Thursday, September 13, 2012

AGAR-AGAR KEMENYAN


Salam....
Raya dah nak habis dah...bermakna hampir sebulan saya tak berkesempatan nak mengupload N3 terkini. 
Rindu tu rindu juga tapi nak buat macamana, urusan keluarga perlu di beri keutamaan. Banyak N3 sebenarnya ingin saya masukkan...
Ok lah. Hari ini hari terakhir anak saya yang keempat Imran menjalani peperiksaan UPSR. Ketika ini paper aptitud sedang di jalankan. Paper baru yang saya sendiri pun tertanya apakah bentuk soalannya. Tapi ada teman mengatakan ianya hanya berupa ujian IQ. So untuk masa ini kiranya dah habis satu bab. Tinggal peperiksaan sekolah agama iaitu PSRA pula. Selepas ini adalah sedikit waktu yang terluang.



Ketika jamuan untuk meraikan keluarga yang berziarah tempohari saya ada membuat agar-agar kemenyan. Sejak dulu inilah antara fav agar-agar yang sering saya buat bila ada tetamu. Kali ini saya buat perasa gula melaka saja.
Kadang-kadang saya suka juga yang berperisa longan. Sedap juga...sejuk ajer.
Rupanya seperti kemenyan membuatkan ianya nampak cantik dan berseni. nak buat pun senang ajer.
Maaflah sebab gambar tak berapa cun. Saya tak sempat nak posingkan makanan tu ...Al maklumlah katering Sendirian Berhad. Semuanya kena buat sendiri....
Gambar-gambar ni semua di ambil oleh anak saya.
Oh ho...agar-agar ni habis dihadap oleh Imran bila tetamu dah pulang. Rupanya ada juga yang mengikut selera saya....hehe. Siap suruh buat lagi tu....


Kita tengok dulu version yang simple ini..Ya lah manalah tau ada pulak yang nak meraikan tetamu hujung minggu ni...bolehlah try...ya tak?


AGAR-AGAR KEMENYAN 

BAHAN-BAHAN

1 peket agar-agar stripe
(peket besar )

1 tin susu cair

5 mug air

1 1/2 senduk gula

2 ketul gula melaka

2 helai daun pandan

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Bahagi dua agar-agar. Cuci dan masak bahagian yang pertama dengan 2 mug air.

2. Bila agar-agar hancur masukkan gula. Kacau rata sehingga gula hancur

3. Masukkan susu cair dan secubit garam. Masak lagi tetapi jangan biar ia mendidih. Bila nampak ia mula nak mendidih bolehlah diangakat dan masukkan kedalam loyang. Biarkan keras.

4. Bila keras keluarkan dan potong mengikut suka. Masukkan ke dalam acuan.

5.Masak pula agar-agar stripe bahagian yang selebihnya tadi bersama 3 mug air,daun pandan dan gula melaka. Masak sehingga gula dan agar-agar hancur.(sekiranya gula melaka jenis manis tak perlu tambah gula)

6. Tapis dan tuangkan kedalam agar-agar bersusu yang telah di potong tadi. Bila sejuk boleh la di potong mengikut citarasa sendiri.


7 comments:

Norzie hany said...

Salam kenal.
Singgah tgk agar2 kemenyan.

Gee® said...

Sedap kan puding ni... nak ckit

sudipVSsenduk said...

namanya menyeramkan tapi rasanya aduhai... menyamankan

mama sara nur said...

assalam kak Azian
sama la kita ye ank sulong sy upsr jg dah selesai akedemik tp next psra pula
semoga anak2 kita berjaya kelak kan
menarik agar2 kemenyan ni bolehlah dicuba memandangkan ahad ni kena buat sesuatu utk oh di taska
tq ye

azian said...

Selamat berkenalan Norzie,
Tkasih singgah sini. Jemput dtg lg ya...

Gee,
Memang sedap.Bila gigit yg putih berlemak ajer. Nak sikit? dah habih dah...hehe.

sudipVsenduk,
betul tu...

Wkmsalam mama sara nur.
Semuga anak-anak kita berjaya dgn cemerlang.
Try la buat...mana tau dia orang pun suka...

Cendana Kasih said...

SALAM akak..semoga Imran berjaya mendapat keputusan yang cemerlang...errr,,,,nanti kita gader2, buat agar2 ni yer...hehe

azian said...

Amin amin amin...tkasih atas doa tu Cendana Kasih. Owh itu bisa di atur...set ajer time dia awal-awal nanti akak dtg bawa agar2 Kemenyan...