Saturday, April 6, 2013

Lamb Kacang Pool


Dah lama saya beli Foul Medames ketika singgah kat pasaraya Cold Storage. Tapi hanya tersimpan saja tidak di masak masak...
Kebetulan semalam sewaktu pulang dari Sg Buluh ziarah teman suami, saya singgah sebentar di Mahnaz Food, Shah Alam. Sebuah kedai menjual barangan arab.Tujuan singgah sebentar untuk membeli beras dan rempah briyani arab. Terpandangkan roti seperti yang sering saya makan ketika di Mekah tempohari membuatkan saya mencapai sebungkus..Dalam fikiran sudah terbayang nak buat Kacang Pool untuk sarapan esok hari...

Malam tadi saya empukkan dulu mince lamb dengan sedikit halia dan rempah penumis (bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih)  di simpan dahulu di dalam peti sejuk. Saya tak mau menunggu lama  ketika memasak di pagi hari...
Memang saya ada post kan entri mengenai Kacang Pool dulu...tapi kali ini saya guna daging kambing pula.
Lebih mengancamlah katakan...(bagi yang suka lamb)


Memang sedap makan pagi ke tengahari ke, malam ke...bila-bila aje la...sesuai belaka!


Saya dan keluarga memang gemarkan makanan ini...Sungguh kena pada selera kami. Bila masuk ke dalam mulut terasa rempah bergandingan dengan daging lamb cincang dan kacang beserta gigitan cili hijau dan bawang besar segar ... Perahan limau menghilangkan bau hanyir telur mata goyang dan menambah perisa pada kacang dan daging...Allah...susahnya nak cakap...masaklah sendiri baru tau!


Roti tu pula selain di panggang sebentar di atas gril pan begitu saja, ada juga yang saya jadikan Garlic Bread..Lebih enak.. Jom try!


KACANG POOL

BAHAN-BAHAN

300 gm mince lamb
(rebus sehingga empuk bersama halia dan rempah penumis)

1 tin foul medames

2 ulas bawang merah
(mayang halus)

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih
(1 ulas di mayang halus)

1 hiris halia

1 tbsp rempah bryani

1tbsp serbuk cili

1tsp serbuk jintan putih

2 tbsp minyak sapi

1 biji tomato

1 biji kecil capsicum

2 tbsp air limau nipis

gula & garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan rempah bryani , serbuk jintan putih dan serbuk cili. jadikan pes dengan mencampur sedikit air.

2. Kisar halia, bawang besar dan seulas bawang putih.

3.Potong kiub tomato yang di buang biji dan capsicum.

4. Toskan air kacang pool. Kisar separuh daripadanya dengan sedikit air dan biarkan sebiji sebiji selebihnya.

5. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang yang di mayang halus sehingga kekuningan.

6. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik bau. Masukkan pula pes rempah dan gaul rata. Masak rempah dengan api kecil sehingga rempah masak atau agak garing.

7. Masukkan daging dan kacang yang tidak dikisar. Masak sehingga kacang agak lembut.

8. Masukkan pula kacang yang di kisar dan tomato, gaul rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

9. Masak sehingga kuah agak pekat dan masukkan pula capsicum dan air limau. Masak sebentar dan angkat.

10. Hidang bersama hirisan limau dan bawang besar serta hirisan limau.

11. Enak dimakan bersama roti bakar dan telur mata goyang.

#Khas untuk anak-anak ibu yang sukakan telur mata goyang....begini caranya...
Panaskan sedikit minyak yang telah di ratakan di dalam kuali. Mula kan dengan api yang agak besar..
Pecahkan telur di tengah-tengah kuali dan perlahan kan api. Apabila seluruh putih telur telah mula mengeras, bolehlah di angkat...Ok...ingat jangan balikkan telur!


3 comments:

Hafizah Mohamad said...

sedapnya...ni kalau masakkan ni asben fiza cukup suka sgt...pasni blh la try....sedapnya tgk telur tu...kalau fiza suka yg merah ja...selalunya putih tu anak2 atau asben yg habiskan...he he he

ZIEANA ARIFF said...

salam..suka jln2 kat blog ni..jemput singgah ke blog saya http://balqieschocolate.blogspot.com/ dan http://duniaresepizieana.blogspot.com/

dari dapur nasya said...

as salam kak Yan...nanti singgah umah amik award..