KLIK KLIK NUFFNANG

Saturday, November 8, 2014

Thai Green Curry


Alhamdulillah masih berpeluang untuk berkongsi resepi masakan di sini. Semuga terus di beri kudrat untuk membantu mereka yang memerlukan.....
Ramai yang dah pandai buat Green Curry ni kan..termasuklah Mr KFC kita tu...
Saya memang suka menu dekat KFC tu...lemak berkrim lagi...
Tapi nak jugalah cuba masak sendiri..bila tengok kat you tube tak lah susah mana pun... hanya kisar dan campak campak aje gitu..


Kalau makan kat KFC ayam tu di goreng bertepung dulu. Tapi kat rumah ikut suka kita la ya...
Saya lebur sekali dalam kuahnya. Kalau nak lagi sedap dan rajin, silalah goreng ayam tu dulu macam ala ala ayam KFC gitu..Hanya curah kuah ketika nak makan .
Apapun tekak saya ni memang sukakan Thai Green Curry ni.. Sedap di makan bersama nasi putih atau roti. 
Cuma ikut resepi yang selalu di gunakan oleh orang Thai, mereka gunakan terung pipit dan juga yang besar sedikit dari itu..Tetapi kerana saya tidak gemarkan rasa sedikit pahit pada terung pipit maka saya gantikan dengan kacang peas...


Saya hanya gunakan terung yang begini...(sumber dari mr Google)


Apapun kita perlu buatkan pes hijau dia dulu...

So kita blend kan 
Cili padi hijau segenggam,(tambah kalau suka pedas) Bawang merah/shallot 4 ulas, Lengkuas 6 hiris, serai 6 batang(ambil isi putih saja) daun limau purut 4 helai, daun ketumbar 2 pokok kecil,1 inci kunyit hidup, sebiji kecil limau purut-ambil kulit saja.
Ketepikan.

Untuk memasaknya kita perlu perah santan dari sebiji kelapa.... panaskan 1 cawan santan pekat dalam kuali/periuk. Biar pecah santan. Keadaannya pekat dan seakan berminyak. Kemudian kita masukkan bahan yang telah di kisar tadi dan masak sebentar sambil di kacau rata. Barulah kita masukkan santan yang selebihnya hasil dari sebiji kelapa yang kita perah tadi..
Bila mengeleggak barulah kita masukkan ayam bahagian dada yang telah di potong kiub, (Saya guna 2 keping ayam ) dan terung yang di belah 2. Masak sehingga ayam empuk. Masukkan pula kacang peas dalam 1/2 cawan, 3 sudu besar sos ikan, 2 helai daun limau purut yang telah di carik dan sedikit gula.
Kacau rata dan tutup api. Masukkan perahan sebiji air limau nipis. Kacau rata dan boleh di hidang. Taburkan sedikit daun bawang dan daun ketumbar jika suka...


No comments: