan Macaroon.
Ada yang meminta saya mencuba buat Macaroon ini. Sebenarnya dah lama saya di minta mencuba macaroon
ni. Selain pengunjung blog, anak saya Ashiqin pernah meminta saya belajar buat macaroon ini sekembalinya
dia dari USA 2 tahun sudah. Katanya Macaroon sedang hangat di sana. Permintaannya adalah untuk
diberikan kepada tetamu di hari bahagia nya suatu hari nanti... InsyaAllah....
Dan kebetulan sewaktu saya ke kelas memasak, guru yang mengajar dengan rela hati memberi resepi yang
sedang di ajar kepada murid-muridnya kepada group saya. Dapatlah saya sedikit tunjuk ajar/panduan
percuma dari cikgu
tersebut. Tetapi saya pendamkan gitu ajer sebab takut tak menjadi......
Ini adalah percubaan kedua saya. Yang pertama walaupun ada 'kaki' tapi rupa parasnya tidak begitu cun.
hengot sana hengot sini....
Saya gunakan resepi yang di beri oleh Pn Azlita kita yang terkenal dengan sentuhan kreatif nya.
Resepinya lebih mudah dan agak kurang gulanya berbanding yang di beri oleh cikgu memasak saya.
Kali ini saya begitu puas hati. Cuma saya perlu mengadun buttercream yang lebih keras sedikit supaya lebih
kemas.
Sememang nya kita perlu mencuba banyak kali untuk mendapat hasil yang baik dan bukan sekadar
menyalahkan pemberi resepi. macam saya , kali kedua mencuba resepi yang sama barulah menjadi.
Yang warna coklat tu berperisa cappucino dan perasa lemon pula untuk warna cream.
Memang sedap lebih-lebih lagi bila telah di sejukkan di dalam peti sejuk. Tak sedar kandungan gula dah
melebihi had dalam badan hehehe.... Kepada yang nak mencuba saya tuliskan semula di bawah ni dan
caranya adalah mengikut teknik yang saya buat ok...
MACAROON
BAHAN-BAHAN
80 gm putih telur
( dari 2-3 biji telur)
65 gm gula kastor
80 gm serbuk almond*
140 gm gula aising*
Pewarna
Perasa
CARA MEMBUAT:-
1. Lukis bulatan di kertas pembakar/tracing paper dengan menggunakan bulatan sebesar syiling 50 sen.
2. Satukan bahan yang bertanda*. Gaul rata atau ayak dengan pengayak yang agak kasar.
(Saya ratakan saja)
3. Sediakan semangkuk air panas yang lebih besar dari mangkuk adunan. Masukkan mangkuk adunan yang berisi putih telur kedalam mangkuk berisi air panas (seperti double boiler)
4. Pukul telur putih separuh kembang dan masukkan gula kastor. Pukul lagi sehingga telur seperti kapas.
Tidak jatuh bila di terbalikkan mangkuk adunan.
5. Dengan menggunakan spatula, masukkan bahan * sedikit demi sedikit sambil di kaup balikkan adunan.
6. Titiskan pewarna dan perasa. Ketika ini gunakan mixer dan pukul sehingga rata. Masukkan kedalam beg piping.
7. Paip kan adunan mengikut ukuran bulatan dan biarkan ia kering sekurang-kurang nya sejam.
8. Bakar selama 30-40 minit dengan api atas bawah pada kepanasan 150-c atau mengikut oven masing-masing.
9. Tanggalkan dari kertas apabila sejuk dan paipkan buttercream, ganache , natella, jem atau apa saja yang sesuai mengikut selera anda. Simpan di dalam peti sejuk.
NOTA:
1. Cuaca juga memainkan peranan dalam membuat macaroon. Lagi panas lagi cepat kering dan mac menjadi lebih cantik.
2. Suhu amat penting di jaga ketika pembakaran macaroon. Jika suhu berlebihan macaroon akan merekah dan jika suhu rendah 'kaki' kurang keluar.
3. Pastikan tiada kuning telur pada putih telur dan peralatan yang digunakan betul-betul kering.
owh cantik menawannye macaroon k yan...tp sy lebih suka tgk (dan suka makan klu dpt free hahah) dr mencuba.pernah cuba sekali haritu tp hasilnye amat tidak memuaskan hati.serik rasanya...tp tak taulah kalau di masa akan datang terbuka hati nak mencuba lagi.kena tunggu mood rajin yg teramatlah agaknye yg entah bile akan datang hihihiii
ReplyDeletehuray!! menjadi...gee pernah cuba sekali tp tak elok trus surrender... cantek macaroon azian... nak sket
ReplyDeletecantek mac azian... tahniah... berjaya!! gee dh cuba buat tp hampeh... trus surrender...
ReplyDeletesalam yan..waduh berlari akak kemari bila ternmpak macaron yg cun lg menawan nih..kenen 3 ketui ek..hehe!
ReplyDeleteFiza,
ReplyDeleteMula-mula akak buat tak memuaskan hati tp bila tengok org lain buat jadi tu yg geram....
sebenarnya tak susah membuatnya.
Cubalah....
Gee®,
ReplyDeleteTkasih..akak pun surrender jg dulu tp bila dah jd rasa mudah n nak buat lagi....
hahaha jom kak na kita makan macaroon...
ReplyDeleteWaa,Kak Azian..beruntung betul dah pandai buat macaron...next time nak try gak resepi u ni..mohon share ye..tq.
ReplyDeletetahniah sebab dah pandai..tak yahlah lagi gi beli ek..
ReplyDeleteTq Kak Ina singgah sini...
ReplyDeleteya lah..tak paya beli lagi save sikit....
Aslmkm.
ReplyDeleteMaaf ya kerana lewat berkunjung balas. Dah menjadi lazim pula!
Sedappp tu bagi penggemarnya.