Tuesday, February 19, 2013

KEBAB ARAB dan UMRAH...



Assalamualaikum Wbr...
Dalam masa sebulan macam-macam boleh berlaku. Begitulah lamanya laman saya ini tiada kisah masakan terkini. Bukan tak masak atau makan di luar aje tapi masa agak terhad untuk saya duduk mengadap lappy, lebih-lebih lagi sejak bermulanya persekolahan bagi tahun 2013 yang mana anak bongsu saya telah mula menjejakkan kaki ke tahun satu. Terlalu sibuk sebab ada yang sekolah sessi pagi juga sessi petang. 

Dalam pada itu saya juga menerima anugerah dari Allah apabila di panggil untuk menjadi tetamu Nya di tanah suci Mekah. Sesuatu yang tidak sekali saya jangkakan akan berlaku dalam masa yang terhampir dan sekelip mata walaupun itulah yang sering saya impikan dan sentiasa di dalam doa saya. Jika Allah mengkehendaki sesuatu maka akan jadilah ia dengan keizinan Nya. 
Bagaikan mimpi, saya mengerjakan umrah bersama kakak dan abang ipar pada mula perancangannya. Tetapi seperti yang saya katakan jika Allah mengkehendaki sesuatu maka jadi lah ia....
Atas sebab undang-undang yang ketat berkenaan 'mahram' oleh pihak kerajaan Arab Saudi maka anak kedua saya Amirul turut sama menerima panggilan Allah untuk menjadi tetamu Nya. Memang sudah termaktub rezekinya di situ kerana kebetulan suami saya tidak dapat bersama saya.
Allahuakbar! Dari segala yang berlaku ianya terlalu amat menyedarkan saya bahawa sekiranya Allah inginkan sesuatu berlaku, maka ianya akan terjadi tanpa tangguh lagi . Sesungguhnya Allah amat mengetahui....dan doa saya selama ini telah di makbulkan...Alhamdulillah..Terima Kasih ya Allah

Oleh kerana blog ini  lebih kepada kisah makanan maka saya tunjukkan kat sini apa yang menjadi kegemaran saya ketika kat sana tu...
Gambar yang atas sekali tu kebab... Setiap kali keluar dari masjidil haram di bawah mall bernama Bin Daud,
ramailah yang berpusu-pusu membeli kebab ni...so saya pun nak rasa juga macamana. Intinya ada nugget, fries, terung yang di goreng, hirisan kobis dan roti nipis yang seperti totilla tu...
Cuma kosong ajer gitu. So semalam saya pun pergi ke cold storage dan dah pun beli semua bahan yang di perlukan...cuma tentu lebih enak jika kita makan dengan mayonise dan tentu sekali SOS CILI ya....

Lagi satu makanan yang saya memang plan nak cuba sejak dari di tanah air lagi ialah nasi briyaninya...Aduhai sedapnya....'sedap giler' bak kata bebudak sekarang... 
Terasa sungguh segala rempahnya... memang jauh beza dengan yang selalu saya makan kat SABA tu...
Pasti saya teringat-ingat akan rasa nasi briyani tu nanti...kat manalah nak cari rasa yang serupa gitu di sini ya..


Ingin saya kongsikan pengalaman saya di Tanah Suci. Bukan untuk bermegah atau riak tetapi supaya ianya menjadi inspirasi kepada yang lain. Sesungguhnya rezeki itu dari Allah dan ianya akan menjadi milik kita walau dengan apa cara sekalipun...Berdoalah...semuga Allah mendengar doa kita InsyaAllah...

Haha...tuan punya badan semakin berisi di sini...walaupun penat tapi makan sedap aje...
Keadaan di Masjidil haram agak padat sedikit kerana keja-kerja penambahan sedang giat di jalankan. Kat belakang tu ada banyak kren yang besar-besar...semuga segalanya dapat di sempurnakan menjelang musim haji nanti...
Ketika saya tiba di Kota Mekah,cuaca begitu selesa dengan keadaan yang agak dingin sedikit. So oleh kerana saya ber ihram dari dalam kapal terbang dan bermiqat di Qarnul Manazil,bila mengerjakan tawaf begitu selesa cuacanya...Dua hari selepas itu cuaca mula panas. Alhhamdulillah saya dapat merasakan kedua-dua jenis keadaan cuaca di sana....

