Showing posts with label AYAM. Show all posts
Showing posts with label AYAM. Show all posts

Sunday, February 2, 2014

Tomyam Santan


Assalamualaikum wbh..
Saya adalah salah seorang penggemar masakan Thai, Tomyam.. Sejak akhir-ahir ini sering di masak di rumah kerana ianya boleh di siapkan cepat dan enak pula...Kalau mood malas tu, masak Tomyam beraneka isi nya dan sayur-sayuran pelbagai, goreng telur dadar sudah memadai bagi saya dan keluarga. Ada waktu malas nak masak beria, nak makan kat luar..nak bersiap bagai...so, masak aje la yang mudah-mudah.


 

Resepi kali ini memang saya nak katakan boleh naik 2 ibu jari...sedap! mudah!
Tak puas menghirup kuahnya...kalau makan dengan meehoon atau mee basah pun sedap...apa lagi dengan nasi panas...dia saja pun dah cukup...


TOMYAM SANTAN
BAHAN-BAHAN

600 gm ayam
(saya guna isi ayam)
6 batang serai
15-20 tangkai cili padi
1/2 biji kelapa
(diambil 2 mangkuk santan)
6 helai daun limau purut
3 biji tomato
1 labu bawang besar
2 peket cendawan tiram
2 tangkai daun bawang
secekak daun ketumbar
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 kiub tomyam
3 tsb paste cili 
(mae phranom)
2 tbsp sos nampla
1 biji limau nipis besar
(perah airnya)

CARA MEMASAK:-

1. Potong isi ayam nipis-nipis. Serai di potong menyerong kasar. Hiris kasar halia , lengkuas dan bawang besar.Potong wedges tomato.
2. Siat-siat kasar cendawan tiram dan daun limau purut. Ketuk sedikit cili padi.(saya letak banyak cili padi kerana santan membuatkan ianya kurang pedas)))
3. Masukkan santan kedalam periuk besar bersama serai, lengkuas dan halia. Didihkan sambil si kacau. Masukkan pula cili paste, sos nampla/ikan dan  kiub tomyam.
4.Masukkan pula ayam,masak lagi sehingga separuh masak. Masukkan cendawan, daun bawang, daun ketumbar(perlu ada) dan daun limau purut serta cili padi.
5. Masukkan sedikit gula, air limau nipis, bawang besar dan tomato. Didih kan sebentar saja dan boleh di angkat...

Thursday, July 18, 2013

Nasi Tomato dan rakan-rakan...


Assalamualaikum wbr...
Bersyukur kerana kita masih mampu berpuasa untuk sehari lagi di bulan ramadhan kali ini. Pada tahun ini aktiviti saya berblog begitu terhad tetapi buka blog tu hari-hari.... cuma masak memasak tu hanya resepi biasa-biasa yang ada di dalam azian collections saja...namun bersyukur kehadrat Ilahi kerana blog saya masih juga dikunjungi...terima kasih kalian....


Tentu ramai yang suka masak nasi tomato ya terutama anak-anak....Selalunya nasi tomato digandingkan bersama ayam masak merah. Tapi kali ini saya 'kenen' kan pula dia dengan Kurma Ayam, Ayam pandan dan Jelatah mentah (lebih kpd sos roti John).  Masak Kurma Ayam kerana anak ketiga saya Ikmal ada bercakap yg dah lama tak makan Kurma Ayam....(lebih kpd ibu dah lama tak masakkan ler...hehe) Klik SINI untuk resepi yer....


Dan yang di atas tu selera ibu...dah lama juga tak buat Ayam Pandan....Saya perap dari tengahari dan goreng pada petangnya...


Malas nak buat jelatah saya jadikan sos Roti John sebagai jelatah...senang ...tak payah banyak buat kerja! Nak buat pun senang aje....campurkan sos cili dan tomato dalam kadar yang sama. Masukkan sedikit air dan juga sedikit gula. Kacau rata dan masukkan hirisan  nipis timun muda...

