Wednesday, August 10, 2011

TAUGEH GORENG IKAN MASIN


Saya pernah makan sayur taugeh goreng bersama ikan masin di sebuah restoran makanan Thai di Damansara.

Sepiring berharga rm 7. Rasa tak berbaloi pula order taugeh sebegitu harganya. Tapi rasanya memang sedap.

Ini memberikan idea kepada saya untuk memasak di rumah walaupun resepinya kita perlu olah sendiri.

Dengan idea yang ada saya menggoreng taugeh bersama cendawan tiram dan karot bersama isi ikan kurau

 masin. Begitu membuka selera! 




Sayur-sayur begini memang lebih enak di makan panas-panas. Tetapi bila di masak begini dah sejuk pun sedap.


TAUGEH GORENG IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN


 taugeh

 cendawan tiram

karot

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2-3 biji cili api

sekeping isi ikan kurau

2 tbsp sos ikan

1 tsp sos tiram

gula & garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Bersihkan taugeh , carik-carik kan cendawan dan hiris karot seperti batang mancis.

2. tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api hingga lumat.

3. Potong kiub isi ikan kurau dan goreng garing. Ketepikan.

4. Tumis bahan yang di tumbuk dengan sedikit minyak dan masak sehingga agak kekuningan.

5. Masukkan karot dan cendawan ,tambahkan sedikit air dan gaul rata. 

6. Masukkan pula sos ikam, sos tiram, isi ikan kurau, gula dan garam secukup rasa.

7. Akhir sekali masukkan taugeh.Masak hanya sebentar agar terpelihara kesegaran sayur.



4 comments:

Sofea said...

Azian..akak masak sayur taugeh gak time sahur tadi..tapi letak udang kering,lain kali leh resepi ni pl..TQ

Gee® said...

tak pernh lagi goreng tauge cenggini...nmpk sedap...

Ct noarizah said...

Idea baru ni mesti nak cuba sy C&P resepi ni yea...tapi sy kena gunakan tauge kasar pasal hubby tak suka tauge halus.

azian said...

Kak Sofea, masak dgn udang kering pun sedap juga...selamat mencuba.

Gee®, Try sekali...memang sedap tau..

Ct, silakan...kalau guna tauge kasar pun sedap juga...