Monday, June 4, 2012

Gulai Ikan Kurau Masin dengan Nenas


Assalamualaikum...

Nak masak apa yer hari ni...Puas jugak dok mikir nak masak apa... Errmmm apa kata kita masak 'Lauk 

Kebangsaan'... bak kata anak buah suami saya  Shamsul setiap kali ibunya masak lemak. Itulah lauk

 kebangsaan yang dimaksudkan. Dah itu masakan rasmi orang N9.... bukan orang N9 macam saya ni pun 

gemar juga...malah bertambah-tambah nasi jika kena 'regu' nya...



Apa kata hari ni kita masak Gulai Lemak Ikan Kurau Masin dengan Nenas. Walllaaaaa.... terangkat gitu!

Masak pulak pekat-pekat...mau naik kolesterol hakakkkkk.....  

Nenas saya tu masam dia sikit ajer..manis yang lebihnya...memang kawww lah kata orang dengan manis

, masin, pedas dan lemak....


Aduii dah tak boleh nak kata apa lagi.... ada pulak sambal tempoyak macam kat belakang tu....

Mau tambah nasi 2 tiga pinggannn....

Jom makannn....Bismillah....


GULAI IKAN KURAU MASIN DENGAN NENAS

BAHAH-BAHAN

300-400 gm isi ikan kurau masin

1/4 mangkuk  santan cair 

1 mangkuk santan pekat

15 tangkai cili padi

1 1/2 inci kunyit hidup

1/4 biji nenas

3 batang serai


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Potong isi ikan kurau dan rebus sekejap untuk mengeluarkan masinnya dan melembutkan isi ikan. Toskan.

2. Tumbuk kunyit hidup hingga lumat ( letakkan sedikit garam ketika menumbuk supaya cepat lumat)
di ikuti pula dengan cili padi.

3. Satukan ikan masin, bahan yang di tumbuk, nenas, serai yang telah dititik dan santan cair.
Masak sehingga semuanya nampak sebati.

4. Tuangkan santan pekat dan kacau rata. Didihkan kuah sambil di kacau selalu.

5. Tambahkan sedikit garam jika perlu. Angkat.



6 comments:

CT Delima said...

As'salam Azian

woww! memang pengemar ikan kurau kalau masak gulai dengan nenas ni, telan air dah niiiii..hehehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'Kum hadoii masuk sini terur kecurr.. memang betul lauk macam ni kalau kena dengan regunya memang terbaik!

Makan pulak tengah panas.. wahh berpeluh2 tu ler yang best! :))

mama sara nur said...

assalam Azian
memang terangkat kalu makan gulai ikan masin ngan nenas ni fuhhhh bertambah nasi tau he he
sodappp..
laukpauk camni la yg tambah2 selera, akak baru blk dari n9 umah ipar emmm memang tak sah takdo masak lomak ni

ady said...

as-salam
berselara tgk gulai ikan kurau masin tu..mkn dgn nasi panas2 mmg sedap sekali..

HALAMANKU said...

Salam kak Yan... nyum2 bertambah2 lah nasi ni nampaknyer.. kalau diet kelautlah ha ha ha.. sedap tu kak.. erma suka ratah2 nanas tu.. sedpnyer.. memang masakan yg menyelerakan he he he apa kak? masakan kebangsaan? ha ha ha seronok lak menyebutnyer he he he

Rohah said...

sedap ni kak, layan dgn nasi panas..