Untuk resepi nasi tomato boleh lah klik SINI. Dan kalau minat nak cuba Ayam Pandan akak boleh la ikut resepi berikut ya...

AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN

3 ketul dada ayam
(potong kecil)
2 sudu ketumbar*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
4 batang serai*
3 sudu besar paste cili
(saya guna jenama mae-phranom)
2 sudu besar sos ikan
2-3 helai daun limau purut
(hiris)
1/2 cawan santan kotak
gula secukup rasa
(saya guna gula nisan
yg dihiris)
garam dan daun pandan secukupnya.

CARA MENYEDIAKAN:-
Kisar semua bahan yang bertanda * dan masukkan kedalam bekas. Masukkan pula semua bahan lain kecuali ayam dan daun pandan. Gaul rata. Lepas tu masukkan pula ayam dan perapkan beberapa jam atau lebih elok semalaman. Bungkus dengan daun pandan dan goreng garing.


Friday, July 27, 2012

AYAM PENYET


Assalamualaikum... 

Saya ni memang peminat Ayam Penyet. Entah kenapa beria betul nak masak Ayam Penyet untuk juadah

berbuka . Ini merupakan kali kedua saya masak Ayam Penyet sendiri . Bila surf kat internet saya jumpa lah resepi dari Wana  dan juga blog-blog dari Indonesia yang memaparkan resepi Ayam Penyet ni. Dari

 pemerhatian saya sama saja kebanyakan nya. Maka saya gabungkan kesemua info disamping sedikit ilmu

 yang ada pada diri sendiri.

Untuk idea serdaknya saya terpikat nak cuba cara wana. Tq Wana for sharing. 



Ayam Penyet lebih sedap jika di perap semalaman. Baru terasa 'bumbu' nya.



Tempe dan tahu pun saya perap juga.



Ini adalah sambal Ayam Penyet yang menggunakan ikan bilis goreng. Bagi saya sambal yang saya buat kali

 pertama dulu lebih enak. Tanpa ikan bilis goreng!

Lagi pun banyak kenangan sambal tu ...saya belajar membuatnya dari seorang teman guru ketika kami 'stay

 back' untuk ko-ko. Dulu-dulu laaaa.....



Favorite saya ni tahu dan tempe goreng....makan dia saja dah kenyang!



Saya buat pula Sup Pucuk bersama suhun dan telur. Sedap! Tak la kering ajer nasi bila makan dengan Ayam Penyet tu... 

Beginilah caranya hasil kombinasi resepi yang saya buat...

AYAM PENYET

4 ketul ayam
(lebih elok bahagian peha)

6 ulas bawang merah#

2 ulas bawang putih#

1 labu bawang besar#

3 sudu ketumbar*

1 sudu jintan manis*

1 sudu jintan putih*

1 inci kunyit hidup#

2 inci halia#

3 batang serai
(Ditik memanjang hingga bercerai)

1 inci lengkuas#

2 biji cili merah#

2 biji buah keras#

2 sudu besar santan#

2 sudu gula merah#

garam secukup rasa#

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Sangrai bahan yang bertanda * dan tumbuk halus. Sapukan pada ayam dan tahu serta tempe.
(Seloknya ayam di kelar sedikit supaya bumbu nya menyerap)

2.Satukan dan kisar semua bahan yang bertanda #.

4. Lumurkan pada ayam dan tempe serta tahu. Taburkan serai yg dititik dan gaul rata. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.

5. Goreng ayam dalam minyak penuh.


BAHAN SERDAK

3 sudu besar tepung beras

sedikit putih telur

garam

air dari perapan ayam.

CARA :-

Satukan kesemua bahan dan kacau rata. Batter haruslah spt untuk menggoreng pisang kecairannya.

Titiskan pada minyak panas dan goreng garing. Angkat dan toskan.


