Thursday, April 25, 2013

MASAK LEMAK KULIT RAMBAI KERING


Assalamualaikum.
Selalunya bila makan buah rambai kulitnya di buang begitu saja. Namun sebenarnya boleh di jadikan bahan dalam masakan terutamanya masak lemak. Ianya boleh di gunakan ketika masih segar ataupun yang telah dikeringkan. Oleh kerana saya dibesarkan di sempadan N9 walaupun saya orang Selangor, masak lemak telah sebati dalam kehidupan saya. Maka tentulah bagi saya jika ia dimasak lemak cili padi ianya sungguh enak!


Kali ini saya masak lemak kulit rambai yang kering bersama udang putih kecil. Bila mendengar  ipar saya bercerita tentang betapa enaknya kulit rambai di masak bersama udang saya begitu teruja nak mencuba kerana selalunya saya masak dengan ikan saja.
Aduh memang sedap! manis udang bersatu dengan masamnya kulit rambai itu memikat selera saya.
Sebenarnya masakan kampung yang begini mampu membangkitkan selera. 


Makan bersama Daging Masak Kicap Berempah yang pernah saya keluarkan resepinya yang mudah tapi sedap satu ketika dulu. Klik SINI untuk resepinya...
Ada pula ulam ulaman dan sambal belacan...enak sungguh!


MASAK LEMAK KULIT RAMBAI KERING

BAHAN-BAHAN

1 mangkuk sederhana santan pekat

1/2 mangkuk sederhana santan cair

10-20 biji cili padi
(boleh kurang atau tambah)

1 1/2 inci kunyit hidup

400gm udang putih kecil
(buang kulit)

3 batang serai
(di titik)

1 mangkuk kecil kulit rambai kering
( rendam dan bila agak lembut, toskan)

CARA MEMASAK:-

1. Tumbuk lumat cili padi dan kunyit. Masukkan kedalam periuk atau kuali.

2. Masukkan juga santan cair, serai dan kulit rambai (boleh dihiris halus atau biarkan kasar). Kacau selalu.

3. Bila mendidih,masukkan pula santan pekat dan udang yang telah di bersihkan. 

4. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga mendidih dan agak pekat sedikit.

5. Angkat dan hidang.







7 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam azian..
menelan air liur mendengar cerita azian pasal masak lemak kulit rambai ni... akak pernah juga msk kulit rambai ni.. tp akak msk style Terengganu di campur dengan bahan2 lain yang dinamakan sayur kolok di T'ganu... biasanya gunakan kulit rambai segar...

nnt kalau musim rambai dtg lagi (kat kg hubby ada pokoknya) bolehlah try masak lemak cili padi campur udang mcm ni... dah terbayang sedapnya..

sudipVSsenduk said...

MasyaAllah... berkurun lamanya tak makan lauk ni

inahar ali said...

wah dah lama x makan masak kulit rambai nih..nostalgia..masa kecik2 dulu arwah nenek akak selalu masak kulit rambai nih..mmg sedapkan!

rostina76 said...

salam k.azian....nostalgia betul resepi akak ni. masa saya di asrama dulu @trg. warden saya selalu masak & bagi kami rasa masak lemak kulit rambai dia. kami mmg jakun xpernah makan walau org negeri yg sama... yg beza akak punya dgn yg warden saya masak dulu cuma color. kami org ganu biasa masak lemak putih. heheh, tak sangka org N9 pun makan juga kulit rambai...unik kan;)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak Yan..Maaf la lambat brkunjung balas.nampak sedap msk lemak kulit rambai tu..klu tpt atie,buah rambai ngan kulitnya buat sambal(mcm sambal belacan tu)

mama sara nur said...

Assalam
Dulu arwah tok suka msk bila musim rambai, sedapp

Hafizah Mohamad said...

Salam...pernah dengar pasai kulit rambai ni buat menu masakkan tapi belum pernah lagi cuba...he he he...nampak cam sedap ja...sedapnya kalau makan nasik panas2 ni...perghhh...