KLIK KLIK NUFFNANG

Wednesday, July 11, 2012

TELUR BERSOS aka BISTIK TELUR


Assalamualaikum semua...mendung ajer hari ni ya setelah lama berpanas kini kita dapat semula nikmat hujan

 dari Allah. Alhamdulillah.

Uhhh...malas nak bercerita panjang ni sebab kerja-kerja tertangguh dah melambak kat rumah ni... tertangguh

 gara-gara tersalah urat .... tak dapat lah akak nak bergerak macam lipas kudung seperti biasa... Jalan pun

 dah macam robot!. Apa pun setelah lakukan terapi dan urut-urutan Alhamdulillah dah boleh bergerak laju

 sikit tapi masih takut-takut lagi....


 Aduh dah banyak rasanya menu telur kat blog saya ni ya....tapi itu lah yang jadi kesukaaan anak-anak.

Pas tu ibu nya pun senang nak memasaknya... 

Jom kita tengok masakan telur terhangat kat rumah saya sekarang ni...

Tadddaaaaa......amik kau! ni dia....Telur bersos aka Bistik Telur.

Masakan terlaris masa kini ( kat rumah saya laaaa....) Siap order suruh buat lagi tu....

Dari tak suka makan kacang pea terus liciiiinnnn semuanya.... Nampak gayanya ni juga antara menu hot bulan puasa nanti la....senang akak!



Nak masak pun senang dan cepat....dan sedddaaaap!


TELUR BERSOS aka BISTIK TELUR

BAHAN-BAHAN

5-6 biji telur

3 ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

1 labu bawang besar

2-3 biji kentang

1 tin kecil kacang pea

4 sudu besar cili kisar

1/2 cawan cili sos

1 sudu besar sos tiram

2 biji cili merah/hijau

CARA MEMASAK:-

1. Goreng telur sebiji-sebiji / telur mata . Goreng juga kentang yang di potong mengikut suka.

2. Tumbuk bawang merah dan bawang putihingga lumat.

3. Hiris kasar bawang besar dan cili merah/hijau.

4. Tumis bawang yang telah di tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga
agak garing. Masukkan sedikit air dan masak semula cili sehingga naik minyak.

5. Masukkan cili sos dan sos tiram serta kacang peas yang telah di toskan airnya. Gaul rata dan masak sebentar.

6. Masukkan cili merh/hijau, kentang dan bawang besar. Gaul rata. Boleh tambahkan air jika suka berkuah.
( saya suka kering-kering supaya telur tak lembik sgt)

7. Akhir sekali masukkan pula garam secukup rasa dan telur. Gaul rata dan boleh lah di angkat.


3 comments:

zila norazila said...

nampak sedap..simple tp myelerakan:)

Rohah said...

mmg enak telur masak macam ni...nasi panas, nasi sejuk mmg kena aje..

AZLINA said...

Assalamualaikum Azian..mmg setuju sgt2 membuka selera esp anak2 akak ni, pernah jugak buat cuma xde letak kcg pea & kentang..lenkali nk try camni pulak..:))