Monday, October 15, 2012

Homemade Bun..


Assalamualaikum...
Petang tadi saya dan keluarga minum petang dengan bun buatan sendiri. Sejak sehari dua ni ada antara anak saya yang menyebut dah lama tak makan bun kacang merah yang ibu buat. Memang ya ...agak lama juga saya tak meroti. Selalunya masa tidak mengizinkan saya berlama-lama di dapur tu... tetapi hari ini dengan perancangan jadual yang rapi dapat jugalah saya membuat bun kacang merah dan sausage bun kegemaran anak-anak. Kebetulan hari ini abahnya balik just in time sausage bun saya baru jer keluar dari oven.. so dapatlah merasa bun yang panas bersama secawan teh o.


Saya gemarkan bentuk bun kacang yang begini...cantik ajer rupanya....


Ini pula sausage bun kegemaran ramai.. keluar aje dari oven gerenti kena ngap!
Setiap kali saya buat roti yang ini wajib! kalau tak bingitlah telinga mendengar soalan 
"roti sausage tak da ke bu...?"


Dalam banyak-banyak kelas masakan yang saya sertai rasanya kelas membuat roti lah yang paling berbaloi..
Ilmu yang di pelajari paling kerap saya gunakan dan berpuas hati. Cuma di masa akan datang teringin juga mempelajari teknik membuat roti dari guru yang berlainan. 


Dengan doh yang sama kita boleh bentuk beraneka jenis Bun...realisasikan lah bakat terpendam pada doh...
Kalau kita geram nanti kita makan dia....hehehe...
Kepada yang ada anak-anak kecil pasti mereka akan kagum jika kita buat roti begini. Saya sendiri pernah mengalaminya...


Resepinya sama ajer macam yang dulu-dulu. Saya catat kan juga di sini semula.... Selamat mencuba.


HOMEMADE BUN

BAHAN-BAHAN

250 gm high protein flour

1 tbsp susu tepung

30 gm gula pasir

6 gm dry yeast

100 gm air ais

30 gm mentega

1/4 tsp bread improver

20 gm telur
(saiz kecil)


CARA PENYEDIAAN:

1. Satukan kesemua bahan kecuali mentega. Uli doh sebentar. Kemudian masukkan mentega
dan uli lagi sehingga doh nampak berkilat.
(saya guna mixer)

2.Masukkan adunan kedalam mangkuk yang besar dan tutup dengan kain maslin yang basah atau cling wrap.  Perap adunan doh sehingga naik 2 kali ganda. 

3. Tumbuk-tumbuk doh dan bahagi doh samarata besarnya (dlm 40 gm). Bentukkan bulat-bulat dengan telapak tangan supaya licin permukaan bulatan doh tersebut. Buat sehingga habis. Rehatkan sebentar dalam 10 minit.

4. Bentukkan doh mengikut citarasa masing-masing. Jika ingin membuat sausage bun, canai doh berbentuk seperti tali dan lilit pada sausage.( sausage tak perlu direbus) Perap sebentar supaya doh naik.
Begitu juga jika kita bentuk doh menggunakan kacang merah atau yang lain.

5. Panas kan oven 10 minit lebih awal pada suhu 160darjah celcius.

6. Sapukan egg wash (telur + 2 sudu susu cair) dan taburkan bijan jika suka.

7. Bakar selama 20-30 minit mengikut oven masing-masing.

8. Angkat dan sapukan mentega pada permukaan bun supaya berkilat. Sejukkan.


11 comments:

mama sara nur said...

selamat malam k.Azian
memang cantik bun tu,
pastinya sedap nih makan petang dgn bun airtangan sendiri kan

Rohah said...

seronok kan dpt buat roti sendiri..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak yan.,,,lama atie xsinggah kat sini.Bau roti dah samapi kat uamh atie..tu yg laju jer kesini:D
Cantik roti yg kak yan buat tu...

azian said...

mama sara nur,
betul tu, bila kita buat sendiri baru puas...

Ya Rohah,seronok apa lagi bila satu rumah pun suka..

Atie,
jom makan....

yan's cottage said...

salam kenal ...follower 466
sedapnya petang2 cam nie dapat makan roti dengan teh panas2 mmmm......
p/s akak nama kita sama bin pun sama kebetulan je kan......

azian said...

Yan's cottage,
Salam perkenalan 'kembar'... Tq singgah teratak akak ni...
Jom minum dan makan roti...

Hafizah Mohamad said...

assalamualaikum kak azian....boleh fiza masuk blog akak....he he he...tgk pun dah tahu kelembutan roti tu...fiza pun dah lama x meroti...dap...dap...dap...

Anonymous said...

Out of the ordinary information. Credit on behalf of the info!

azian said...

wkmsalam Hafizah Mohamad,
Jemput la masuk...tu la sbb dah lama tak meroti anak2 pun dah mula bertanya...

Anonymous said...

I accidentally deleted my joomla files from server? How to install it and have it as it was?

Nastyna said...

salam kak, sedap2 masakan nyer.