KLIK KLIK NUFFNANG

Wednesday, April 16, 2014

Baked Curry Macaroni with Cheese


Saya jarang membuat spagetthi atau macaroni yang original rasanya... yang tidak pedas hanya berasa tomato dan bauan oregano. Selalunya saya pasti akan mencampurkan cili kisar atau cili sos supaya terasa sedikit pedas. Malah sosnya sedikit pekat dari biasa.


Hari ini saya mencuba Baked macaroni berperisa kari. Ditambah dengan sedikit mozarella dan cheddar cheese serta 'bechamel' sos. Selalunya spagetthi saya aje yang ada perisa kari...
Sekali sekala bertukar selera atau di malaysiakan masakan barat ni tak salah kan...


Boleh lah mencuba kalau nak tahu bagaimana rasanya...

BAKED CURRY MACARONI WITH CHEESE

BAHAN-BAHAN

300 gm daging kisar
1 tin spagetthi sos
1/2 tin cendawan butang
(potong 4)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 peket rempah kari babas
4 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air.
2 biji tomato
(cincang)
1/2 peket macaroni
(rebus lembut, tos)
2 helai daun bay
2 sudu besar serbuk lada hitam
gula dan garam secukup rasa
Mozarella dan cheddar cheese

SOS BECHAMEL
1 biji bawang besar
(cincang halus)
100 gm butter
250 l susu segar
2 tbsp tepung gandum
serbuk lada sulah, garam

CARA MEMASAK:-

Tumbuk bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan rempah kari. Masak sehingga rempah naik minyak. Tambahkan sedikit air dan kacau rata. Masukkan daging kisar, daun bay, tomato dan bawang besar. Masak sehingga daging empuk.
Masukkan pula, sos spagetthi, serbuk lada hitam, cendawan butang, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan masukkan pula macaroni. Kacau rata dan ketepikan.  

Untuk membuat bechamel sos, Cairkan butter di dalam periuk . Gunakan api sederhana. Masukkan bawang besar yang telah di cincang halus. Masak sehingga bawang layu, masukkan tepung dan kacau rata. Masukkan sedikit demi sedikit susu sambil di kacau. Taburkan sedikit lada sulah dan garam. Kacau rata dan bila sos mula memekat, angkat. 

Panaskan oven.
Masukkan macaroni kedalam bekas/ baked pan. (saya guna bekas aluminium). Ratakan sos bechamel ke atas macaroni dan taburkan mozarella dan cheddar cheese. Taburkan sedikit oregano. Bakar sebentar sehingga cheese mencair. ( saya bakar selama 15 minit)


No comments: