Showing posts with label PEMBUKA SELERA. Show all posts
Showing posts with label PEMBUKA SELERA. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Petua Membuat Sambal Belacan Yang Ummpphh!


Bismillahirahmanirrahim... Assalamualikum wbr..

Mungkin ada yang gelak atau berkata..."sambal belacan pun nak keluar kat blog juga'!                         Mesti!
Mana boleh di lupakan makanan penyedap selera yang mampu membuatkan orang makan nasi bertambah-tambah bila ada si dia ni...Semua orang boleh membuat sambal belacan TETAPI tak semua yang mampu membuat sambal yang betul-betul uummpphh! Ada petua sebenarnya...dan juga 'air tangan'.


Bila bercerita mengenai Sambal Belacan ni, saya memang akan teringatkan sambal belacan yang di buat oleh arwah abah. Memang di akui ramai yang telah merasa keenakan sambal belacan beliau. Kalau balik ke rumah abah memang mesti makan nasi walaupun perut dah penuh bila lihat ada sambal di bawah tudung saji! Sudah cukup sekadar berganding dengan ikan goreng. Kalau ada ikan rebus goreng tu...boleh tambah lagi sepinggan dan tak payah pun nasi panas pun! Begitulah hebat penangan sambal belacan 'air tangan' abah!
Pastinya saya akan merindui sambal belacan abah. Walaupun saya mampu nak membuat yang serupa seperti yang selalu dibuat oleh beliau, rasa nya pasti tak sama!

Sambal belacan ni memag sesuai digandingkan dengan semua jenis masakan...Tom Yam , Singgang , masak lemak, kari , asam rebus.... apa saja memang boleh jadi kawan dengan dia! lebih-lebih lagi sayur-sayuran yang di rebus seperti peria, bendi, pucuk manis, belinjau celur atau sayur bayam rebus atau masak bening kata orang jawa...selain ulam ulaman seperti timun, ulam raja.tenggek burung. semua nya sedap bersama sambal belacan! Uiisshhh...terliur dah saya mengingatkannya...


Ada bermacam jenis sambal belacan sebenarnya...tapi yang begini sering saya nikmati...sejak dari kecil lagi..Lalu saya lebih suka yang 'plain' saja tanpa di tambah buah-buah masam seperti tomato, mangga dan sebagainya..Kalu ada pun hanya sedikit bawang merah saja...
Untuk anak-anak saya sendiri yang bakal akan membuat sambal belacan sendiri suatu hari nanti...atau mereka yang baru nak belajar membuat sambal belacan....cuba ikut petua saya ini... Selain keyakinan dan keikhlasan....Insya Allah akan terhasil sambal belacan yang enak...

Bahan-bahan :- cili merah, cili padi, belacan, sedikit gula (1/2 sudu), garam (secubit-belacan dah masin) dan air asam jawa.

1. Pilih cili merah yang baik. Cari yang agak merekot bukan yang tegang kulitnya kerana ia akan mengeluarkan lebih banyak air.(sukar untuk di tumbuk)

2. Campurkan dengan cili padi supaya tidak terlalu pedas. (cth; 3 biji cili merah + 12 biji cili api)

3. Pastikan cili dalam bilangan ganjil apabila di campur kedua-duanya...

4. Bakar belacan dahulu.( 1 1/2 inci)

5. Jika menggunakan lesung batu, masukkan kesemua bahan kecuali air asam jawa. Tumbuk jangan terlalu lumat dan masukkan air asam jawa ( jangan terlalu cair) Gaul rata dengan anak lesung. 

6. Jika menggunakan pengisar untuk membuat sambal yang lebih banyak, kisar kesemua bahan termasuk air asam jawa.Jangan kisar sehingga terlalu halus. 

7. Air asam jawa hendaklah tidak terlalu cair. (cth :- 3 tbsp asam jawa+ 3 tbsp air) dan dibancuh dengan air masak sejuk.

8. Kesimbangan rasa amat penting dalam membuat sambal... Selamat mencuba..










Sunday, October 28, 2012

My Teppanyaki


Tentu ramai yang macam saya ya sukakan Teppanyaki. Boleh termiss pulak nak tayangkan homemade Teppanyaki saya ni. Dah lama dah saya buat ni...rasanya nak buat lagi lepas ni.                                        Pilihan saya bila makan Teppanyaki mestilah Salmon atau pun chicken. Memang saya suka sangat Salmon . Saya pernah terbaca bahawa Salmon tidak sesuai untuk diet orang yang berdarah kumpulan A. Tapi saya memang pantang nampak ikan salmon terutama smoked salmon! Jadi terpaksalah saya lupakan seketika apa yang saya baca tu ...hehe.