SAMBAL AYAM PENYET

6 Biji cili merah 

5biji cili padi
(tambahkan jika perlu)

6 ulas bawang merah

11/2 inci belacan

2 biji tomato

segenggam ikan bilis goreng

Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Hiris bawang,cili dan tomato kasar-kasar.

2. Goreng belacan di dalam sedikit minyak. Angkat.

3. Goreng pula cili, bawang dan tomato. Angkat.

3. Tumbuk atau kisar kesemua bahan. Hidangkan.

#. Saya lebih suka tumbuk sambal ini untuk mendapat tekstur yang kasar sedikit.Hidangkan bersama Ayam Penyet, sayur-sayuran spt kobis, timun dan kacang panjang celur.


Tuesday, April 17, 2012

Ayam Golek


Selalunya lauk ni pengantin ajer yang makan. Tapi yang bukan pengantin ker, pengantin lama ker boleh

juga...nanti kempunan ajer nengok ayam tergolek-golek tu.....

Yang kali ini bukan pun ayam golek seekor, resepi ajer ayam golek tapi saya guna bahagian paha ayam

ajer. Cuma itu ajer yang ada dalam peti sejuk tu.....




Kali ini saya gunakan rempah kari dari Kelantan. Maka aroma jintan dan ketumbarnya lebih terasa dari

rempah biasa seperti babas,adabi dan sebagainya.

Apabila dah masak ayam nya itu, saya pun keluarkan dari periuk dan grill di atas grill pan ajer.

Ni version malas nak menggunakan oven (sbb malas nak cuci lepas tu...)

Aduh, waktu tu bila aroma ayam yang di panggang tu keluar, rasa tak sabar nak makan...

Lebih-lebih lagi bila kuahnya di curahkan ke atas ayam tu....ermmmm tak dapatlah nak cakap lagiiii....



Makan pulak dengan nasi minyak ni....

Semuanya senang ajer nak masak. Cuma kena rajin dan sabar ajer ...

Jom makan! (bunyi macam Azizah Ariffin...)


AYAM GOLEK

Bahan-bahan

1 Ekor ayam
(saya guna 4 ketul peha /betis ayam )

10 ulas bawang merah*

2 Ulas bawang putih*

2 biji bawang besar*

2 biji buah keras*

1 inci halia*

1 inci lengkuas*

5 batang serai*

1 inci kunyit hidup*

2 sudu besar rempah kari

6-10 tangkai cili api*

4 sudu besar kerisik

sepeket kecil rempah penumis

2 mangkuk pati santan

2 keping asam keping

gula dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK:-

1. Cuci ayam dengan sedikit tepung. Bilas bersih dan toskan.

2. Kisar semua bahan yang bertanda *. Cairkan rempah dengan sedikit air.

3. Panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis, bahan-bahan yang di kisar dan rempah kari. Masak sehingga naik bau/naik minyak. 

4. Masukkan santan dan kacau rata. Apabila menggelegak masukkan kerisik, sedikit gula (saya guna gula nisan), garam secukup rasa dan asam keping.

5. Masukkan pula ayam seekor tadi dan kacau dengan mencurahkan kua keatas badan ayam. Seeloknya di masak di dalam periuk supaya ayam tenggelam sedikit di dalam kuahnya.

6. Apabila hampir masak, angkat ayam dan letakkan ke dalam loyang tanpa kuahnya.

7. Bakar didalam oven selama 15-20 minit atau sehingga permukaan ayam agak garing. (saya bakar atas grill pan saja sbb guna bahagian peha sahaja)

8 .Angkat dan curahkan kuah ayam tadi.


Tuesday, February 21, 2012

AYAM GORENG BAWANG CILI PADI



Masa keluar ambil anak dari sekolah tadi panas berdenting. Bila sampai kat rumah awan mula mendung. 

Cuaca yang tak menentu begini selalunya membuatkan anak-anak sering kurang sihat. Tapi tak mengapalah 

kita jaga saja pemakanan mereka.




Haa...bila cakap pasal makan, hari ni saya masak lauk kegemaran anak-anak saya. Ayam Goreng Bawang 

Cili Padi. Nama ajer cili padi tapi saya letak sikit ajer. Karang ada yang menjerit kepedasan dan tak laku lah 

lauk tu... Bukan ajer anak-anak saya suka emak bapaknya pun suka malah jiran-jiran pun suka....

Sebenarnya lama dah saya tak masak lauk ni bukan apa sebenarnya "rajin" sesangat nak mengupas bawang 

yang setiap kali pasti ada adengan air mata. Lepas tu nak menumbuknya pula...aduhai ...tapi bila nak makan 

sedap punya pasal terpaksalah buat juga...





Mengapa anak-anak saya memanggil nya Ayam Goreng Bawang? Kerana bila makan masing-masing pasti 

nak kan bawangnya lebih. Keharuman bau bawang yang digoreng bersama cili  padi dan rasanya yang  pedas 

-pedas  manis membuatkan anak-anak makan bertambah. Apa lagi bila digandingkan dengan gulai.

Resepi yang mudah tetapi sedap. Jom cuba ...baru tau nikmatnya....


AYAM GORENG BAWANG CILI PADI

BAHAN-BAHAN

1 Ekor ayam

15 Biji cili padi
(tambah jika suka pedas)

1/2 kilo bawang merah

2 Ulas bawang putih

Gula dan garam

CARA MEMASAK :

1. Ayam di potong kecil-kecil . Bersihkan dan di lumur bersama garam dan kunyit. Goreng garing.

2. Tumbuk cili bersama bawang merah dan putih hingga agak lumat. (tidak perlu terlalu lumat)

3. Tumis bahan yang di tumbuk sehingga agak garing. Masukkan garam dan gula mengikut selera masing-masing.

4. Masukkan ayam kedalam kuali. Perlahan kan api. Gaul rata ayam dan angkat.

NOTA: Gunakan lebih sedikit minyak ketika menumis.
Toskan minyak dari ayam ketika menghidang supaya ayam tidak terlalu berminyak.



Thursday, December 1, 2011

AYAM MASAK MERAH



Assalamualaikum... dah masak ke belum? Tentu ada yang tengah berfikir-fikir nak masak apa ya....

Kalau nak try apa yang saya masak ni ... silalah.....

Kalau saya dan keluarga makan di restoran Thai mesti tak tinggal order Daging Masak Merah.

Tapi kali ni kat rumah dan masak sendiri saya cuba buat pula Ayam Masak Merah ala-ala Daging Masak Merah yang kat restoran tu....

Bukan nya apa sesekali tukar selera...hehehe yang sebetulnya  stok daging tak da dalam fridge dan yang ada hanya lah ayam...Bantai saja la Labu....... 

Sambutan tentulah memberansangkan...dalam rumah ni kalau ayam no 1 !.





Memang sedap dengan gandingan bawang besar yang manis bila dikunyah...ada pula Tom Yam dam Telur 

Dadar dengan nasi panas...mau 2 pinggan nasi.....

Kalau agak-agak malas nak masak lain atau pun tak cukup masa , masakan ini sudah cukup sempurna...Ada 

ayam dan sayur-sayuran. Tak perlu yang lain lagi....



AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN

400gm ayam

3 tbsp cili kisar

2 biji bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 tbsp sos tiram

2 tbsp sos nampla

4 tbsp sos cili mae phranom

2 tbsp sos cili 

1 labu bawang besar

karot, cauliflower, baby corn

4-6 biji cili akar
( dititik)

gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Potong ayam kecil-kecil, cuci toskan dan lumurkan dengan garam dan kunyit.
Goreng garing dan ketepikan.

2. Tumbuk lumat bahan bertanda*.

3. Tumis baan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili pecah minyak.

4. Masukkan kesemua sos dan gaul rata. Masakkan sebentar dan masukkan gula secukup rasa. Tidak perlu tambah garam kerana sos tiram dan sos nampla telah cukup masin.

5. Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong, bawang besar yang di potong kasar dan juga cili akar.

6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng dan gaul rata. Jika suka tambahkan sedikit air dan masak sebentar untuk mendapatkan yang berkuah sedikit.

7. taburkan daun ketumbar untuk aroma yang lebih enak.


Friday, August 12, 2011

NESTUM CHICKEN


Assalamualaikum.

Ramadhan mula bergerak pantas memasuki hari ke 12 . Sekejap ajer rasanya masa berlalu. Persiapan hari 

raya pula perlu di sediakan. Dah 12 hari lagilah berfikir-fikir nak masak apa ya.....

Jom kita cuba pula nestum chicken ni..... Selalu makan kat sebuah restoran Chinese Muslim di Puchong ni...Adam Ali.

Resepi begini memang sedap dimakan sewaktu panas-panas. Waktu sejuk pun sedap juga sebab gandingan 

rasa butter dan daun kari nya begitu menarik selera.

Ini pun dah masuk list makanan kegemaran anak-anak saya selain butter prawn. Nak buat pun senang!



Rupa n rasa dah sama dgn kat Adam Ali, tak tau lah resepi sebenarnya bagaimana.


NESTUM CHICKEN

BAHAN-BAHAN

2 keping dada ayam/isi ayam

lada sulah

1 tbsp sos tiram

Tepung jagung

1 cawan nestum

2 biji putih telur

daun kari

cili padi
(hiris nipis. lebihkan jika mahu pedas)

50 gm butter

garam secukup rasa

2 tbsp gula kastor

CARA MEMASAK:-

1. Hiris nipis isi ayam. Lumurkan bersama sos tiram dan lada sulah. Biarkan sebentar.

2. Sebelum menggoreng celup di dalam putihh telur dan di lumur bersama tepung jagung satu persatu. 

3. Goreng di dalam minyak penuh yang panas (.  jangan di masak sehingga garing cukup sekadar hampir garing) Angkat dan toskan.

4.Cairkan butter di dalam kuali, Masukkan cili padi  dan daun kari. Bila agak kekuningan perlahankan api.

5. Masukan nestum,garam dan gula. Gaul rata.

6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng, gaul rata dan angkat.


Thursday, April 21, 2011

MANGO CHICKEN





Aloooo... dah sarapan ker belum? Jika nak jaga diet kena sarapan tau...

Lepas tu baru boleh buat kerja...macam akak ni lepas sarapan kerja tak berhenti...ni pun curi-curi masa aka 

rehat sebentar nak upload resepi apa yang akak masak untuk dinner malam tadi.

Sebelum tu sediakan tissu dulu yer...mana lah tau ada yang kuar air liur terliur....hehehe....

Akak ni dah lama dah teringin nak makan mango chicken. Nak makan kat kedai tu boleh ajer la...kat 

Puchong ni boleh pergi kat Restoran Bibi Wok. Sedap jugak...

Tapi lebih afdal la kan buat sendiri baru ada ummmph!

Bila dah teringat-ingat ajer betapa nikmatnya rasa ayam goreng tu bila di makan bersama mangga yang di buat 

ala-ala kerabu tu ...tak boleh jadi ni....

Pagi-pagi semalam akak pergi ke Giant mencari mangga muda. Memang dah rezeki akakkkk dik nun....

Petang semalam akak pun godek-godek la....yer la makan malam baru semua orang berkumpul....

Ambik ko...orang diet makan malam (amirul) pun makan....

Ikmal siap ambil nasi lagi dalam periuk.....kakak....jangan jeles yer...cuti sem nanti ibu buat lagi....




Pada mulanya ayam saya goreng dengan tepung menggunakan tepung jagung ajer...tapi tengok rupanya tak 

mengancam...tukar lah pulak dengan bread crumb...barulah menggoda U !

