Ini antara kegemaran saya dan keluarga. Macaroni yang agak panjang begini jarang dapat di kawasan saya
selalunya yang kontot-kontot aje. Saya dapat di Tesco tetapi tak ingat pulak jenama apa kerana ianya jarang
saya guna klu San Remo tu ingat selalu....
Untuk memberi rasa yang lebih manis saya lebih suka gunakan udang sebagai rencahnya berbanding ayam
atau daging cincang.
Kalau nak buat majlis harijadi atau makan-makan untuk tetamu yang datang bertandang memang sesuai.
Macaroni ni nampak merah macam pedas sangat. Tapi sebenarnya saya guna cili kering yang tak pedas dan
di campur dengan sedikit cili yang agak pedas jadi saya dapat warna yang menarik dan rasa yang tidak terlalu
pedas. Sengaja saya tidak masukkan sayur kerana saya dan keluarga lebih suka macaroni yang togel begini...hehehe.
MACARONI GORENG
BAHAN-BAHAN
1 Peket macaroni
400 gm udang putih kecil
6-8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering*
3 biji telur
(tambah jika suka)
2 tbsp sos tiram
2 tbsp sos cili
1 tbsp gula
garam secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Didihkan air masukkan 1 tbsp minyak masak/olive oil . Masak sehingga macaroni lembut dan toskan.
2. Kisar bahan yang bertanda *. Tumis bahan yang telah di kisar sehingga benar-benar masak atau sehingga naik minyak cili.
3. Masukkan cili sos , sos tiram, garam dan gula. Masakkan sebentar sambil di kacau rata. Masukkan udang dan masak sebentar.
4. Masukkan pula macaroni dan gaul rata.
5. Pecahkan telur ke dalam bekas dan kacau sedikit. Curahkan separuh telur di atas permukaan kuali di sekeliling macaroni dan separuh lagi pada macaroni. Setelah telur menjadi seperti telur dadar pada permukaan
kuali, gaul rata semuanya.
6. Angkat dan taburkan daun bawang dan bawang goreng ketika menghidang.
Jauh berjalan nya macaroni saya tu...sampai ke Melaka gitu....
Ketika saya tiba di Alor Gajah beginilah suasananya... dah lenggang. Tapi bangunan nya meriah sungguh
dihiasi lampu diseluruh bangunan kedai sepanjang jalan.
3 comments:
Salam K.yan.apa kabar?lama x menyinggah kat sini.Bila trbau jer macaroni akak terus jer sampai..hihi
Wkmsalam Aza, tq singgah...mari jemput masuk....
As Salam Azian..
Sama lah mcm azatie lama tak singgah sini..
Mmg sama lah ngan mama kalau msk macaroni anak2 tak suka ltk sayur mayur..
Post a Comment