Kalau malas nak masak banyak-banyak saya cadangkan buat ajer Teppanyaki ni. Satu dish dah merangkumi semua. Menu nya pun sehat! Teringat ketika selalu makan kat Keyaki Restoran di Pan Pac Hotel dulu...., bila chef yang incharge tu masak pasti akan buat 'action' dengan sudip dan pemotong yang di gunakan.Siap lambung lambung sudip dan pisau lagi... Anak-anak saya tergelak-gelak suka tengok....


Tapi berhati-hati ya bila makan Teppanyaki, pastikan sake tidak di gunakan ketika mengrill makanan tersebut!


Nak buat pun senang ajer. Kalau tak da soy sauce Jepun pun tak pa, kita guna ajer soy sauce kita punya.
Saya gunakan kicap masin cair, lada hitam dan pilihan sayur-sayuran seperti taugeh, karot dan sedikit kobis. Boleh juga letak sayuran lain seperti cendawan dan capsicum. Dah tentulah saya pilih ikan Salmon kegemaran saya berserta ayam. Dan yang paling penting bila makan mesti ada bawang putih goreng. Kalau pergi kat restoran saya mesti request for xtra . Kalau buat sendiri haaa.... segenggam pun boleh! Ni version tak makan nasi....kira diet la ya...hehe.

My Teppanyaki

Sekeping isi ikan Salmon

Sekeping isi ayam

Sayur-sayuran

lada hitam

Kicap cair

2 ulas bawang putih
(belah 2)

CARA PENYEDIAAN:-

1. Potong nipis sayur kobis , Karot di potong seperti batang mancis.

2. Tuang sedikit minyak dalam kuali leper.

3. Gorengkan bawang putih sebentar dengan pusing-pusingkan bawang supaya kena pada semua permukaan berminyak. Bila bawang permukaan bawang kekuningan, ketepikan.

4. Letakkan isi ayam dan ikan salmon. Taburkan sedikit lada hitam di permukaan ikan dan ayam.Biarkan lebih kurang 4-6 minit. Terbalikkan dan taburkan juga lada hitam dan sedikit kicap cair.

5. Ketepikan Ikan di tepi kuali.Potong kecil ayam di atas kuali dan renjiskan sedikit kicap cair, Masak lagi sehingga agak garing.Ketepikan ayam ke tepi kuali.

6. Tambahkan sedikit minyak di permukaan kuali bercampur minyak bekas menggoreng ayam dan ikan tadi. dan masukkan sayur-sayuran. Taburkan sedikit lada hitam dan kicap cair. Gaul rata. Masak sebentar sahaja.
Angkat dan letakkan ikan dan ayam di atas sayur.

7. Taburkan bawang putih goreng dan makan bersama kicap cair yang telah di campur sedikit parutan lobak putih.


# Untuk bawang putih goreng, Hiris bawang putih sebanyak mana yang di kehendaki dan gaulkan sedikit garam.
Goreng didalam minyak yang telah di campur sedikit marjerine. Goreng dengan api besar pada mulanya dan kecilkan api apabila ia mula mengguning. Bila bawang mula keperangan, boleh di angkat dan toskan minyaknya dengan kertas tissu.

Wednesday, February 9, 2011

Kerabu Mangga


Salam . Suatu ketika dulu saya dan beberapa teman-teman jiran sering ke Johnnys untuk menikmati Kerabu 

Mangga.Makan berebut-rebut seronok sangat. Lina, Yanti, Yati......masih teringat kenangan itu.

Tapi rupa-rupanya jiran sebelah rumah punya resepi kerabu mangga yang lebih mengancam dari Johnnys, bila 

di hulurkan kepada saya tempohari memang bersemangat nak mencuba. Maka saya risik-risik ... Thanks Azu for the receipe.

Kerana ingin mencuba saya telah membeli mangga muda tapi selama seminggu saya simpan di dalam fridge.

Bak kata orang belum sepenuh hati nak cuba. 

Semalam, saya  dengan rajinnya meracik semua bahan. Tak banyak pun kerana saya sekadar nak test ajer....

Menjadi tu memang menjadi tapi saya terlupakan pula satu bahan iaitu serai. Tetapi oleh kerana suami saya 

tak suka serai, kira ok jer la....macam yee sang katanya....

Oleh kerana ini kali pertama...macam biasalah akan saya godek untuk kali keduanya sehingga mendapat 

citarasa saya.




KERABU MANGGA

BAHAN-BAHAN

2 biji mangga muda*

2 batang serai*

2 batang bunga kantan*

1 biji kecil timun*
(buang empulur)

2 Biji cili merah*

4 biji cili api*
( tambah jika suka pedas)

2 Biji tomato*
(buang biji)

4 biji bawang merah kecil
(hiris nipis)

2-3 helai daun limau purut*

1/2 cawan kacang tanah
( goreng-buang kulit-tumbuk kasar)

1/2 cawan ikan bilis kecil
(goreng)

1 biji lemon/limau nipis/cuka

2 sudu gula

2 Sudu sos ikan

garam jika perlu 



CARA MENYEDIAKAN:-

1. Racik halus semua bahan bertanda *. (Gunakan penyagat halus)

2.Satukan semua bahan dan gaul rata.

