Friday, June 3, 2011

APAM BLOSSOM


Sejak cuti sekolah kali ini telah dua kali saya buat apam blossom dot-dot ini. Kuih yang sering mendapat perhatian 

tak kira dari yang muda maupun yang veteran.Masing-masing menyukai kemeriahan rupanya. Setiap kali saya buat untuk makan-makan seisi keluarga pasti 

saya akan buat 2 adunan yang mana ianya akan menghasilkan 120- 130 biji . . Kali ini saya hanya buat 1 adunan kerana malas nak pergi BWY membeli fillingnya.Hanya guna filling 

yang masih ada di dalam fridge. Filling strawberry dan Blueberry.

Kali ini saya tambahkan perisa strawberry untuk yang warna pink, sunkist untuk yang berwarna peach dan 

yang berwarna coklat berperisa cappucino. Dalam ketiga-tiga perisa itu Cappucino lah yang habis dulu. Ini 

diakui sedap oleh teman jiran saya yang kebetulan datang kerumah sebaik sahaja saya selesai mengukus 

semuanya. Menjelang hendak makan malam apam itu hampir habis di makan satu-satu tanpa sedar oleh anak-

anak saya.... Yang pasti lepas ni kena buat lagi..... dan kepuasan menyelebungi hati saya kerana hasil tangan 

saya amat di sukai anak-anak....




Saya tetap menggunakan resepi yang saya guna seperti di N3 lama saya tetapi saya gunakan teknik saya sendiri kerana saya lebih puas berbuat begitu.....

APAM BLOSSOM
(Sumber : HaNa's Family)

BAHAN-BAHAN

220 gm gula kastor

3 biji telur 
(sejukkan dlm fridge)

275 gm tepung gandum
(saya guna  superfine flour)

3 tsp baking powder

1tsp ovallate

150 gm fresh milk

pewarna dan perisa

strawberry filling
( apa-apa pun boleh)

acuan kuih lompang

small papercup

piping bag

CARA MEMBUAT:-

1. Panaskan kukusan. Ikat tudung kukus dengan kain maslin.

2. Ayak tepung bersama baking powder sebanyak 3 kali supaya ringan dan rata.

3. Pukul telur yang telah di buang 'mata' nya supaya tidak terlalu hanyir bersama gula dan ovallete hingga kembang dengan kelajuan maxima.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli susu segar. Apabila telah rata, pukul dengan kelajuan tinggi sebentar.

5. Bahagikan adunan mengikut jumlah warna yang di pilih. Tambahkan perisa yang di sukai .

6. Masukkan kedalam piping beg setiap satu warna dan masukkan juga hanya sedikit kedalam beg piping lain untuk 'dot-dot' nya setiap warna.

7. Masukkan papercup kedalam acuan lompang . Paipkan 1/2 bahagian papercup dengan adunan. Paipkan 

pula filling dan tutup filling dengan adunan yang sama. Paipkan sedikit warna yang berlainan berbentuk seperti 

'dot-dot'. Ulangi proses sehingga habis. Kukus di dalam api kecil selama 10-15 minit.

          Nota :-
  •  Saya lebih suka menambah perisa untuk menghilangkan bau hanyir telur.
  • Telur perlu di pukul kembang spt membuat bahulu untk mendapatkan  apam yang gebu. 
  • Api perlu kecil sahaja supaya apam tidak merekah.
  • Tambahkan esen vanila utk yang berwarna putih atau yg tiada perisa.















1 comment:

Nieza said...

cantiknya apam dot dot tu...:)