Saturday, August 20, 2011

KANGKONG GORENG TAUCU


Assalamualaikum...

20 hari telah kita lalui ramadhan ini bermakna syawal semakin hampir. Tentu semuanya sedang rancak 

menyediakan persiapan untuk syawal. Saya pada mulanya ingin bercuti dari 'mengupload' N3 tetapi benda 

yang kita seronok nak buat tentu sukar untuk di tinggalkan....

Masih mengutarakan resepi untuk juadah berbuka kerana saya belum lagi memulakan operasi mengukis.

Terlalu sibuk menyiapkan keperluan lain untuk Syawal di samping rutin harian yang perlu di selesaikan. Suami 

mengajak membuat kuih pada malam ini sementara dia menonton bola.....Tercapaikah hajat di hati untuk 

memulakan operasi mengukis....tunggggguuuuu......



Selain Kangkong Goreng Belacan saya juga kerap masak sayur kangkong begini....Lebih-lebih lagi suami 

saya menggemarikan masakan yang ada taucu....

Rasa yang masin-masin sedikit mendatangkan rasa selera apalagi bila di makan dengan nasi panas.

KANGKONG GORENG TAUCU

BAHAN-BAHAN

1 Ikat sayur kangkong

2 tbsp udang kering*
(rendam)

3 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

2 biji cili merah*

1 tbsp taucu

1/2 tsp gula

CARA MENYEDIAKAN:-

1.Cuci dan siang kangkong. 

2. Tumbuk/kisar bahan bertanda*.

3. Tumis bahan yang telah di tumbuk sehingga naik bau / kekuningan. Masukkan taucu dan  gula .

4. Masukkan sayur kangkong dan masak sehingga sayur hampir layu. 


No comments:

Post a Comment