Tuesday, January 8, 2013

Cauliflower Goreng


Bila sebut pasal sayur, orang dewasa memang tak jadi masalah..tapi bagi kanak-kanak ramai yang tak makan sayur. Kalau dekat rumah saya ni pula tengok sayur jenis apa dan bagaimana ianya dimasak. Kalau tak kena selera maknanya ibu seorang lah yang kena habiskan...


Tapi semalam, bila saya goreng Cauliflower ni...berebutlah pulak. Se pohon bunga kobis atau cauliflower saya goreng bertepung dan kebetulan saya juga merenih sup tulang dan di makan bersama
sambal kicap pedas.
Bila saya try cicah Cauliflower tu dengan sambal kicap pedas tu...lagi la terangkat. Bila anak-anak saya pun turut sama mencuba cicah dengan sambal kicap tu mereka pun suka dan berebut-rebut...memang terasa kelainan bila Cauliflower goreng tu di cicah dengan sambal kicap. Lemak dari rasa Cauliflower dan masin-masin manis dan sedikit masam itulah yang menyebabkan ada permintaan untuk menggoreng Cauliflower itu lebih banyak lagi ...Nampaknya lepas ni bila saja saya goreng Cauliflower sudah semestinya kena buat sambal kicap juga...hehe...


Saya suka sungguh bila anak-anak sukakan sayur cauliflower goreng ni. Sebelum ni pun selalu juga saya masak begini tapi bila di tambah perisa sambal kicap tu anak-anak bertambah gemar.
Sekurang kurang nya ada juga sumber sayur yang di makan walaupun berjenis putih.

CAULIFLOWER GORENG

BAHAN- BAHAN

1 Pohon Cauliflower

1/2 cawan tepung gandum

1 tbsp serbuk cili

1 tbsp serbuk lada hitam

sedikit garam

1 biji telur

2 tbsp fresh milk

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan tepung gandum, serbuk cili, serbuk lada hitam dan garam. Ketepikan.

2. Cuci dan potong Cauliflower mengikut citarasa sendiri.

3. Gaulkan dengan tepung yang telah di campur rata tadi satu persatu dan ketepikan.

4. Satukan telur,susu dan sedikit garam.Kacau rata. 

5. Celupkan Cauliflower yang berlumuran tepung tadi ke dalam bancuhan telur. Kemudian lumurkan semula dengan tepung semula.

6. Goreng di dalam minyak penuh dan panas.(api besar). Kacau selalu supaya tidak hangus.
Apabila kekuningan, angkat dan toskan minyak nya.

7. Sedap di makan panas-panas bersama sambal kicap.


SAMBAL KICAP PEDAS

6 Biji cili padi*
( tamba jika suka pedas)

1 ulas bawang putih*

1 tbsp bawang goreng*

Kicap manis

1/2 tbsp sos tiram

1 biji limau kasturi

CARA PENYEDIAAN:-

1. Tumbuk lumat bahan yang bertanda *

2.Di dalam bekas, satukan bersama kicap dan sos tiram. Perahkan limau kasturi dan gaul rata.



8 comments:

Hafizah Mohamad said...

sedapnya Cauliflower
goreng...ni la pertama kali tgk bunga kubig goreng tpg...nampak sedap...pasni leh la try plak...he he he...=)

Rohah said...

menarik resepi ni..boleh try lain kali..

Gee® said...

Ermmm... boleh cuba ni...nmpk menyelerakan...

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

Mrs & Miss Vanilla said...

Saya pun nak try lah... Mesti sedap

Mrs & Miss Vanilla said...

Saya pun nak try jugaklah... Mesti sedap ;-)

Mrs & Miss Vanilla said...

Saya pun nak try lah... Mesti sedap

kasihilmar.com said...

As salam. Tak pernah buat cauliflower goreng, nmpk sedap...bolehlah cuba nnti. :)