Friday, July 27, 2012

AYAM PENYET


Assalamualaikum... 

Saya ni memang peminat Ayam Penyet. Entah kenapa beria betul nak masak Ayam Penyet untuk juadah

berbuka . Ini merupakan kali kedua saya masak Ayam Penyet sendiri . Bila surf kat internet saya jumpa lah resepi dari Wana  dan juga blog-blog dari Indonesia yang memaparkan resepi Ayam Penyet ni. Dari

 pemerhatian saya sama saja kebanyakan nya. Maka saya gabungkan kesemua info disamping sedikit ilmu

 yang ada pada diri sendiri.

Untuk idea serdaknya saya terpikat nak cuba cara wana. Tq Wana for sharing. 



Ayam Penyet lebih sedap jika di perap semalaman. Baru terasa 'bumbu' nya.



Tempe dan tahu pun saya perap juga.



Ini adalah sambal Ayam Penyet yang menggunakan ikan bilis goreng. Bagi saya sambal yang saya buat kali

 pertama dulu lebih enak. Tanpa ikan bilis goreng!

Lagi pun banyak kenangan sambal tu ...saya belajar membuatnya dari seorang teman guru ketika kami 'stay

 back' untuk ko-ko. Dulu-dulu laaaa.....



Favorite saya ni tahu dan tempe goreng....makan dia saja dah kenyang!



Saya buat pula Sup Pucuk bersama suhun dan telur. Sedap! Tak la kering ajer nasi bila makan dengan Ayam Penyet tu... 

Beginilah caranya hasil kombinasi resepi yang saya buat...

AYAM PENYET

4 ketul ayam
(lebih elok bahagian peha)

6 ulas bawang merah#

2 ulas bawang putih#

1 labu bawang besar#

3 sudu ketumbar*

1 sudu jintan manis*

1 sudu jintan putih*

1 inci kunyit hidup#

2 inci halia#

3 batang serai
(Ditik memanjang hingga bercerai)

1 inci lengkuas#

2 biji cili merah#

2 biji buah keras#

2 sudu besar santan#

2 sudu gula merah#

garam secukup rasa#

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Sangrai bahan yang bertanda * dan tumbuk halus. Sapukan pada ayam dan tahu serta tempe.
(Seloknya ayam di kelar sedikit supaya bumbu nya menyerap)

2.Satukan dan kisar semua bahan yang bertanda #.

4. Lumurkan pada ayam dan tempe serta tahu. Taburkan serai yg dititik dan gaul rata. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.

5. Goreng ayam dalam minyak penuh.


BAHAN SERDAK

3 sudu besar tepung beras

sedikit putih telur

garam

air dari perapan ayam.

CARA :-

Satukan kesemua bahan dan kacau rata. Batter haruslah spt untuk menggoreng pisang kecairannya.

Titiskan pada minyak panas dan goreng garing. Angkat dan toskan.


SAMBAL AYAM PENYET

6 Biji cili merah 

5biji cili padi
(tambahkan jika perlu)

6 ulas bawang merah

11/2 inci belacan

2 biji tomato

segenggam ikan bilis goreng

Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Hiris bawang,cili dan tomato kasar-kasar.

2. Goreng belacan di dalam sedikit minyak. Angkat.

3. Goreng pula cili, bawang dan tomato. Angkat.

3. Tumbuk atau kisar kesemua bahan. Hidangkan.

#. Saya lebih suka tumbuk sambal ini untuk mendapat tekstur yang kasar sedikit.Hidangkan bersama Ayam Penyet, sayur-sayuran spt kobis, timun dan kacang panjang celur.


3 comments:

Dapur Malaysia said...

x pernah lagi makan ayam penyet. maybe boleh cuba resepi ni nanti. :-)

Anonymous said...

Wow mengiurkan

Anonymous said...

salam...tengok gmbar pn dh terliur...hihi....boleh share resepi sambal ayam penyet tanpa ikan bilis goreng tak? tq....;)