KLIK KLIK NUFFNANG

Thursday, July 28, 2011

BIRYANI WIF ROSEMARY GRILL CHICKEN


Assalamualaikum..

Saya suka masak nasi briyani yang simple kerana ianya mudah dan yang pastinya sedap dan di gemari seisi keluarga.

Kali ini saya bercadang mencuba nasi yang tidak banyak lauknya..bukan apa tak sempat sebenarnya...

Kiranya macam makan Chicken Kabsah yang kat restoran Saba tu ajerla.... jika rajin buatkanlah kuah dalca.
 Anak-anak memanglah suka makan yang tak berkuah macam ni....


Sebenarnya Rosemary Grill Chicken ni sepatutnya agak lembab sedikit tetapi akakkk dah terlebih grill

...melayan kerja lain sampai terlupakan ayam yang di panggang kat oven tu...

Jadi lain kali nak buat lagi tapi biarkan ayam tu basah-basah berkuah sikit...

Nampak tak nasi yang panjang seksi tu... Percubaan pertama untuk beras basmathi Pusa brand Jasmine.

Puas hati gitu.....Bulan puasa nanti bolehlah masak macam ni selalu...



BIRYANI WIF ROSEMARY GRILL CHICKEN

BAHAN-BAHAN

ROSEMARY GRILL CHICKEN

Ayam secukupnya
(saya guna 8 ketul chicken wing)

2 biji bawang besar*

2 tbsp dry rosemary*

2 sudu madu

2 sudu mayonise

4 sudu mustard

Lada hitam dan garam secukup rasa.

Daun Rosemary segar

CARA MEMASAK

1. Kisar bawang besar bersama dry rosemary.

2. Gaul kesemua bahan  sehingga rata dan perapkan seketika.

3.Letakkan ayam di atas jaring di dalam oven sambil di bawahnya di alas dengan dulang pembakar. Balikkan ayam apabila bahagian atas telah  keperangan. Sadurkan dengan kuah yang menitis di bahagian yang belum garing. Bakar hingga ayam masak di kedua-dua belah. Angkat dan hidang bersama nasi biryani.



NASI BIRYANI

BAHAN-BAHAN

3 Cawan beras basmathi 

3 3/4 cawan air

1/2 cawan susu cair

3 tbsp minyak sapi

daun pandan

2 batang kulit kayu manis

4 Biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

1 biji bawang besar
(di hiris)

pewarna kuning

sedikit air rose

CARA MEMASAK.

1. Cuci beras dan masukkan air kedalam periuk nasi.

2. Tumis bahan penumis dan bawang besar  bersama minyak sapi hingga layu. Tuang kedalam periuk nasi tadi.

3. Masukkan daun pandan, susu dan garam secukup rasa.

4.Apabila air mulai kering titiskan air rose dan buatkan lubang dan titiskan pewarna kuning. Tutup tudung dan biarkan nasi terus kering. Kais nasi apabila telah benar-benar masak.

5. Letakkan ayam rosemary di atas nasi biryani dan taburkan bawang goreng dan juga gajus goreng.


No comments: