Sunday, December 18, 2011

ROTI JALA


Assalamualaikum...

Setiap kali masak Dalca saya pasti akan merancang untuk menjala roti jala. Tapi tak semuanya

rancangan itu menjadi kerana kemalasan melebihi segalanya.  Kali ini memang kemalasan itu dapat dikalahkan 

kerana saya sebenarnya dah lama sangat ingin 

mencuba resepi yang di bisikkan teman sama sekolah dulu. Katanya dia buat roti jala tak payah guna santan 

atau susu tetapi masih lembut bila dah sejuk dan tahan lama lagi.. Zah, terima kasih dengan apa yang telah kau 

kongsikan tu. Ni ha...tengoklah hasilnya...

Memang lembut dan tahan lama tetapi jika di letak susu atau santan memang ada perbezaannya. Tekstur 

untuk yang bersantan/susu lebih moist dan tentulah tak dapat nak tahan lama.

Tetapi jika kita makan bersama kuah Dalca yang sememangnya bersantan, eloklah kita guna resepi yang plain 

ajer roti jalanya supaya tak cepat muak. Dan untuk majlis keraian juga eloklah guna resepi yang ini supaya tidak 

cepat basi.....




Makan bersama Dalca Ayam, tak hingat berketul-ketul jala tu dah masuk kemulut. Saya memang gemarkan 

Dalca yang mempunyai kacang Dhal yang tidak hancur. Mungkin sejak dari kecil arwah emak sering 

memasak Dalca sebegitu maka kini saya akan tetap masak Dalca yang agak kuat rempahnya, penuh dengan 

sayur-sayuran serta  kentang dan yang paling penting terasa kacang dhalnya. Nak tau macamana saya masak 

Dalca, boleh klik sini . Cuma tukarkan tulang dengan ayam dan ayam tak perlulah di rebus dulu. Karang 

hancur pulak weiii.....





Jom kita tengok resepi mudah macamana nak buat roti jala tu.....


ROTI JALA

BAHAN-BAHAN

1/2 Kilo tepung gandum

1 biji telur

1/2 tsp garam

air secukupnya
(ni kena agak2 ya)

pewarna kuning

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan garam, tepung dan air. Kacau sehingga rata. 

2. Pecahkan telur dan gaul rata. Pastikan kecairan batter adalah seperti kuih dadar.

3. Titiskan sedikit pewarna kuning telur dan kacau sehingga warna rata.

4. Panaskan kuali leper dan lengserkan sedikit minyak. Saya gunakan daun pandan untuk meratakan minyak supaya roti jala wangi.

5. Masukkan kedalam acuan roti jala dan kiraikan dengan berhati-hati dan cepat.

6. Bila keliling roti jala mulai mengering, bolehla di angkat dan gulungkan dengan cermat.

7. Hidang bersama Dalca atau kuah kari.


4 comments:

AZLITA AZIZ said...

Salam kak Azian...

Akak buat perut ita berdondang sayang pagi ni..

sedapnya kalau dapat mencecah roti jala dengan kuah dalca musim2 hujan ni..

aduyaiiii... tak boleh tenung lama2 ni kak yan.. berkeroncong terus perut ita ni...

Liza said...

salam azian...roti jala ni mmg sdp klau mkn ngan dalca...perggghhhh Liza pun suka...

Melly Octaviana said...

nampak sedap kak roti jala nya.. salam kenal dari melly.. follower no.403

mama-D said...

Assalam kak Yan sayanggg...pekabar kak? hermmm sedapnye nmpak roti jala akk tu...mkn ngan dalca gitew..akk, D klu buat RJ nie pon mmg x pakai santan..pasal nk bagi tahan lama & x basi...papepon D nk tapau RJ akk nie ye..jgn mareeee...hehehe