Mana lah tau kot-kot ada yang terliur....jom buat.....



MANGO CHICKEN

BAHAN-BAHAN

400 gm isi ayam
(hiris nipis)

lada sulah

seasoning

sedikit gula.

putih telur


KERABU

1 biji mangga muda*

3 batang serai*

1 batang bunga kantan*
(buang empulur tgh)

2 helai daun limau purut*

1 biji tomato*
(buang biji)

4 biji cili api*

1 tbsp jus limau nipis

sos nampla

garam & gula secukup rasa

gajus
(tumbuk sedikit)

daun ketumbar


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Gaulkan isi ikan dengan seasoning, gula dan lada sulah. Gaulkan dengan putih telur dan juga bread crumb selepas itu. Goreng hingga garing. Tos kan.

2. Hiris nipis bahan yang bertanda*.

3. Satukan semua bahan kecuali gajus dan ayam goreng. Rasa masam, manis dan masin perlulah seimbang.

4. Gaul bersama ayam atau letakkan ayam di atas kerabu dan di tabur gajus serta daun ketumbar.






Monday, December 13, 2010

Kerutuk Ayam

Lauk ni saya masak semalam sekembalinya dari Pasar Borong. Pada mulanya saya berkira mahu mengemas 

sedikit taman di halaman rumah. Kebetulan pokok tanduk rusa saya yang membesar segar kehijauan dengan 

juntaian ' tanduk' nya yang panjang telah runtuh akibat terlalu berat!

Tetapi akhirnya hanya suami saya seorang yang melakukannya. Biar dia yang lakukan sementara saya 

memasak....katanya.

Saya mula berjinak-jinak memasak kerutuk ini setelah mendapat stok rempah dari jiran sebelah rumah. Jauh 

dtg nya dari Kelantan dan bagi saya , rasanya sungguh berbeza dari rempah kerutuk biasa. Apa yang pasti 

bau jintan nya yang garing sering mengingatkan saya kepada jamu bersalin yang saya ambil ketika berpantang 

dan saya perolehi dari ibu angkat saya yang berketurunan Di Raja Medan. Ibu kepada jiran saya ketika 

tinggal di Keramat iaitu Chi chik. Jangan salah anggap jamu saya itu 

baunya enak dong!

Beginilah cara memasak Kerutuk Ayam yang saya gunakan.....


KERUTUK AYAM

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam

6 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 1/2 Inci halia

2 sudu air asam jawa

1 sudu makan gula nisan/kabung
( saya guna gula dari thai)

1 Mangkuk santan

3 Sudu makan rempah kerutuk

Rempah penumis

2 batang serai
(titik)


CARA MEMASAK

1. Bersihkan ayam dan toskan.

2. Bawang merah dan putih serta halia di bahagi kepada 2. Hiris separuh dan separuh lagi di tumbuk/kisar halus

3. Tumis rempah penumis iaitu pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang dihiris dan goreng kekuningan.

4. Bila kekuningan, masukkan pula bahan yang di kisar. Gaul rata dan masak hingga naik bau.


5.Masukkan rempah kerutuk yang dicairkan dengan sedikit air dan serai. Masak hingga rempah garing.
Kacau selalu supaya rempah tidak hangus.

6. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan pula santan dan gula nisan/kabung. Masak hingga pekat.

7. Bila hampir pekat masukkan garam dan air asam. 

8. Teruskan masak hingga naik minyak/pekat.


Thursday, December 9, 2010

Ginger Chicken With Oyster sauce



Assalamualaikum. Selera berubah hari ini dari yang pedas-pedas kepada yang biasa-biasa aje...

Mungkin hari ini mood rajin juga tidak ke tahap warna merah maka saya hanya terfikir untuk memasak satu 

saja juadah yang dapat memenuhi kehendak semua .Lebih selamat , hari ini suami saya tidak makan malam 

dirumah .

Masakan yang paling sesuai ialah Ginger Chicken With Oyster Sauce. Anak-anak saya memang menggemari 

ayam, berkuah sos tiram, halia untuk saya memanaskan badan...pst pst...saya guna halia bentong tuuu..

Mahu berdebus-debus angin taufan keluar! mau tak nya semua halia yang ada biar ibu yang makan....dan 

yang penting sekali dari yang tua hingga ke muda boleh cover tak payah masak yang lain kerana sayur-

sayuran pun adaaaa.....Itu cerita ibu yang diserang penyakit malas...he he he.



Ginger Chicken With Oyster sauce.

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam
( potong nipis /kecil2)

6 Ulas bawang putih.

Halia secukupnya
( Hiris panjang2)

Sedikit lada hitam/lada sulah

2 Biji bawang besar

2 batang karot

1 tin cendawan butang

1 biji capsicum

1 Sudu besar tepung jagung

3 Sudu makan sos tiram

1 Sudu minyak bijan

2 Cawan air.

1 ketul stok ayam

CARA MEMASAK

1. Lumurkan ayam bersama sedikit lada sulah dan garam. Goreng sebentar .Angkat.

2. Tumbuk bawang putih. Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak hingga naik bau.

3. Masukkan air dan biar menggelegak. Masukkan sos tiram dan stok ayam. Kacau rata.

4. Masukkan ayam dan karot. Biar mendidih.Masukkan tepung jagung yang telah di cairkan sambil di kacau selalu.

5. Masukkan pula cendawan butang dan capsicum.

6. Tambahkan garam secukup rasa , minyak bijan dan lada hitam/lada sulah.

7. Akhir sekali masukkan bawang besar yang di potong kasar-kasar. Gaul rata dan angkat.


Thursday, October 7, 2010

AYAM KICAP BEREMPAH


Salam , dah pukul 12 ni. Sekejap lagi anak-anak yang bersekolah akan pulang. Tak tau nak masak apa?

Saya pun pening juga ni.....Tak da lain dalam fikiran saya, hanya nak masak Ayam Kicap Berempah. 

Masakan yang menjadi kesukaan anak-anak dan ringkas penyediaanya. Yer lah sekali sekala kenalah "cari' 

masa untuk ringkaskan aktiviti supaya kita boleh buat aktiviti apa yang kita suka kan kan kan.....

Asyik masak kicap plain ajer cuba try pula Ayam Kicap Berempah ni. Kat rumah saya ni anak-anak memang 

suka dan orang-orang tua pun tak menolak. Kalau saya, dengan nasi panas dua pinggan pun jalan.....

Jom layan resepinya k....

AYAM KICAP BEREMPAH

Sumber :Azian Collections

BAHAN-BAHAN

1 Ekor ayam

4 -6 biji bawang merah*

3-4 Ulas bawang putih*

2 Biji bawang besar
(1 biji- potong bulat)
(1biji- Blend dgn bwg merah)

1 Inci halia*

1/2 Peket rempah kari daging*
(saya guna cap Babas)

2 Sudu Cili kisar*
(tambah jika nak pedas)

Kicap

3 Sudu makan air asam jawa

2 Biji kentang
(potong wedges -goreng)

1 Sudu sos tiram

1 kiub ayam

Rempah penumis
(pelaga, kayu manis, bunga lawang)

CARA MEMASAK

1. Potong ayam kecil-kecil, cuci dan toskan.

2. Lumur bersama sedikit kunyit dan garam. Goreng hampir garing.

3. Blender bahan bertanda *.

4. Kurangkan minyak menggoreng ayam tadi dan tumis rempah penumis. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik bau/ garing.

5.Masukkan sos tiram,kiub ayam dan kicap. Gaul rata.

6. Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

7. Masukkan air asam jawa .Garam tidak perlu kerana kicap dan kiub ayam telah masin.

8. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telag di potong bulat-bulat(suka hati).Masak hanya sebentar supaya bawang kekal ranggup. Angkat.