Keadaan ketika tawaf dan di dalam masjidil haram yang sangat indah...Teman dari Bentong Pahang sedang mengambil air Zam Zam yang di sediakan di dalam tong. Ada yang sejuk macam baru keluar dari peti sejuk dan juga yang normal...tentulah yang sejuk jadi pilihan...air Zam Zam kat sini 'manis' rasanya. Selalunya saya hanya dengar orang bercerita. Kini baru saya tahu bagaimana rasanya...

 Aktiviti lawatan yang di atur oleh pihak agency. Model kawasan Kaabah seperti yang di rancangkan akan siap tak lama lagi juga di pamerkan. Kami juga di bawa ke museum kaabah, masjid kuba' iaitu masjid pertama yang di bina Rasulullah SAW dari batang pokok Kurma pada mulanya..(kena baca sejarah semula), 
bukit uhud dan juga makam Saidina Hamzah.

 Dari tazkirah oleh mutawwif, sesungguhnya baginda Rasulullah SAW menjawab salam yang di sampaikan kepadanya dan menginggati wajah mereka yang menziarahinya untuk di berikan syafaat ketika di akhirat nanti.Sesungguhnya baginda amat menyayangi umatnya...Bagi yang berselawat dari jauh, baginda hanya tahu kita tetapi tidak raut wajah kita...Berdoalah kita kepada Allah agar kita berpeluang untuk mengunjungi makam Rasulullah SAW...dan dapat ber solat, berdoa dan berzikir di Raudhah kerana itu adalah antara taman syurga yang dapat kita jejak ketika di dunia lagi...Sesungguhnya hanya mereka yang berada di situ yang mengetahui bagaimana perasaan ketika berada di kawasan itu...Allahuakbar!

Opst... sempat jugak tu berposing dengan Dr Hj Fadzilah Kamsah di lobby hotel ,yang turut sama bersama kumpulan jemaah yang bersama beliau. Ketika ini kami berada di Madina Al Munawara...
Salute kat beliau ni...setiap yang ingin bergambar dengannya di layan dengan baik....

Setelah 13 hari di tanah suci, tiba waktu untuk pulang...tetapi saya terpaksa meneruskan perjalanan ke utara tanahair pula untuk menghantar anak ke empat yang mendapat peluang belajar di MRSM. Pendaftaran pada keesokan harinya...Kesian kerana segala persiapan di lakukan oleh kakak dan abahnya tanpa ibu di sisi.. Semuga anakku di lindungi Allah sentiasa,terang hati untuk menerima ilmu bermanafaat dan sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.....


6 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum kak Yan...alhamdullilah selamat kembali...mudahan akk sihat ye...

seronok negok pic2 akk disana..dan cerita akk disana... makanan pun npknye selera terutama sekali nasi briani tu

mudahan satu hari nnt rezeki sy dan keluarga akk sampai juga...insyaAllah...amin,,,,

Rohah said...

alhamdulillah kak dan tahniah dapat menjejakkan kaki ke sana menjadi tetamu Allah..

Ayu said...

Assalam Azian.
shukur alhamdullilah dah selamat sampai ketanah air..
kita baru nilah dapat tahu Azian pergi Umrah..bilalah kita pula akan jejak kesana ya..

ummiaisyah said...

seronoknya bc n3 kak azian ni...tringin sgt nk merasa kemanisan air zam-zam kat sana...ns bryani saba tu org kata de best kan..hehehe..kt sana lg best? camne le sedapnya tu yea...yg saba pon sy tak penah mkn inikan plak di makah..semoga sy dimurahkan rezki utk k sana..

Azie Kitchen said...

As salam. Sungguh rindu Baitullah

Anonymous said...

I am extremely impressed with your writing skills and also with the layout on
your weblog. Is this a paid theme or did you modify it yourself?
Anyway keep up the excellent quality writing, it's rare to see a nice blog like this one these days.

Here is my blog post :: weight watchers cookbook