KLIK KLIK NUFFNANG

Wednesday, August 13, 2014

Tempoyak Bilis Goreng...rindunya..


Rindu pada masakan emak.. Ada waktunya kerinduan itu datang begitu kuat. Bukanya pada masakan yang complicated pun... tapi yang simple-simple je..
Yang satu ni memang saya ingat selalu akhir-akhir ini.. apatah lagi sekarang tengah banyak buah durian di jual dan ada banyak stok tempoyak. Bila emak masak masakan ni, bagi saya tak perlu lauk lain lagi..dia saja pun dah memadai...


Hari ini saya masak apa yang saya ingatkan itu.. Walau emak masak ada rasa istimewanya...jadilah...air tangan saya untuk melepaskan ingatan yang kuat itu.
Selalu kita buat tempoyak mentah, tapi emak selalu buat tempoyak goreng (goren- slanga perak). Rencah ikan bilis atau udang hidup.
Hari ini saya buat dengan ikan bilis. Saya gorengkan dulu ikan bilis tu supaya bila makan ia ranggup.
Memang sedap...potongkan mentimun dan gorengkan ikan. Aduh..memang gerenti tambah nasi lagi...


Bukan susah sangat nak buat pun...tapi sedap nya tetap jadi ingatan...

Al Fatihah buat emak saya Allahyarhamah Mahayah binti Abdul Rahim.


TEMPOYAK BILIS GORENG

BAHAN-BAHAN

Segenggam ikan bilis
(bersihkan)

1 biji cili merah*

6 tangkai cili padi*

4 ulas bawang merah*

Serai (saya letak 3 batang)
(di titik)

3 Sudu besar tempoyak

garam dan gula secukup rasa.


CARA MEMASAK:-

1. Tumbuk bahan bertanda *.

2. Panas kan minyak dan cuci ikan bilis. Terus masukkan kedalam kuali supaya ikan bilis tidak liat. Gereng garing dan angkat.

3. Dalam minyak yang sama, tumiskan bahan tumbuk dan serai. Masak sehingga naik bau atau kekuningan.

4. Masukkan tempoyak. Gaul rata. 

5. Apabila tempoyak dah nampak berkilat, perasakan dengan garam dan gula. Masukkan ikan bilis goreng. Gaul rata dan angkat.

# Kadangkala ikan bilis di gunakan tanpa di goreng terlebih dahulu.. selalunya ikan bilis yang besar.
Tapi selera saya, sukakan yang ranggup tu... Tepuk dada tanya selera ya...


No comments: