Wednesday, July 6, 2011

Bendi Goreng Belacan


Assalamualaikum...

Selain di masak kari, asam pedas atau dicelur dan dimakan bersama sambal belacan bendi juga enak di 

goreng bersama ikan bilis garing.

Tetapi kali ini saya terpaksa ubah resepi kerana semasa saya hendak menggoreng bendi bersama ikan bilis 

saya kehabisan stok ikan bilis. Apa nak buat kena lah cari idea lain kerana bahan lain dah ada dan bendi pun 

sudah di potong.

Saya pun ambil jalan mudah dengan menambah sedikit belacan ke dalam bahan -bahan yang ditumbuk. 

Kemudian saya masak agak garing sedikit. Perlu lebihkan bawang supaya aroma bawang garing lebih terasa.

Apabila di hidang...wallaaa sedap! saya dan suami ratah ajer bendi tu. Anak-anak memang tak sukakan sayur bendi .

Sedap dimakan sebagai gandingan masak lemak, sup dan sebagainya dan juga amat mudah di sediakan.





BENDI GORENG BELACAN

BAHAN-BAHAN

10- 15 batang bendi

2 biji cili merah*

2 biji cili api
( tambah jika suka pedas)*

5 ulas bawang merah*

2 Ulas bawang putih*

1 inci belacan*

CARA MEMASAK:-

1. Bendi di potong dan di goreng sebentar. Angkat dan tos kan.

2. Tumbuk baan yang bertanda * . Jangan terlalu lumat.

3. Tumis bahan yang tela ditumbuk hingga naik bau. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa.
Masak hingga bahan agak garing.

4. Masukkan bendi yang telah di goreng. Gaul rata dan angkat.


7 comments:

Azlita Aziz said...

sedapnya kak...

ita suka makan bende.. pulak bila masak cam ni.. mmg ita ratah aje...

aeinio said...

ehem.. ni mmg best ni kak adoiiiii

Gee® said...

woooo cikgu....akak suka bendir gorang camnih... sedapppp lebih2 lagi makan dengan nasi panas...tak payag lauk lain dah kan...

Azian Nd said...

Ita, lebih sedap dimasak begini sbb tak berlendir dan ranggup ajer ...

aeinio
Betul tu..wlupun mudah ajer.

Gee®,
Saya pun...boleh makan 2 pinggan!

K.zai said...

salam azian..pekabo..lama x singgah sini..
bendi ni mmg sedap kalau masak rangup2..mkn plk dgn nasi panas..terkata...

Azian said...

Assalammualaikum,
Eh, nama kita samalah. Saya juga suka memasak tetapi taklah sehebat anda.

Selamat berkenalan!

Azian Nd said...

Kzai,
tkasih singgah sini yer.Betul tu, klu mkn dgn nasi panas memang sedap!

Azian,
Selamat berkenalan ya....