Friday, August 17, 2012

Salam Aidil Fitri dari Azian...


Deretan kereta di atas jalan raya sudah cukup memperlihatkan betapa riang nya di hati ingin pulang kekampung halaman . Belum lagi jika kita ke stesen-stesen bas, keretapi ....
Masing-masing dah tak sabar untuk pulang menemui keluarga tercinta...
tentu macam-macam bekalan di bawa pulang bersama ya.... Jangan ada yang tertinggal balang biskut pulak ! Nanti tak dapat nak bagi rasa emak dan ayah serta keluarga kat kampung....
Pada yang punya keluarga sendiri dan juga beraya sendiri, tentu sibuk pula menyiapkan rumah dan persiapan  memasak untuk pagi raya.

Saya pun gitulah juga nampaknya...Tahun ini saya beraya di rumah sendiri . Tak pulang kemana-mana seperti tahun-tahun yang lepas. Pemergian emak ke rahmatullah dan abah yang uzur tinggal di rumah kakak, menggubah 100 peratus rutin menjelang raya saya.Hanya selepas sembahyang raya kami akan memulakan perjalanan menziarah kubur dan menemui sanak saudara. Hakikat yang terpaksa saya lalui. Alhamdulillah kerana saya masih punya suami dan anak-anak yang ramai, bersama meraikan Aidil Fitri. Bagi saya persiapan adalah untuk anak-anak sahaja kerana di hati saya tiada kata yang dapat di luahkan....

Kepada pengunjung Azian Collections, ingin saya memohon maaf kerana tiada N3 biskut-biskut. Bukan tak buat biskut tapi tak sempat nak upload....Saya seorang terpaksa melunaskan semua tugas...Tak terkojar den! Tapi tak pa lepas-lepas ni ada masa akan saya masukkan juga satu persatu.... 

Selamat menyambut Aidil Fitri...Maaf Zahir dan Batin. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya ni....
Kalau nak masak rendang bolehlah try Rendang Itik Istimewa saya... boleh ditukar kepada ayan pencen. Kalau masak guna ayam daging hanya masukkan ayam bila kuah dah pekat ya...kalau tak karang jadi serunding pulak! Boleh juga masak Malbari Lamb... lain sikit juadah pagi raya kali ini...

Apapun Selamat Menyambut Aidil Fitri dan berhati-hati ketika di perjalanan dan yang penting ingat-ingat bila makan tuuuu...jangan balik nanti ada yang tak sihat sebab makan macam-macam....

4 comments:

Gee® said...

Slmt Hr Raya Azian... smoga bergembira bersama keluarga

~K Ham~ said...

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin dari kak ham sekeluarga.....

bdaria said...

Salam Azian.

Selamat hari raya aidilfitri.

mama sara nur said...

Selamat hari zahir batin ye