KLIK KLIK NUFFNANG

Sunday, August 11, 2013

Shepherd Pie

Assalamualaikum...berlalu sudah ramadhan dan hari ini di Syawal yang ke empat , bersyukur kerana kita masih lagi berpeluang meraikannya. Sarapan apa pagi ni ya.... Saya belum lagi bersarapan...gatal tangan pulak hari ni nak mengetuk lappy ni... adakala mood malas ke dapur serta mengemas rumah datang bertandang..apa lagi dengan keadaan dapur saya yang sedang di perbaiki sana sini...

Sebelum terlewat, ingin saya mengucapkan Selamat menyambut Aidil Fitri kepada semua yang sudi berkunjung ke azian collections... Maaf zahir dan batin se andainya tulisan saya ada yang menyinggung perasaan...

Tentu ada yang hendak meraikan tetamu hari ini ...apa menu agaknya ya... selalunya masa raya begini menu yang selalu di hidang mestinya nasi atau mee... cuba kali ni kita buat Shepherd Pie pulak...
Amat sesuai untuk anak-anak... Ish ish ish... mak bapak budak pun sukaaa....

Ni saya masak masa berbuka di bulan ramadhan tempohari. Sorry la ya gambar di ambil dengan kamera talifon ajer... almaklumlah tengah berbuka...tak da masa nak ber posing bagai...
Seisi keluarga sukakanya... saya gandingkan ia dengan lamb Chop. Kalau ada yang dah mula berpuasa sunat syawal bolehlah buat untuk berbuka nanti ya.

Nak buat pun senang ajer... dan yang pasti ada kelainan menu untuk meraikan tetamu pada kali ini....
Yang ini style saya la ya...tentunya ia mudah dan cepat di masak....

SHEPERD PIE

BAHAN-BAHAN

6-8 biji potato russet
(ada di tesco/supermarket)

250 gm cream cheese

50 gm butter
(saya guna scs)

serbuk lada hitam

600 gm daging cincang

1 tin /1/2 botol spagetthi sos
(saya guna tradisional mushroom)

1/2 cawan cili sos

1 cawan mixed vegetable

2 helai bay leaf

4 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

cendawan butang
(jika suka)

1-2 biji tomato

oregano flakes

Campuran mozarella, cheddar & parmesan cheese
(untuk topping-jika suka)

CARA MENYEDIAKAN:-

Buang kulit kentang dan potong kecil. Rebus sehingga empuk bersama sedikit garam. Sementara itu, Cincang bawang putih ( saya tumbuk), bawang besar, tomato dan cendawan. Panaskan sedikit minyak (saya guna minyak zaitun) dan tumiskan bawang putih. Apabila kekuningan masukkan daging cincang dan gaul rata. Masak sehingga agak empuk dan masukkan pula bawang besar, bay leaf, mixed vegetable,cendawan dan tomato. Kacau rata dan masak lagi sehingga bawang agak layu.
Masukkan pula cili sos, spagetthi sos oregano flakes, sedikit lada hitam, garam dan gula secukup rasa. kacau rata dan masak sehingga agak pekat. Angkat dan ketepikan.
Toskan kentang yang telah empuk tadi dan masukkan ke dalam bekas besar supaya mudah untuk di lenyek. Masukkan butter, cream cheese dan sedikit lada hitam. Lenyek-lenyek dan ratakan.
Masukkan sos daging tadi kedalam mangkuk kaserol atau loyang pembakar. Letakkan pula kentang yang telah dilenyek tadi di atasnya. Dengan berhati-hati, ratakan kentang di atas sos daging. Taburkan campuran mozarella, cheddar dan parmesan cheese di atasnya. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 160 darjah celcius selama 20 minit dengan api atas bawah dan 10 minit lagi dengan api atas sahaja. Angkat dan hidang.
# sos daging boleh di tambah cili kisar jika mahu sedikit pedas  untuk citarasa Malaysia.....
   jika sos agak cair, boleh tambah 1-2 tbsp tepung jagung yang di cairkan ketika memasak sos.

1 comment:

Gee® said...

Selamat hari raya Azian, maaf zahir n batin.