Friday, May 10, 2013

STEAM BUN/ KIKAKU XI BAN


 Semuanya bermula bila suatu ketika kami singgah makan di food court Sogo. Dalam banyak-banyak makanan, anak bongsu saya Lisa terpikat betul kat kuih berwarna pink tu. Di suruh pilih yang lain merajuk la pula dia. Akhirnya..belikan juga... Maka sejak dari itu saya pasti akan singgah untuk beli kuih pink yang seakan apam ini untuk di bawa pulang setiap kali pergi 'melawat' Sogo.


Puas juga saya mencari-cari resepinya tapi tak jumpa sebab tak tau nama sebenar kuih ini... Nak kata apam tak juga... nak kata pau pun tak juga...anak kedua saya kata "ibu kenapa pau ni tak ada inti...."
Entah macamana akhirnya saya terterjah kat blog ini...yummylittlecooks.com. Dan rasanya saya dah jumpa apa yang saya cari!
Patutlah ada rasa seperti apam kukus yang biasa tu kerana ia menggunakan yis tapi disebabkan penggunaan tepung pulut membuatkan ia berasa seakan sedikit 'lemak dan berat'.



Teksturnya yang gebu dan lembut walaupun dah sejuk.
Kebetulan kelapa parut putih ada dalam fridge (konon nak buat kuih kaswi ler..) bila cik abe kata kalau ada kelapa parut lebih sedap, saya pun apalagi kukuslah kejap kelapa dan taburkan atas kuih tu...
Sebenarnya kuih ini di makan begitu saja...


Bila balik dari sekolah Lisa cakap "macamana ibu tau buat kuih favorite saya ni..." satu-satu nya anak yang membahasakan dirinya 'saya' kepada semua....
Aduhai anak ku...kalau boleh ibu nak belajar semua jenis makanan kesukaan semua orang dalam rumah ni....


KIKAKU XI BAN/ STEAM BUN

BAHAN-BAHAN:-
250 gm tepung pulut
300 gm tepung gandum
150 gm gula kastor (tambah jika nak terasa lebih manis)
240 ml air (akak tambah 10 ml)
100 ml minyak masak
1 1/2 tsp yis kering
2-3 titik perwarna pink

CARA MEMBUAT:-

 Sapukan sedikit minyak pada permukaan loyang. Satukan pewarna pink bersama air. 
Satukan kesemua bahan dan adunkan adunan sehingga lembut dan berkilat. (Akak masukkan ke dalam mixer, Malas nak uli lama-lama...habis tenaga...huhuhu) Bila dah lembut dan agak berkilat, bahagikan doh sama rata. (akak timbang seberat 30 gm) Bulat-bulatkan dan letak di dalam loyang. Penyekkan sedikit supaya ia leper. 
Perapkan adunan yang telah di bentuk selama 1 jam. Tutup dengan plastik cling.( Akak letak tuala basah atas plastik cling dan jemur di tempat berbahang) Bila dah naik double kuih tu bolehlah dikukus di dalam kukusan yang telah di panaskan selama 15 minit. Angkat dan hidang panas.(taburkan kelapa parut jika suka)

# Akak tak lapik dengan daun pisang pun spt dalam resepi yang di beri sbb yg jual kat Sogo pun dia bolen gitu ajer....(kes daun pisang pun tak da)
# Akak buat 1/2 adunan pun dapat banyak...

7 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum kak Yan wahhh menarik ni..warna kuih pun cantik pin sekata..bulatnya pun sama..suka kuja kuih yg seakan roti pau ni...tq

Hafizah Mohamad said...

cantiknya..nampak sedap...nanti boleh la try...=)

Rohah said...

Unik la kak..boleh cuba nti

INA said...

Salam Kak Yan...sweetnya warna kuih nie..nnt nak cuba lah..

mama sara nur said...

assalam k Azian
cantikr pink ..sweet kaler kegemaran anak2 dara
sure ank bungsu sy nampak pun dia akan pilih kuih kaler pink ni he hee
oo kat sogo ekk, sy jarang ke sana kecuali betul2 cari sesuatu
ada kerajinan blh gak try nnti

siti sabri said...

Akak..dia rasa mcm roti ke akak..sbb penah mkn roti yg lembut sgt tp xnampak dibakar..masa tu mkn kt kedai cina muslim...kalu ya..maybe ni resepi yg sy dk cari jgk selama ni

Azian Nd said...

Terima kasih semua singgah sini.
Siti Sabri. Rasanya ada macam roti, ada mcm pau dan ada juga mcm apam....huhu