Tuesday, August 9, 2011

Karipap Bulat aka Tembosa


Assalamualikum.

Antara juadah berbuka yang pasti tidak pernah terlepas dari senarai menu.Walaupun agak mengambil masa 

untuk membuatnya tetapi 'permintaan sangat tinggi......'

Saya seringkali membuat tembosa ikan bersama telur seperti di sini . Tetapi kali ini saya mempelbagaikan 

intinya namun bentuknya tetap bulat. So bila di gigit isinya ada yang dapat inti karipap biasa dan ada juga 

berintikan ikan dan telur. Tak lupa juga ada yang berintikan hanya kari daging tanpa kentang, permintaan anak 

ketiga saya Ikmal yang kurang menggemari kentang.



Untuk inti karipap boleh lihat di N3 lama saya di sini dan untuk kulit nya boleh la di cuba seperti berikut.


KULIT KARIPAP

BAHAN DIPERLUKAN

1/2 kilo tepung

125gm  marjerine

Air panas bercampur sedikit garam secukupnya


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Masukkan marjerine dan gaul rata bersama tepung.

2.Masukkan air panas bergaram sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut .

4. Ambil sedikit tepung, bulat-bulatkan dan gelek nipis. terap dengan acuan bulat.

5. Masukkan inti  dan kapitkan dengan doh. Tekan-tekan hujung permukaannya dan kelim.

6. Goreng karipap dalam minyak penuh dan api yang sederhana. Masak hingga kekuningan dan angkat serta 

toskan minyaknya.


4 comments:

Cendana Kasih said...

alamak...setelah lama berehat dari mengkaripap, tetiba tingin plak nk makan tembosa...

Gee® said...

alahai...tgk karipap ni teringat ibu di kmpong...dia mmg suka buat karipap... cantik karipap bulat tuh...

Mas said...

cantikk karipap tu mulat2 kak....

azian said...

Mah, buat jgn tak buat...ingat kan nak order ajer dgn Mah rupanya dah coti yer...

Gee® ,tu kena buat tu...nanti teringat-ingat ajer...

Mas, sekali sekala kita tukor la yang mulat2 plak..hihihi