Thursday, May 12, 2011

DAGING MASAK HITAM


Assalamualaikum ... Sebenarnya saya teringin nak makan daging dendeng atau daging hitam manis dengan 

ketupat. Oleh kerana tiada ketupat segera dalam simpanan maka saya makan dengan nasi putih aje lah...

Selalunya daging hitam manis ini berempah tetapi kali ini saya buat yang simple aje. 

Cuma teknik memasak tetap sama.

Sedap di makan dengan nasi minyak , nasi tomato dan yang seangkatan dengannya.

Bagi saya tiada lauk lain pun tak pa ...ada daging masak hitam satu pun dah cukup!

Amat sesuai di masak ketika menjelang raya kerana ramai yang balik dapat membantu mengetuk 

daging....hehehe. 

DAGING MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN

1 Kilo daging batang pinang/lembut

15-20 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

2 senduk nasi cili kisar

3 biji buah keras

3 sudu cili sos

1 cawan kicap manis

1/4 cawan kicap masin

2 sudu raisin

2 tbsp air asam jawa

2 labu bawang besar

5 biji buah pelaga

5 kuntum bunga lawang

3 batang kulit kayu manis


CARA MEMASAK:-

1. Potong daging nipis-nipis dan rebus hingga empuk. 

2. Angkat dan toskan.Lebihan air rebusan jangan di buang. Ketuk-ketuk permukaan daging hingga menjadi nipis. Goreng sebentar sahaja untuk mengelakkan daging menjadi keras.

3. Kisar bawang merah, bawang putih dan buah keras.

4. Tumis rempah penumis dan masukkan bahan yang di kisar. Masak hingga naik bau.

5. Masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak atau cili masak betul.

6. Masukkan air asam jawa, cili sos, kicap manis dan masin serta air lebihan rebusan daging. Masak hingga hampir  pekat.

7. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sedikit gula dan kismis.

8. Masukkan pula bawang besar yang dipotong bulat-bulat. Masak hingga daging seperti bersalut.


4 comments:

mama Tiara said...

hmmm.sodap

Mas said...

akak..sedappnya tengok daging tu...
sedapp tu makan ngan nasi panass...

CT Delima said...

Assalamulaikum Azian

banyak sedap kalau makan daging masak hitam ni. Kena pulak kalau makan dengan nasi beriani... CT baru nak follow ni. baru jumpa blog Azian.. hihihi

azian said...

Assalamualaikum...

Mas,
tq singgah sini..memang best klu makan dgn nasi panas...

CT, thanks follow yer...memang betul tu sesuai betul ....