Wednesday, August 3, 2011

TOM YAM SUSU


Assalamualaikum.....

Ketika menonton rancangan Kuali o kuali tempohari saya begitu teruja ingin mencuba teknik masakan 

tomyam yang di tunjukkan. Saya jarang menonton rancangan tersebut tetapi begitu teruja betul nak tahu 

teknik memasak Tom Yam oleh restoran yang terpilih.

Hari ini saya dan keluarga berbuka dengan Tom Yam Susu antara juadah yang saya sediakan.

Saya pernah makan Tom Yam begini tetapi tidak pula sangka susu yang di letakkan. 

Dari rupa parasnya bagaikan sangat berlemak tetapi hakikatnya tiada langsung rasa lemak hanya rasa Tom 

Yam yang kaw!

Ketika saya bertanya kepada anak saya Ikmal bagaimana rasanya...itu diaaaaa....thumbs up!

Anak saya ini pernah meminta saya memasak Tom Yam dan ayam goreng sebagai juadah.

Ok kira puas hati lah tuuuu.....





Ayam goreng pula saya taburkan dengan bawang besar goreng kegemaran Ikmal.


Dan saya begitu tidak berselera nak makan nasi. Hanya leka meratah segala isi Tom Yam dan menghirup 

kuah nya serta mengunyah kuih cucur ikan bilis. Tak bersisa di hadap oleh anak-anak. Tak perlu ke PARAM 

atau apa...makanan seringkas ini jugalah yang memikat hati semua....


TOM YAM SUSU

BAHAN-BAHAN

100 gm isi ayam

4-5 ekor udang

2 ekor sotong

3 cawan air rebusan ayam

 2 tbsp
Sos ikan-nampla

1 tbsp Mae Phranom Tom Yam paste

1 ulas bawang putih
( di ketuk)

5-6 biji cili api

1/2 biji tomato

sehiris lengkuas

1/4 biji bawang besar
( dihiris)

2 batang serai
(di potong menyerong)

daun limau purut

2 biji limau nipis
(ambil airnya)

karot, jagung muda, cendawan

5-6 tbsp susu sejat


CARA MENYEDIAKAN;-

1. Didihkan air rebusan ayam dan masukkan bawang besar,daun limau purut, serai, tomato dan lengkuas.

2. Masukkan sos ikan, tom yam paste dan gaul rata. Masukkan ayam , cili api , dan  sayur-sayuran.

3.Tambah kan garam jika perlu, sedikit gula dan air limau nipis.

4. Akhir sekali masukkan udang dan sotong. Biar kan masak sebentar. Jangan di masak terlalu lama supaya sotong dan udang tidak keras.

5. Curah kan susu kedalam mangkuk hidangan. Tuangkan Tom Yam yang telah masak ke dalam susu dan taburkan daun ketumbar.


1 comment:

zures said...

boleh cuba ni...tomyam susu..