3. Pastikan semua rasa masam, manis dan masin nya secukup rasa.


Sunday, January 16, 2011

Tempe Goreng Ketumbar


Ketika saya mengajar di sebuah sekolah di Bukit Changgang saya sering membeli tempe goreng begini dari 

makcik kantin ketika waktu rehat. Makanan yang mengenyangkan begitu membuka selera saya lebih-lebih 

lagi apabila telah di salut dengan cili sos. Saya dan teman-teman guru selalu memesan awal supaya tidak kehabisan.

Ditambah dengan makan beramai-ramai tentulah lebih berselera! Sungguh indah kenangan itu....

Tempe ini telah di beli oleh suami saya . Walaupun kami berdua bukan dari keturunan Jawa tetapi kami 

memang sukakan tempe!

Saya buat Tempe Goreng Ketumbar itu sebagai sarapan pagi.


TEMPE GORENG KETUMBAR

BAHAN-BAHAN

2 Peket tempe

1 sudu besar ketumbar

1 Sudu besar Jintan manis

4-6 ekor ikan bilis

1 sudu besar cili kering kisar

2 Sudu besar tepung gandum

1 Sudu besar kunyit serbuk

Garam n gula secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Tumbuk Jintan manis ,ketumbar dan ikan bilis .

2. Potong tempe mengikut citarasa.( saya suka nipis-nipis)

3. Gaulkan semua bahan kecuali tepung hingga rata.

4.Taburkan tepung gandum dan gaul rata.

5. Goreng hingga garing. 

6. Makan bersama sos cili. ( saya guna sos cili Mae-Phranom)


Friday, May 14, 2010

SAMBAL KUINI







Dua minggu yang lalu aku dan suami telah ke Pasar Tani Shah Alam yang terletak di tempat letak kereta Stadium Melawati Shah Alam. Memang aku ada berasa ingin menikmati buah kuini sejak beberapa hari ni. Seronok sungguh bila jumpa buah kuini yang di jual bersama sayur kampung .
Setelah membeli aku pun round meninjau berbagai barang yang di jual. Semuanya ada!
Selang tiga hari kemudian baru aku teringat ada menbeli buah kuini. Lalu aku menalifon suamiku di opis bertanyakan ada bau kuini tak dalam keretanya. Jawabnya tiada. Ah! sahlah tertinggal di pasar tani tempohari. Memang bukan rezekiku nak makan cuma rezeki nak membayar aje....
Semalam sedang masak didapur suamiku pulang dengan membawa buah kuini yang di beli di pasar malam Kinrara. 
Apa lagi bila dah ada, baunya begitu mengamit-gamit. Hari ini aku membuat sambal belacan letak kuini. Sambal yang sering di buat oleh emak ku dulu-dulu. Di lawan bersama kari ikan tenggiri, sambal tumis udang dan ulam gajus. Uhh...tak sedar aku dah terlebih makan!

SAMBAL KUINI

BAHAN-BAHAN

3 Biji cili merah

2 Biji cili api
( tambahkan jika suka pedas)

1 Inci belacan 
(dibakar)

Sedikit garam & gula

1 Biji kecil buah kuini
( Buang kulit & racik halus)

CARA MEMBUAT

1. Tumbuk kesemua bahan kecuali bnuah kuini hingga hampir lumat. Masukkan buah kuini yang telah di racik dan tumbuk sebentar saja agar buah tidak lumat.




Tuesday, September 1, 2009

KENTANG BILIS BERCILI



Anak sulongku akan bertolak pulang ke Perak. Memandangkan bas akan bertolak pada pukul

3.30 pm aku memasak awal sedikit agar dapat di bekalkan kepadanya. Takut nanti tidak sempat

untuk membeli juadah berbuka setibanya di sana. Antara makanan kegemaran beliau yang aku

fikir praktikal untuk dibawa ialah Kentang Bilis Bercili. Masakan ini dapat di simpan agak lama.

Tapi kali ini aku tidak menggunakan cili api tetapi hanya menggunakan cili kisar sahaja. Ia

merupakan makanan pembuka selera bagi kami seisi keluarga.


BAHAN-BAHAN

5 Biji kentang
(goreng seperti kerepek)

300gm ikan bilis

Sedikit kacang tanah

10 Tangkai cili kering
(remdam dengan air panas)

4 Ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

sedikit belacan

Garam dan gula.


CARA MEMASAK:-

1. Goreng ikan bilis,kentang dan kacang tanah berasingan. toskan minyaknya.

2. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan.

3. Tumis garing bahan kisar. Tambah kan garam, gula dan perasa secukup rasa.

4. Gaul rata kesemua bahan yang di goreng dan angkat.

Nota : Jika suka masukkan juga tempe goreng.